Upacara merisik disekalikan dengan pertunangan. Cukup ringkas. Myra Qaisara tidak mahu majlis dilangsungkan secara besar-besaran. Itu syarat yang diletakkan oleh Myra Qaisara.
"Cantiknya adik abang. Nampaknya tak lama lagi sunyilah abang ni."usik Danish Irham.
Masam je muka Myra Qaisara. Sudahlah kena paksa boleh pula si abang menyakat. Hidupnya masih tidak puas lagi bermanja dengan keluarganya. Tidak ramai yang hadir. Cuma keluarga yang terdekat sahaja. Adam pula sibuk mahu datang juga. Mana tidaknya mahu melihat gadis pilihannya.
"Abang, betul ke apa yang kita buat ni? Abang tahu tak abang pertaruhkan nyawa adik? Kalau terjadi apa-apa dekat adik, abang jangan nak menyesal ya."Myra Qaisara menakutkan Daniel Farish.
"Adik nikan! Mulut tu jaga sikit. Macam mintak je nak jadi apa-apa. Ingat adik, abang akan kotakan janji abang. Kalau ada yang tak kena abang sendiri yang akan putuskan pertunangan adik.."bisik Daniel Farish.
Danish Irham pula agak cemburu. Mana tidaknya Myra Qaisara tidak melayannya sebentar tadi tetapi berbeza dengan Daniel Farish. Mudah sahaja Myra Qaisara bercakap dengan abangnya itu.
Majlis tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja. Kawan-kawan Myra Qaisara juga tiada. Myra Qaissara tidak mahu majlis pertunangannya diketahui ramai orang. Dia masih belum bersedia lagi. Cukuplah hanya untuk memuaskan hati keluarganya. Dia sendiri tidak rela dengan ikatan tersebut.
Datin Aini pula gembira dengan pertunangan tersebut. Mana tidaknya dapat menantu secantik Myra Qaisara. Sikap Myra Qaisara juga lebih sopan berbanding Sarah. Itu sudah cukup membanggakannya.
Walaupun majlis tidak dibuat secara besar-besaran namun itu semua sudah mampu menggembirakan hati Adam. Berbeza dengan Myra Qaisara. Pelbagai perkara dalam fikirannya. Siapakah Adam dalam hatinya dulu?
"Desmond, betul ke keputusan I? You rasa Adam tu baik ke? Tak ada niat jahat dengan I?" Myra Qaisara yang Mula bertanya pendapat sahabat baiknya. Desmond lebih tahu mengenai Hal dua tahun lepas. Dia juga turut percayakan Desmond.
"Listen girl, trust me. I tak rasa Adam tu jahat. Ingat plan Kita. Kita gunakan peluang ni untuk cari siapa yang cuba aniaya you. I akan sentiasa Ada untuk you. Ingat tu!"Desmond Cuba memberikan semangat kepada sahabat baiknya.
Desmond tahu Myra Qaisara terpaksa. Dia juga perlu menjayakan rancangannya dengan ahli keluarga Myra Qaisara. Dia perlu memujuk Dan menyakinkan sahabat baiknya itu untuk menerima Adam. Jika tidak segalanya mungkin akan lambat terungkai.
"Maafkan I Ara, I terpaksa. I tak boleh tunggu lagi. You sudah cukup menderita hanya disebabkan perkara yang lepas. Andai kata jika semua ini berlaku disebabkan kerelaan dan niat tidak baik Adam terhadap you, I sendiri akan balas balik apa yang you dah lalui selama ini pada Adam." Desmond berjanji di dalam hatinya. Tidak terleluar ayat tersebut daripada mulutnya. Ini semua demi kebaikan Myra Qaisara.
Adam dengan muka tidak malu bergambar bersama tunangnya. Lepas sahaja Datin Aini menyarungkan cincin tanda rasmi Myra Qaisara menjadi tunang Adam, Adam excited sehinggakan mengambil pakej jurugambar khas buat majlis ini. Laju sahaja dia membuat permintaan untuk mengambil gambar bersama tunangnya.
Myra Qaisara bijak mengawal emosinya. Mana mungkin dia mahu memalukan ahli keluarganya. Jika dia melayan buruk ahli keluarga Adam, sudah tentu orang lain akan fikir yang anak-anak Datuk Fadzlan kurang ajar dan tidak hormat akan orang lain. Dia tidak mahu perkara begini berlaku hanya disebabkan sikap pentingkan dirinya sendiri.
"Sabar Ara....family first now. Jangan fikir banyak."Myra Qaisara Cuba menenangkan dirinya.
Majlis berakhir dengan jayanya. Myra Qaisara kini hanya mampu tenung cincin pertunangannya di jari manisnya. Cantik ke? Bermakna ke buat dirinya? Perlahan-lahan dia menolak keluar cincin itu dari jari manisnya. Dia menyimpan cincin pertunangannya di dalam kotak barang kemasnya. Mata dipejamkan sebentar di atas katil. Baju masih belum ditukar.
Adam masih lagi berada di bawah. Myra Qaisara pula sudah Naik ke biliknya. Entah kenapa berat untuk Adam melangkah kaki untuk pulang. Dia mahu bercakap dengan Myra Qaisara tetapi tunangnya sendiri enggan bercakap dengannya. Myra Qaisara perlukan ruang bertenang buat dirinya.
Suhu badan Myra Qaisara sedikit berubah. Myra Qaisara berada dalam keadaan tertekan. Pintu biliknya dikunci sebagai tanda mahukan privacy. Myra Qaisara siap meletakkan notis di luar bilik "do not disturb. I need some privacy" sebagai tanda tidak mahu gangguan. Dia mahu berehat.
Kepala Myra Qaisara Mula berdenyut-denyut. Lagi berdenyut apabila Dia melihat video yang di ambil semasa di Phuket dua tahun lepas. Video dia bersama Adam. Kelihatan gembira namun tiada bayang ada orang lain bersama mereka. Lama Myra Qaisara terbaring sambil kepala mula cuba mengingat kembali. Tiada Satu pun yang terlintas di kepalanya.
"Siapa yang cuba aniaya aku? Takkan Adam?" Myra Qaisara sendiri tidak percaya yang Adam sejahat itu.
Adam baru sahaja ingin mengetuk pintu bilik tunangnya tetapi tidak jadi apabila terlihat tanda yang tidak dibenarkan orang lain mengganggunya. Daniel Farish hanya menggeleng sahaja kepalanya.
"Adam, Kita biarkan saja dulu. Bagi Ara tu tenang sikit."Daniel Farish menenangkan Adam.
"Farish, I nak tanya you, kenapa Ara terima pinangan I? You paksa dia ke? Lagi Satu, kenapa Ara cakap yang dia pertaruhkan hidupnya untuk pertunangan ni?"Tanya Adam lagi. Sebenarnya kata-kata Myra Qaisara sebelum ini sedikit sebanyak mengganggu hidupnya.
"Jomlah Kita sembang dekat sana."Daniel Farish menunjuk ke arah kolam renang.
Lama juga mereka bersembang. Bukan setakat Daniel Farish, kini Danish Irham dan juga Datuk Fadzlan menyembang bersama. Tidak banyak yang didedahkan oleh Datuk Fadzlan Dan bakal abang Ipar Adam tetapi cukuplah apa yang diketahuinya bahawa Myra Qaisara seperti mempertaruhkan hidupnya dalam pertunangan ini.
Adam masih tertanya-tanya apa kaitan Sara Dan Myra Qaisara. Adakah mereka orang yang sama. Mungkinkah Myra Qaisara mempunyai kembar? Sebenarnya Adam juga tidak pasti akan Hal tersebut. Dia juga sudah bertanya pada Datuk Fadzlan n abang Myra Qaisara mengenai Hal tersebut namun tiada jawapan daripada mereka.
"Papa, kenapa Kita tak cakap je yang Ara hilang ingatan?"Tanya Daniel Farish
"Kita tak boleh beritahu hal tersebut. Risau kalau hal ni ada kaitan dengan kemalangan dua tahun lepas. Cukuplah apa yang dah terjadi. Adam tak perlu tahu pasal hal tu."sampuk Desmond.
Datuk Fadzlan mengangguk. Mereka masih belum tahu apa yang akan terjadi tapi apa yang pasti mereka akan melindungi puteri kesayangannya mereka. Adam pulang setelah mereka berbincang mengenai Myra Qaisara.Myra Qaisara pula tertidur di atas katilnya tanpa menukar bajunya. Kepalanya yang berdenyut-denyut memaksanya tidur tanpa menukar baju.
YOU ARE READING
Pemilik hati si PINK (Slow Updated)
RomanceStart : 4 augst 2017 End : Myra Qaisara cukup minat dengan warna pink. Kalau boleh semuanya berwarna pink. Seorang gadis yang sangat aktif dan sangat berhati-hati dalam memilih kawan. Bertemu dengan Adam Hakimi di gym adalah merupakan satu tragedi...