Malam ni Myra Qaisara bertemu teman-temannya di gym seperti yang dijanjikan. Datuk Fadzlan membenarkan puteri kesayangannya keluar tetapi dengan bersyarat di mana Danish Irham ataupun Daniel Farish akan menemani Myra Qaisara keluar. Myra Qaisara juga bersetuju kerana dia juga masih tidak punya keberanian untuk keluar sendirian.
"Abang, nanti buat macam biasa je ye. Tak ada siapa yang tau kan adik sakit hari tu?"tanya Myra Qaisara kepada Daniel Farish.
Daniel Farish hanya mengangguk sahaja tetapi dalam pada masa yang sama dia memberitahu adiknya bahawa Desmond tahu keadaannya.
Myra Qaisara tidak kisah jika Desmond sahaja yang mengetahui kerana Desmond merupakan sahabat baiknya semenjak dia sakit dua tahun yang lepas.
Teman-temannya di gym berasa gembira. Sudah lama mereka tidak berjumpa dengan Myra Qaisara. Semenjak Myra Qaisara pindah dan berhenti kerja, baru kali ni mereka berjumpa.
Selepas bersenam di gym mereka pergi melepak. Melepak makan di mcd. Selepas itu bersuka ria di karaoke. Daniel Farish memang peramah jadi tidak sukar untuk bergaul bersama kawan adiknya. Mereka juga senang dengan Daniel Farish.
Adam pula agak lewat tiba. Dia hanya mampu memandang Myra Qaisara dari jauh. Dia tidak mahu Daniel Farish tahu yang dia sentiasa memerhatikan Myra Qaisara.
"Myra, kenapa kau nampak pucat je. Kau sakit ke?"Adam bercakap sendirian di dalam hati sambil memerhatikan Myra Qaisara.
"Best tak abang?"tanya Myra Qaisara.
"Best. Kawan adik ni open minded la. Yang paling best, kawan-kawan adik ni tak fikir pangkat pun. Itu yang abang rasa happy je. Untung adik."Daniel Farish menghadiahkan senyuman.
Langkah demi langkah yang Myra Qaisara akan ambil. Dia mahu mencari semangat hidup. Dia tidak mahu hidup dalam ketakutan. Bukan setakat itu sahaja, dia juga kini sudah mula dengan kelas tekwando. Dia perlu mula balik. Sudah lama dia tinggalkan kelas seni mempertahankan diri.
Tepat jam satu pagi dua beradik tu sampai di rumah.
"Adik, lewat balik!"tegur Datuk Fadzlan.
"Sorry Papa, tadi singgah Family Mart sekejap. Farish teringin pulak makan ais krim green tea. Lepas tu sambung makan steamboat."Daniel Farish menjawab bagi pihak adiknya.
Datuk Fadzlan menerima alasan Daniel Farish. Dia tahu puterinya itu selamat di samping anak lelakinya. Selain itu juga, mata-mata Datuk Fadzlan juga ada berhampiran Myra Qaisara. Dia tidak akan sesekali melepaskan Myra Qaisara tanpa pengawasan orang-orangnya. Lagi-lagi bila mengetahui ada orang yang dengki dan berniat tidak baik pada puteri kesayangannya.
"Seronok adik dating dengan abang Farish?"tegur Danish Irham.
Myra Qaisara mengangguk dan menuju ke arah Danish Irham dan menghadiahkan ciuman di dahi Danish Irham. Tidak lupa juga buat Datuk Fadzlan.
"Adik, kiss untuk abang mana?"usik Daniel Farish.
"Tak ada. Tadi dah keluar dating!"Myra Qaisara menjerit dari tangga dan kini dia menuju ke bilik tidurnya. Masing-masing tergelak melihat telatah Myra Qaisara.
Daniel Farish tidak terus naik ke bilik sebaliknya dia sambung berbincang dengan Datuk Fadzlan dan Danish Irham. Danish Irham sengaja memberi peluang kepada Daniel Farish keluar bersama Myra Qaisara. Tujuannya supaya hubungan Daniel Farish dan Myra Qaisara bertambah rapat. Myra Qaisara juga tahu niat Danish Irham.
Pagi yang indah buat Myra Qaisara. Semangatnya juga sudah bertambah baik. Dia bersiap awal. Pagi ini dia mahu mengikut abang-abangnya masuk ke pejabat. Dia mahu mulakan hidup baru. Dia tidak mahu lagi berkurung. Dia perlu bina hidupnya sendiri. Tiada siapa yang mampu membantu dirinya jika bukan dirinya.
YOU ARE READING
Pemilik hati si PINK (Slow Updated)
RomanceStart : 4 augst 2017 End : Myra Qaisara cukup minat dengan warna pink. Kalau boleh semuanya berwarna pink. Seorang gadis yang sangat aktif dan sangat berhati-hati dalam memilih kawan. Bertemu dengan Adam Hakimi di gym adalah merupakan satu tragedi...