Bab 12

78 3 0
                                    

Myra kini sudah pulih dari sakitnya. Dia kelihatan lebih ceria.

"Mama, thanks hias bilik Ara. Cantik. Warna pink. Ara suka."beritahu Ara manja sambil memeluk Datin Farah.

"Mama je? Papa nak jugak."usik Datuk Fadzlan. Segera Myra menuju je arah Datuk Fadzlan dan menghadiahkan ciuman di pipi.

"Ara nak pergi mana ni? Bersiap macam nak keluar je?"tanya Datuk Fadzlan yang melihat Ara berpakaian seperti mahu keluar.

"Ara nak pergi dating kejap. Pinjam abang Farish ya."jawab Myra.

Daniel Farish ketika itu sedang menuruni anak tangga. Segak bergaya walaupun hanya memakai casual. Datin Farah seperti mahu bertanya lagu tetapi Myra sempat mencelah.

"Ara nak pergi rumah Ara la. Nak ambil barang Ara dan serahkan kunci rumah dekat kawan-kawan Ara. Ara tau mama mesti nak tanya lagi kan. By the way mama jangan risau. Abang Farish ada teman Ara. No worries Okay!"Ara menghadiahkan ciuman di pipi Datin Farah.

Myra keluar bersama Daniel Farish.

"Abang, abang tak ada girlfriend ke?"tanya Myra semasa di dalam kereta.

"Ada. Ni ha sebelah abang ni? Kenapa adik?"jawab Daniel Farish.

"Abang ni main-mainlah. Abang, adik nak tanyalah. Sebelum ni adik macam-mana ye? Macam mana adik boleh jadi macam sekarang?"

"Abang tak tahu macam mana adik boleh jadi macam ni. Apa yang abang tahu papa bagi adik kebebasan selama tiga tahun. Adik bebas buat apa sahaja. Selepas dua tahun adik ada pergi trip ke Thailand. Abang tak tahu adik pergi dengan siapa. Cuma yang abang tahu abang dan keluarga dapat panggilan dari pihak airport yang mengatakan adik dalam perjalanan ke hospital. Something happen. Itu je. Tapi terus terang abang cakap. Abang rasa macam ada konspirasi je. Sebab tak ada siapa tahu adik alah pada kacang. Sebab adik tak ingat apa jadi abang tak tanya adik banyak."beritahu Daniel Farish.

"Penting ke abang untuk adik ingat perkara yang lepas?"tanya Myra lagi.

"Adik, kalau adik tak ingat tak apa. Abang tak paksa adik pun. Sebab tu Papa dan Mama risau dekat adik. Mereka takut ada orang yang dengki dengan adik. Abang tak tahu macam mana nak cakap sebab pilot yang jumpa adik hari tu cuma beritahu adik pengsan je. Yang pelik ada luka dekat kepala adik. Macam mana adik dapat pun abang tak tahu. Mungkin juga semasa adik terjatuh pengsan kepala adik terhantuk. Dahlah adik. Jangan paksa diri."beritahu Daniel Farish. Dia tidak mahu adiknya tertekan.

Hampir empat puluh minit mereka sampai ke destinasi mereka. Myra menyerahkan kunci rumah kepada kawan-kawannya. Dia mengambil barang dan kembali ke rumahnya semula.

"Abang, abang Irham tak ada. Isnin ni adik ada photoshoot. Abang gantu abang Irham please..."rayu Myra.

"Okay. Boleh je. Kan abang ni girlfriend adik. Apa-apa pun boleh."Daniel Farish memberikan senyuman paling manis kepada Myra. Adik kesayangannya.

Bukan susah nak beri kebahagiaan pada Myra. Myra mudah mengubah moodnya. Selain itu juga Myra seorang yang memahami.

"Abang, singgah kedai tepi jalan sana tu kejap boleh?"pinta Myra.

"Nak makan cendol?"tanya Daniel Farish dan Myra cuma mengangguk. Kalau dulu Myra memang susah nak layan kedai tepi jalan tapi semenjak dia diberi kebebasan oleh Datuk Fadzlan, Myra semakin bertambah bagus.

Cendol durian dipilih dan rojak kangkung menjadi pilihan Myra manakala Daniel Farish hanya mahukan cendol pulut.

"Sedapkan abang? Adik suka. Cendol pun best kat sini."puji Myra Qaisara.

"Adik, nak sikit rojak tu. Macam sedap je." Pinta Daniel Farish. Myra terus menyuapkan rojak ke mulut abangnya.

"Sedapkan. Abang, adik nak tapau bawa balik rumah lah." Tidak sempat Daniel Farish menjawab Myra terus menempah dua bungkus rojak untuk dibawa balik ke rumah.

Sampai sahaja di rumah Daniel Farish memanggil dua orang pembantu rumahnya untuk mengangkat barang-barang Myra. Datuk Fadzlan dan Datin Farah ketika itu sedang beristirehat di tepi kolam renang.

"Papa, Mama!!!adik dah balik."jerit Myra.

"Ish adik ni. Jangan jerit-jerit. Mama dengar je tadi abang Farish panggil Mat dan Pak Karim untuk angkat barang-barang adik tu."jawab Datin Farah.

"Papa, minggu depan adik nak kerjalah. Nak kerja dengan abang Irham dan Abang Farish. Tapi lepas habis photoshoot ya."

"Kenapa tiba-tiba adik nak kerja pulak? Hari tu kata nak tambah rehat lagi."tanya Datuk Fadzlan.

"Sebab adik rindu nak kerja. Adik nak berhenti jadi model. Malas la adik jadi model."balas Myra.

Datin Farah dan Datuk Fadzlan bersyukur kerana puteri kesayangannya membuat satu keputusan yang menggembirakan hati mereka. Mereka tidak perlu memaksa atau menyuruh Myra berhenti sebagai model lagi. Myra dengan sukarela berhenti.

Myra sudah malas untuk menyorok lagi. Rasanya sudah tidak perlu lagi untuk dia membuat ahli keluarganya risau. Dia juga tidak pasti kenapa dia meminta kebebasan daripada keluarganya. Rasanya sekarang dia tidak memerlukan masa kebebasan untuk dirinya. Inilah masanya untuk dia berkhidmat kepada keluarganya.

"Adik, nak beli apa-apa tak nak masuk kerja nanti? Baju ke?"tanya Datin Farah.

"Mama belanja? Kalau mama belanja, boleh je."jawab Myra.

"Alah adik ni. Gediklah. Kad yang Papa bagi kan ada. Macamlah adik pakai duit adik."Daniel Farish sengaja mengusik Myra.

"Papa, tengok abang tu."rengek Myra.

Datuk Fadzlan hanya membaling kertas yang dipegangnya ke arah Daniel Farish dan Daniel Farish mengelak balingan Datuk Fadzlan. Masing-masing tegelak melihat telatah Datuk Fadzlan dan Daniel Farish.

Datuk Fadzlan mengajak Datin Farah, Myra dan Daniel Farish keluar bersama pada petang itu. Katanya hendak melayan Myra membeli-belah dan riadah untuk mereka kerana sudah lama tidak keluar bersama.

Mereka keluar menuju ke Paradigmn Mall. Datuk Fadzlan dan Datin Farah melayan Daniel Farish dan Myra membeli-belah.

"Adik, jom tengok pakaian dekat zara. Mana tau ada design cantik."ajak Daniel Farish. Myra mengikut abangnya. Daniel Farish menarik tangan Myra dan sekelip mata mereka sudah berada di butik Zara. Datuk Fadzlan dan Datin Farah cuma melihat mereka dari belakang saja. Itupun sudah cukup membuatkan mereka gembira.

"Abang, Farah happy tengok anak-anak kita rapat macam ni. Rasa macam baru je lagi kita dapat anak. Sedar-sedar sekarang ni anak kita dah pun membesar. Farah harap Ara akan sentiasa sihat."Datin Farah meluahkan perasaan gembiranya kepada Datuk Fadzlan.

"Abang pun gembira tengok Myra sihat dan abang harap Farish dan Irham dapat lindungi adik dia."Datuk Fadzlan memeluk bahu Datin Farah dan mengikut Myra dan Daniel Farish membeli-belah.

Pemilik hati si PINK (Slow Updated)Where stories live. Discover now