Bab 24

40 3 1
                                    

"Who are you Desmond? Kenapa you sentiasa wujud dalam gambar I masa dua tahun lalu?"tanpa pembuka bicara, Myra Qaisara terus menyoal Desmond.

Desmond hanya memerhati sahaja sikap Myra Qaisara. Tangan Myra Qaisara pula membuka file gambar yang wujud pada hard disk dan juga sd kad kameranya.

"Ara, I bestfriend you. Sejak dulu lagi I memang bersama dengan you. Even kita pergi ke Thailand dulu pun you dengan I. I tak pernah tinggalkan you. Abang-abang you pun tahu tentang hubungan persahabatan kita. Cuma masa you kemalangan hari tu, you tiba-tiba balik tanpa beritahu I. I nak kejar you masa dekat lapangan terbang pula tak sempat. Tiket flight masa tu dah habis. I terpaksa naik flight yang seterusnya. Bila I dah sampai Malaysia, I dapat tahu you dah masuk hospital. Masa tu I rasa kesal sebab I tak pujuk you. Sehari sebelum you balik Malaysia, you merajuk dengan I."terang Desmond.

"Kalau you kawan baik I, kenapa you tak beritahu I kisah silam I?"tanya Myra Qaisara lagi.

Desmond turut menerangkan sebabnya. Doktor Zarief telah menasihatkan Desmond supaya jangan memberitahu kisah silam Myra Qaisara secara drastik. Itu akan memburukkan lagi keadaan Myra Qaisara memandangkan masa itu Myra Qaisara tidak ingat akan sesiapa pun melainkan Danish Irham. Dia juga telah menguji Myra Qaisara dengan bertembung di hospital ketika itu dan Myra Qaisara langsung tidak mengingatinya.

"I minta kebenaran dengan Family you untuk berkawan dengan you. Abang you pun izinkan. I cuba mendekati you dengan tinggal di kawasan apartment yang sama. Selain tu I juga ikut you join gym. You tahu tak owner gym tu?"tanya Desmond kepada Myra Qaisara.

Myra Qaisara menggeleng kepalanya. Selama ini dia tidak pernah terfikir untuk mengetahui pemilik Ocean Gym.

"Gym tu I punya. I owner gym tu. Mujur you join. I suruh staff I approach you untuk join. Masa tu i betul-betul lega sebab you nak join. Lepas tu I dekat dengan you di gym dan lepas tu di kawasan rumah. Irham juga upah I untuk jaga you tapi I jaga you bukan sebab abang you upah I tapi sebab You kawan I. Best friend I."terang Desmond lagi.

Myra Qaisara agak terdiam dan juga keliru. Lama juga dia terdiam.

"Ni kamera you. I simpan kamera you. Abang you pun tak tahu I simpan kamera ni. You lupa ambil kamera ni dekat I. Jadi I simpan kamera ni untuk you. For your information, tak semua perkara I cerita dekat ahli keluarga you. I tak nak family you risau. Bila tiba masanya baru I cerita. Sekarang ni you jangan risau. I dan Family you akan sentiasa ada untuk you."beritahu Desmond.

Myra Qaisara tetap senyap. Senyap seribu bahasa. Desmond pula seperti rasa serba salah. Bukan dia tidak mahu menceritakan hal silam Myra Qaisara tetapi semua itu demi kebaikan Myra Qaisara.

"Kalau I tak ingat langsung? Apa you akan buat?"Myra Qaisara mula bersuara.

"I tetap akan jaga you. I tetap akan jadi best friend you. Even kita tak sama bangsa dan agama tapi I tetap anggap you best friend I. Kalau you tak ingat masa silam you, I nak you jadi macam dulu. Happy go lucky. Please Ara. Wake up! Bukan saja demi I tapi demi family you."Desmond cuba memberi semangat kepada Myra Qaisara. Dia tahu Myra Qaisara terkejut dengan kenyataannya. Dia juga takut Myra Qaisara akan menjauhkan diri daripadanya. Dia sudah cukup susah hati dua tahun lepas apabila melihat keadaan Myra Qaisara dan kini dia tidak mahu perkara yang sama terjadi lagi.

"So you nak rahsiakan selama mana yang boleh?"tanya Myra Qaisara lagi.

Desmond mengangguk. Myra Qaisara terdiam kembali. Dia mula berfikir.

"Ara, bukan I seorang sahaja yang prihatin dengan you. Family you tak pernah lupakan you. You ingat perjumpaan kita kali ni ahli keluarga you tak tahu? Kewujudan sd kad dan hard disk laptop ni pun family you tahu. Cuma mereka tidak mahu memaksa you. Bukan susah mereka nak tahu. Cuma masa you tinggal dekat luar dulu, tak semua perkara mereka tahu. Mereka tidak tahu you tahu tentang Danny dan ada sesetengah perkara yang Danny tidak beritahu family you sebab hormat dekat keputusan you. Family you tak pernah tinggalkan you. Please Ara, jangan jadi degil macam dulu. I suka Ara yang sekarang. Lemah lembut, manja dan sentiasa fikir pasal orang lain."Desmond memujuk Myra Qaisara.

Desmond juga turut memberitahu Myra Qaisara bahawa ada lagi mata-mata Datuk Fadzlan yang sentiasa melindungi Myra Qaisara malahan semakin ketat kawalan keselamatan puteri tunggal Datuk Fadzlan. Desmond juga cuba menyedarkan Myra Qaisara akan kasih sayang ahli keluarganya. Dia betul-betul takut jika Myra Qaisara hilang pertimbangan.

Myra Qaisara tersenyum manis.

"Thanks Desmond sebab selalu dengan I. Tidak jemu-jemu melayan karenah I. Setia dengan I time susah senang. I betul-betul hargai. Maafkan I. Sebelum jumpa you, I memang dah bersedia dengan segala kemungkinan. I juga tak salahkan you sebab rahsiakan daripada I kisah silam I. Terima kasih sekali lagi. Apa pun I harap persahabatan kita ni tak jadi penghalang untuk you dan Carol."Myra Qaisara tersenyum lagi.

Lega Desmond mendengar kata-kata Myra Qaisara. Dia juga agak takut untuk memberitahu cerita sebenar kepada Myra Qaisara. Banyak lagi cerita mengenai mereka di masa silam yang belum diceritakan oleh Desmond kepada Myra Qaisara. Dia juga tahu Myra Qaisara akan minta dia ceritakan hal masa silam mereka suatu masa nanti. Pada masa itu, dia akan ceritakan semuanya tanpa berselindung.

Kini satu kepastian yang dia sudah tahu. Dia juga sudah tahu kewujudan mata-mata Papa dan abang-abangnya yang tidak jemu-jemu memastikan keselamatannya. Ini masanya untuk dia pula membalas jasa ahli keluarganya. Sekarang dia cuba belajar mencari hikmah hidupnya.

Hal Desmond dia sudah tahu dan kini cuma tinggal satu sahaja lagi. Hal mengenai Adam. Siapakah Adam untuk dirinya. Terlalu banyak gambar-gambar Adam yang diambilnya tetapi kenapa hanya gambar Adam sahaja. Kenapa bukan gambar dia bersama Adam. Itu yang agak pelik buat Myra Qaisara.

Oleh kerana masa yang singkat dia bertemu dengan Desmond, maka hajatnya itu ditunda. Masih banyak lagi masa yang dia ada. Sekarang masa untuk dia berbakti dengan ahli keluarganya. Masa untuk dia membalas budi ahli keluarganya. Kalau dulu dia rasa kurang perhatian dan kasih sayang daripada keluarganya tetapi kini tidak lagi.

Selepas bertemu Desmond, dia naik semula bertemu dengan abang-abangnya.

"Abang, adik minta maaf!"Myra Qaisara meluru memeluk Daniel Farish dan Danish Irham sambil menangis.

"Eh, kenapa ni?"tanya Daniel Farish.

"Adik minta maaf sebab rahsiakan pasal sd kad dan hard disk laptop adik. Adik dah dapat semalam daripada Saiful."beritahu Myra Qaisara.

"Dahla adik. Kami maafkan. Kami tahu, mesti ada sebab adik buat macam tu kan? Sudahlah ya. Tadi Desmond dah beritahu abang pun. Papa pun dah tahu. Jangan nangis. Malu nanti orang nampak. Nanti orang cakap abang buli adik pulak."terang Daniel Farish lagi.

Danish Irham pula mencubit manja pipi adiknya itu. Myra Qaisara terus tersenyum bahagia.

"Ya Allah, aku bersyukur kerana kau kurniakan aku keluarga yang penyayang dan juga sahabat yang setia."Myra Qaisara bersyukur di dalam hatinya.

Kini Myra sedar, Allah turunkan ujian untuknya supaya dia lebih menghargai orang yang berada disekelilingnya. Sesungguhnya itu merupakan sesuatu yang indah dan bahagia untuk dirinya.

Pemilik hati si PINK (Slow Updated)Where stories live. Discover now