Bab 31

53 2 0
                                    

Myra Qaisara menjadi sedikit tenang selepas meluahkan segalanya kepada Adam. Adam pula kini menjadi lebih sasau dengan permintaan Myra Qaisara. Mana mungkin dia mahu menjauhkan diri daripada Myra Qaisara.

Datuk Fadzlan dan ahli keluarga yang lain pula dalam tanda tanya. Apakah yang sudah terjadi. Lama anak perempuanya itu bersembang bersama Adam siang tadi dan menunjukkan perbincangan mereka seperti agak serius.

"Adik, boleh Papa cakap sesuatu dengan adik?"Datuk Fadzlan mencuba nasib.

"Pasal apa Papa?"tanya Myra Qaisara.

"Datuk Nazri merisik adik petang tadi. Papa nak adik terima Adam, boleh tak?"tanya Datuk Fadzlan.

Terkejut Myra Qaisara. Dia baru sahaja meminta Adam menjauhi dirinya dan kini Papanya pula minta dia menerima Adam sebagai tunangnya. Sangat mengejutkan Myra Qaisara.

"Papa, abang pun tak kahwin lagi. Kenapa pula adik yang nak kena kahwin? Not fair!"bentak Myra Qaisara.

Sebenarnya tiada niat mahu Myra Qaisara keluar daripada keluarga Datuk Fadzlan tetapi keadaan yang memaksa Datuk Fadzlan berbuat begitu. Dia merancang bersama Danish Irham dan Daniel Farish untuk memujuk Myra Qaisara. Mana mungkin mereka mahu ketepikan orang yang mereka sayang.

Mereka semua tahu tindak balas Myra Qaisara setelah perkara tersebut dibincangkan. Mereka kena tangani dengan betul. Jika tidak, mereka bukan sahaja merisikokan keselamatan Myra Qaisara tetapi mereka juga boleh kehilangan Myra Qaisara sekali lagi dalam hidup mereka. Kali ini mungkin tiada sesiapa yang akan berjaya memujuk Myra Qaisara.

"Papa tahu tak, adik baru je suruh Adam jauhkan diri daripada adik! Adik tak nak Adam dekat dengan adik. Selagi Adam jauh daripada adik, selagi tu keselamatan adik terjamin. Kerana Adamlah adik kena ugut! Bukan setakat tu, adik hampir kena simbah asid semasa di Phuket gara-gara Adam! Adik tak nak terima pinangan Adam! Kalau Papa berani terima, adik lari daripada rumah!"Myra Qaisara meluahkan perasaannya.

"Apa maksud Adik?"tanya Danish Irham.

"Adik balik naik flight sendiri sebabkan Adam! Adam permainkan adik! Adam menduakan adik. Adam mainkan perasaan adik. Sakit hati adik bila adik ingat balik. Adik marah dekat diri adik sebab selama ni adik dah ketepikan keluarga adik! Adik bodoh dulu! Adik tak nak Papa! Tolonglah faham adik, Papa..."Myra Qaisara menangis teresak-esak. Merayu kepada Datuk Fadzlan supaya menolak pinangan Adam.

"Adik dah ingat semuanya?"tanya Daniel Farish.

Myra Qaisara menggeleng kepala.

"Adik, itu cuma sebahagian daripada ingatan adik. Adik tak boleh menilai Adam begitu. Mungki betul apa yang adik ingat Adam begitu tetapi adik tak tahu cerita keseluruhannya. Desmond ada cerita mengenai Adam dekat adik? Adik ada tanya Desmond?"soal Daniel Farish.

Myra Qaisara menggeleng lagi kepalanya. Semenjak peristiwa pahit itu sifat degil Myra Qaisara sudah berkurangan. Datuk Fadzlan dan ahli keluarga yang lain sentiasa membantu Myra Qaisara untuk berfikir. Betapa banyak perasaan dan rahsia yang cuba dipendam Myra Qaisara akhirnya akan dibuka juga oleh Myra Qaisara. Rahsianya tidak akan bertahan lama.

"Kita panggil Desmond. Biar Desmond ceritakan mengenai Adam. Kalau betul Adam permainkan adik, kenapa Adam cari adik sampai sekarang. Rantai yang dia bagipun adik pakai dan adik susah nak tanggalkan. Bagi adik, itu bermakna buat diri adik. Mungkin betul mendekati Adam membahayakan diri adik tapi sampai bila? Kalau adik laluinya sekarang, at least kita dah buang satu bahaya untuk adik. Abang dan Papa tak marah kalau adik tak nak kahwin dengan Adam. Adik bertunang je dulu. Ambil masa untuk kenal diri Adam. Kalau masih tak ada perasaan antara adik dan Adam, abang sendiri akan tolong adik putuskan pertunangan tu."janji Daniel Farish.

Janji yang dibuat oleh Daniel Farish tiada dalam perbincangan mereka. Begitu senang Daniel Farish menabur janji demi mencapai matlamatnya.

"Farish, Papa tak setuju kalau macam tu."Datuk Fadzlan cuba menghalang.

"Abang janji tolong adik! Jangan paksa adik kalau adik tak suka ya!"kini Myra Qaisara berpihak kepada Daniel Farish.

Kelihatan seperti ada sinar dalam hidupnya. Cukuplah ada seorang yang boleh berada di pihaknya.

Danish Irham pula menggeleng. Lain yang dirancang lain pula yang jadinya. Daniel Farish tiada pilihan. Mungkin itu yang terbaik buat adiknya demi untuk menyelesaikan teka-teki hidup Myra Qaisara. Jika bahaya itu tidak dibuang, hidup adiknya akan sentiasa berisiko. Mereka juga berisiko kehilangan Myra Qaisara.

Adam pula semakin resah di rumah semenjak balik dari perbincangan bersama Myra Qaisara. Datuk Nazri pula tersenyum.

"Adam janganlah risau. Papa ada surprise untuk Adam. Tadi Papa dah tolong merisik Ara untuk Adam. Kalau tak ada apa-apa, inshaAllah jadi."beritahu Datuk Nazri.

"Apa maksud Papa?"tanya Adam seperti tidak percaya.

"Maksud Papa, tadi siang Papa dah risik Ara untuk Adam. Datuk Fadzlan pun akan pertimbangkan dan akan beri jawapan dalam minggu depan. Adam doalah banyak-banyak yang mereka akan terima lamaran itu ye."balas Datuk Nazri.

"Betul ke ni abang? Tak berbincang pu  dengan saya? Sarah tu macam-mana? Nak letak mana?"Tanya Datin Aini kepada Datuk Nazri.

"Mama, Sarah tu bukan girlfriend Adam pun! Bersepah boyfriend si Sarah tu. Mama nak ke menantu macam tu? Sudahlah gedik. Sakit mata ni bila tengok perempuan macam tu!"balas Adam kepada Datin Aini. Risau dia jika Sarah menjadi pilihan Datin Aini.

Datin Aini tergelak. Dia sebenarnya tidak kisah siapa pilihan Adam. Dia juga tidak rela jika Sarah terpilih menjadi menantu mereka. Jika sebagai calon sahaja dia tidak begitu kisah tetapi berbeza jika Sarah dijadikan menantunya. Mahu sahaja dia pening melayan perangai si Sarah. Manja dan gedik tak bertempat.

"Ara, please accept my proposal!"hati Adam meronta.

Jiwanya tidak tenang selepas berperang mulut dengan Myra Qaisara siang tadi. Permintaan Myra Qaisara juga berat. Mahu Adam menjauhi dirinya. Mana mungkin untuk Adam menjauhi Myra Qaisara. Pelbagai persoalan yang muncul dalam kepala otak Adam. Takkan begitu mudah untuk dia melupakan Myra Qaisara. Sudah bertahun dia mencari Myra Qaisara tetapi hampa dan kini apabila teka-teki yang berada dalam kepala otaknya sudah menunjukkan sinar ketika itu juga Myra Qaisara meminta dia menjauhinya.

Pemilik hati si PINK (Slow Updated)Where stories live. Discover now