Myra Qaisara memberikan rantai lehernya kepada Adam. Dia sendiri tidak pasti di mana dia mendapat rantai tersebut. Sebenarnya rantai tersebut ada satu set bersama dengan rantai tangan dan juga cincin. Cuma yang lain Myra Qaisara tidak memakainya. Hanya rantai sahaja.
Adam pula entah kenapa ringan sahaja tangannya menyambut rantai leher yang diberikan kepadanya oleh Myra Qaisara.
"Myra, kenapa rantai ni boleh berada di tangan you? Rantai ni sama dengam rantai yang aku pernah bagi dekat perempuan tu? Ke mana agaknya perempuan tu pergi? Mustahil rantai ni ada dua. Setahu aku, rantai ni aku tempah khas untuk perempuan tu."cakap Adam sendirian di bilik.
Myra Qaisara yang diam seribu bahasa apabila di tanya mengenai asal usul rantai ini menarik minat Adam. Entah kenapa Myra Qaisara memang tiada jawapan untuk soalan itu. Kalau dulu dia memang tidak boleh berenggang dengan rantai tu tapi sekarang memang berbeza. Dia lebih rela melepaskan rantai itu daripada menjawab soalan Adam.
Tiada siapa yang perasan akan ketiadaan rantai Myra Qaisara. Sejak peristiwa Myra Qaisara sakit, Myra Qaisara lebih senang mendiamkan dirinya. Entah kenapa dia selesa begitu.
"Irham, adik mana?"tanya Datuk Fadzlan.
"Dekat bilik kot Papa. Irham tak perasan pulak."jawab Danish Irham.
Datuk Fadzlan juga turut bertanya kepada Mak Jah tentang perkembangan puteri kesayangannya itu. Buat sementara waktu Datuk Fadzlan tidak membenarkan Myra Qaisara masuk ke pejabat. Dia mahu puteri kesayangannya itu rehat sepenuhnya.
"Adik buat apa tu? Jom adik kita keluar nak tak? Desmond ada call adik tak?"tanya Danish Irham yang memancing mood adiknya. Adiknya itu agak muram sahaja sejak kebelakangan ini.
"Abang, jom esok pergi gym? Adik rasa adik dah kuat sikit. Adik dah janji dengan kawan-kawan adik nak jumpa malam esok."Myra Qaisara pula bersuara.
Danish Irham senyum. Alhamdulillah adiknya sudah cuba untuk bangun semula.
"Abang jangan tinggal adik ya. Adik takut."Myra Qaisara bercakap perlahan.
"Adik, cuba adik cerita dengan abang. Mungkin abang boleh tolong adik. Adik tak cerita lagi dekat abang kenapa adik menjerit hari tu dan kenapa adik tiba-tiba takut."Danish Irham mencuba nasib. Kalau nasibnya baik, mungkin sahaja adiknya itu mahu bercerita hal hari tu.
"Abang, adik rasa ada orang nak bunuh adik."perlahan saja Myra Qaisara memberitahu Danish Irham.
Terkejut Danish Irham mendengarnya. Datuk Fadzlan dan Daniel Farish yang kebetulan mahu membuka pintu bilik Myra Qaisara juga terkejut. Secara automatik Datuk Fadzlan dan Daniel Farish laju masuk ke bilik Myra Qaisara.
"Apa maksud adik?"tanya Datuk Fadzlan yang cukup risau dan takut mendengar fakta yang anaknya beritahu.
"Adik jangan main-main dengan hal macam ni? Ataupun adik ada musuh dulu."tanya Daniel Farish pula.
Myra Qaisara tidak tahu bagaimana nak beritahu keluarganya kerana semua itu belum cukup kuat. Sebab itu dia lebih suka berdiam diri dahulu tetapi ketakutannya mendahului perasaan yang lain. Hilang segala keberaniaannya selama ni. Degilnya juga entah ke mana.
"Adik cuba ingat lagi. Adik tak pasti lagi. Tapi apa yang adik ingat, kejadian semasa adik bercuti di Thailand. Ada orang cuba simbah asid dekat adik tapi adik tak pasti sebab apa dan kenapa. Ada bayangan perempuan yang sentiasa ikut adik. Adik tak pasti. Tapi adik tak rasa adik ada musuh sebab setahu adik masa adik pergi Thailand, adik pergi seorang diri. Tak ada siapa yang tahu adik ke sana. Sd Card dan hard disk laptop adik mungkin boleh beri jawapan."Myra Qaisara menerangkan kepada ahli keluarganya. Datin Farah ketika itu sibuk di dapur.
Daniel Farish cepat sahaja menghubungi kawannya, Saiful dan bertanya mengenai perkembangan Sd Card dan juga hard disk laptop adiknya. Dia berharap ada berita gembira daripada Saiful.
"Maaf, Daniel. Bagi aku masa dua tiga hari lagi. Aku tengah usahakan ni."beritahu Saiful kepada Daniel Farish.
"Jangan beritahu mama dulu ya..adik risau nanti mama lagi tambah risau. Adik tak kuat lagi nak ingat semua itu. Adik takut jadi macam hari tu."pinta Myra Qaisara. Dia kalau boleh tidak mahu semua ahli keluarganya tahu.
Masing-masing bersetuju dengan permintaan Myra Qaisara. Datuk Fadzlan mengetatkan lagi kawalan keselamatan Puteri kesayangannya. Danny akan sentiasa ada bersama Myra Qaisara. Dia tidak mahu perkara yang buruk lagi berlaku ke atas puterinya.
"Papa, adik minta maaf. Dulu adik degil. Mungkin sebab ini Allah hukum adik.."Myra Qaisara memeluk Papanya. Dia sedih dan kesal dengan sifat lamanya yang degil. Dia juga takut untuk menghadapi cabaran akan datang.
"Dahla adik. Adik jangan sedih ya. Papa dan abang sayang adik. So adik kena percaya dengan kami ya. Dulu Papa tak ada masa untuk adik tapi sekarang Papa dan yang lain akan sentiasa ada untuk adik."kali ini Datuk Fadzlan menyakinkan puteri kesayangannya.
Ahli keluarga Myra Qaisara cuba membina keberanian dan semangat kepada puteri kesayangan mereka. Mereka tidak mahu Myra Qaisara sentiasa tertekan dan muram. Mereka mahukan Myra Qaisara yang sentiasa berani dan bersemangat.
Adam pula kini dalam mood tertanya-tanya mengenai Myra Qaisara. Ingin bertanya kepada Danish Irham dan Daniel Farish mengenai Myra Qaisara tetapi risau tentang anggapan mereka. Adam sentiasa tertanya-tanya apa kaitan Myra Qaisara dengan rantai leher tu. Adakah Myra Qaisara adalah gadis yang dijumpainya semasa di Thailand? Personaliti Myra Qaisara dan gadis itu amat berbeza. Semua itu seperti tidak mungkin.
"Rantai dah tak ada. Bracelet, cincin dan anting-anting saja yang tinggal...."Myra Qaisara bercakap sendirian.
Set barang kemas yang disukai oleh Myra Qaisara kini sudah tidak mencukupi. Myra Qaisara hanya membelek barang-barang tersebut. Kini dia baru rasa sedikit menyesal tetapi semua itu sudah tidak berguna. Dia juga yang memberinya kepada Adam.
"Adik! Kenapa muram tu? Eh belek apa tu? Macam serius je. Dari tadi abang tengok adik termenung je."tegur Daniel Farish.
"Tak ada apalah abang. Tunggu abang belikan adik rantai baru."tangan Myra Qaisara cepat sahaja menutup kotak barang kemasnya. Tidak mahu Daniel Farish perasan akan ketiadaan rantai lehernya.
"Boleh je. Jom esok? Okay tak? Free kan?"cepat sahaja Daniel Farish menjawab. Ini masanya untuk dia merapatkan lagi hubungan adik beradik mereka. Sebelum ini dia sentiasa abaikan perasaan adiknya itu sehinggakan masa adiknya hilang ingatan, hanya Danish Irham yang berads di hati adiknya.
Sebenarnya bukan setakat Datuk Fadzlan sahaja yang cemburu dan iri hati terhadap keakraban Danish Irham dan Myra Qaisara tetapi Daniel Farish juga sama. Dia juga sudah mengabaikan adik kesayangannya.
Myra Qaisara senyum. Dia tahu Daniel Farish dan ahli keluarga yang lain cuba mendekatinya. Dia amat terharu dengan usaha mereka.
"TERIMA KASIH PAPA, MAMA, ABANG FARISH DAN ABANG IRHAM SEBAB SENTIASA ADA UNTUK MYRA QAISARA..."
Myra tersenyum penuh kebahagiaan.
YOU ARE READING
Pemilik hati si PINK (Slow Updated)
RomanceStart : 4 augst 2017 End : Myra Qaisara cukup minat dengan warna pink. Kalau boleh semuanya berwarna pink. Seorang gadis yang sangat aktif dan sangat berhati-hati dalam memilih kawan. Bertemu dengan Adam Hakimi di gym adalah merupakan satu tragedi...