Selepas tiga hari di hospital akhirnya Myra Qaisara sedar. Masa dia sedar dia melihat Datin Farah terbaring di sofa. Danish Irham pula tidur duduk di atas kerusi sebelah katilnya. Direnung ke dua-dua muka tersebut. Sayu sahaja dia melihatnya.
"Aku pentingkan diri aku lagi? Kenapa dengan aku? Kau sedar tak kau dah menyusahkan orang!"Myra Qaisara bercakap sendirian di dalam hati. Air matanya lebat keluar. Dia perlahan-lahan turun daripada katilnya dan menuju ke bilik air berdekatan. Dia tidak mahu abang dan mamanya terjaga kerana tangisannya.
Mujur kedua-duanya masih tidur lagi. Myra Qaisara menutup pintu bilik air dan menangis sepuas-puasnya di dalam bilik air. Dia mahu melepaskan segala tekanan perasaannya.
Datuk Fadzlan dan Daniel Farish pula baru naik daripada bawah dan membeli sarapan pagi buat Danish Irham dan Datin Farah. Mereka sekeluarga sanggup bermalam di hospital. Kadang-kadang bergilir-gilir menjaga puteri kesayangan mereka.
"Papa, makanan ni nak letak mana ya?"tanya Daniel Farish.
"Letaklah atas meja tu dulu. Papa harap adik cepatlah sedar.."belum habis cakap lagi Datuk Fadzlan dan tercengang dan kaget.
"Kenapa Papa?"tanya Daniel Farish.
Dalam pada masa yang sama dia juga kaget apabila melihat katil adiknya kosong. Di mana adiknya? Mama dan Irham pula masih lena tidur.
Myra Qaisara yang terdengar suara abang dan Papanya segera memberhentikan tangisannya. Dia mencuci mukanya supaya tidak kelihatan seperti menangis dan keluar daripada bilik air.
"Adik dekat sini. Tadi rasa nak buang air. Malas nak kejut abang Irham dan Mama."Myra Qaisara mencelah.
"Alhamdulillah. Takut abang tadi. Doktor dah check adik belum?"tanya Daniel Farish.
Myra Qaisara menggeleng.
"Biarlah abang Irham dan Mama tidur dulu. Kesian adik tengok. Papa dan abang Farish dari mana?"tanya Myra Qaisara yang ingin tahu.
"Dari bawah tadi. Breakfast. Mama dan Irham tidur lagi. Jadi abang dan Papa belikan breakfast untuk mereka."jawab Daniel Farish.
"Papa dan abang tidur sini juga ke malam tadi?"tanya Myra Qaisara lagi.
Mereka berdua mengangguk.
"Papa, Ara laparlah. Jom teman Ara makan dekat bawah. Ara nak makan."rengek Myra Qaisara.
"Papa panggil doktor dulu. Lepas tu kita turun ya."kata Datuk Fadzlan yang kelihatan agak bersemangat. Gembira tak sudah apabila anaknya sudah sedar.
Belum sempat Myra Qaisara bersuara, Doktor Zarief datang ke bilik Myra Qaisara untuk memeriksa Myra Qaisara. Tersenyum Myra Qaisara melihat Doktor Zarief datang dan dalam pada masa yang sama jarinya diletakkan di mulut memberi isyarat supaya tidak terlalu bising. Dia tidak mahu abangnya Danish Irham dan Datin Farah terjaga daripada tidurnya.
Sekejap sahaja pemeriksaan Myra Qaisara. Semuanya berjalan lancar. Myra Qaisara menulis sesuatu di atas kertas dan diletakkan berhampiran Danish Irham sebagai nota memberitahu mereka turun ke bawah sekejap.
Daniel Farish dan Datuk Fadzlan hanya tersenyum sahaja. Myra Qaisara disuruh duduk di atas kerusi tolak dan ditolak oleh Daniel Farish. Kalau ikut hatinya memang malas tetapi disebabkan syarat untuk dia turun maka terpaksalah mengikut sahaja kehendak abang dan Papanya.
Danish Irham pula di atas terkejut apabila melihat katil adiknya kosong.
"Mama, adik tak ada!"Danish Irham mengejut Datin Farah.
Panik dan kaget dua beranak itu. Baru sahaja mahu menelefon Datuk Fadzlan Danish Irham terlihat nota yang diselit di bawah telefon bimbitnya.
"Kenapa Irham?"tanya Datin Farah.
"Adik turun dengan Papa dan Abang Farish dekat bawah. Lapar katanya. Adik dah sedar. Dia tak nak kejutkan kita tadi sebab kesian katanya."balas Danish Irham yang kini sudah tersenyum.
Mereka berdua juga turun ke bawah mencari Datuk Fadzlan, Daniel Farish dan Myra Qaisara. Mereka semua kini melepak di subway. Myra Qaisara teringin makan roti.
Meriah meja mereka. Danish Irham dan Daniel Farish langsung tidak mengungkit bagaimana mereka menjumpai Myra Qaisara. Myra Qaisara hanya memerhati gelagat ahli keluarganya. Betapa mereka menjaga hati dan perasaan Myra Qaisara.
"Mama, Adam ada datang melawat Ara?"tiba-tiba nama tersebut yang disebut oleh Myra Qaisara.
"Tak ada. Tak ada siapa pun tahu adik masuk wad kecuali staff kita. Desmond je ada datang. Itupun sebab dia call adik tak dapat. Jadi abang Farish beritahu adik masuk wad. Papa dah arahkan semua staff jangan bising pasal adik masuk wad."balas Datin Farah.
"Ohhh..."itu sahaja yang keluar daripada mulut Myra Qaisara.
Mereka yang lain pelik. Kenapa tiba-tiba Myra Qaisara bertanya mengenai Adam dan bukannya Desmond.
"Adik nak minta maaf sebab adik selalu susahkan keluarga adik. Kalau tak disebabkan sifat degil adik ni, tak adalah adik hilang ingatan dan takkan menyusahkan semua orang. Adik nak semua jangan risau pasal adik. Adik tak nak ingat lagi apa yang jadi pada masa lepas. Adik rasa penat. Allah tahu bila masanya DIA akan bagi balik ingatan adik. Kalau pasal keselamatan adik,adik tak kisah Papa nak bagi berapa banyak orang perhatikan adik pun tak apa."Myra Qaisara tersenyum. Dia tidak mahu ahli keluarganya risau lagi mengenai dirinya.
"Kenapa adik tiba-tiba cakap macam tu?"tanya Daniel Farish.
"Adik tahu semua orang risau pasal adik. Lagi-lagi bila nampak gambar Adam dalam sd kad adik kan?"Myra Qaisara berterus-terang. Dia tidak dapat menahan dirinya lagi. Selagi dia tidak bercakap mengenai hal tersebut selagi itu stressnya tidak dapat dilepaskan.
"Adik tahu?"tanya Datuk Fadzlan.
Myra Qaisara mengangguk.
"Adam? Apa maksud adik? Ada kaitan dengan Adam? Anak Datuk Nazri?"soal Datin Farah lagi yang agak terkejut.
Myra Qaisara menceritakan kepada ahli keluarganya mengenai Adam. Sebenarnya dia juga tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan kaitan Adam dalam hidupnya. Rantai yang dipakainya selalu juga sudah tiada. Dia sudah kembalikan balik kepada Adam. Dia malas mahu tahu apa kaitan rantai itu dengan Adam. Buat masa sekarang dia perlukan kerjasama daripada ahli keluarganya. Bila tiba masanya dia akan mencari sendiri jawapan itu. Dia merasa seperti dipaksa. Kepalanya juga jadi semakin sakit apabila teringat akan hal tersebut.
"Maafkan Papa. Papa yang ajak abang-abang Ara berbincang mengenai hal tersebut."kata Datuk Fadzlan.
"Papa, adik tak marah. Cuma adik minta Papa dan semua orang jangan rahsiakan daripada adik. Adik memang nak beritahu pasal Adam dekat semua. Adik tahu semua orang risau. Lagi-lagi kecederaan adik yang lepas berpunca daripada buatan orang."jelas Myra Qaisara lagi.
"Adik ada ingat apa-apa lagi ke?"tanya Daniel Farish.
Myra Qaisara meminta sedikit waktu lagi kepada ahli keluarganya. Dia perlukan kepastian sebelum memberitahu hal tersebut. Datuk Fadzlan kini sudah sedikit lega. Mereka juga berjanji tidak akan merahsiakan apa-apa lagi. Myra Qaisara juga membuat janji yang sama. Dia tidak akan berahsia lagi. Danish Irham dan Daniel Farish akan sentiasa berada bersama Myra Qaisara.
YOU ARE READING
Pemilik hati si PINK (Slow Updated)
RomanceStart : 4 augst 2017 End : Myra Qaisara cukup minat dengan warna pink. Kalau boleh semuanya berwarna pink. Seorang gadis yang sangat aktif dan sangat berhati-hati dalam memilih kawan. Bertemu dengan Adam Hakimi di gym adalah merupakan satu tragedi...