"Kamera? Mana kamera? Sd card? Laptop? Kamera hilang. Laptop rosak dan kamera pun tak jumpa."Myra Qaisara bercakap sendirian di dalam biliknya setelah masing-masing masuk tidur. Myra Qaisara masih lagi belum tidur.
Malamnya penuh dengan tanda tanya. Entah kenapa malam ini dia banyak mencuba untuk mengimbas kembali cerita lama. Dia semakin mahu mengetahui kisah silamnya. Semakin dia mahu tahu kisah silamnya kepalanya pula semakin berdenyut-denyut akibat mahu ingat kembali kisah silamnya. Walaupun sakit dia tetap mencuba.
Malam yang dingin. Hujan turun renyai-renyai dan petir dan kilat pula tiba-tiba berbunyi menghiasi langit malam. Akibat kepala yang berdenyut, Myra Qaisara mengambil ubat tahan sakit bagi mengelakkan keluarganya risau akan keadaannya. Dia tahu jika ahli keluarganya yang lain tahu pasti akan lebih bimbang.
Kedengaran pintu bilik Myra seperti dikuak dari luar. Myra Qaisara terus memejamkan matanya. Dia baring di atas tikar sejadah. Dia tiada pilih. Terpaksa berpura-pura tertidur di atas tikar sejadah dengan bertelekung. Danish Irham dan Datin Farah menjenguk Myra Qaisara.
"Siannya princess mama ni. Boleh pulak tertidur atas sejadah ni. Irham tolong mama angkat adik ni. Letak atas katil."suruh Datin Farah.
Danish Irham tidak membantah. Telekung Mrya Qaisara terus dibuka dari badan Myra Qaisara. Dia mahu anakya tidur dengan selesa. Danish Irham menarik selimut Myra Qaisara dan kini tubuh Myra Qaisara sudah pun ditutupi selimut. Datin Farah dan Danish Irham menghadiahkan ciuman selamat malam di dahi Myra Qaisara.
"Selamat malam adik."bisik Danish Irham kepada Myra Qaisara.
Selepas Datin Farah dan Danish Irham keluar, Datuk Fadzlan pula muncul. Baru sahaja Myra Qaisara mahu membuka mata, dan kini terpaksa menutup mata semula. Itulah rutin harian ahli keluarga Myra Qaisara. Mereka semua akan menjenguk Myra Qaisara sebelum tidur. Mereka melayam Myra Qaisara seperti budak kecil.
Dahi Myra Qaisara berkerut-kerut seperti terkejut. Entah kenapa bayangan Adam tiba-tiba muncul dalam fikirannya. Siapakah Adam pada masa lalunya? Ataupun hanya kerana sikap annoying Adam yang menyebabkan dia tiba-tiba teringat akan Adam.
Myra Qaisara mengambil keputusan ingin memejamkan mata. Kepalanya yang sakit memaksanya untuk tidur. Jam juga sudah menunjukkan pukul dua pagi. Hujan semakin lebat. Entah kenapa tiba-tiba kilat dan petir yang kuat mengejutkan Myra Qaisara. Botol kaca di tepi pokok bunga di dalam biliknya tiba-tiba pecah. Menjerit kuat Myra Qaisara. Ahli keluarga yang lain terkejut. Emosi Myra Qaisara juga terus berubah. Comforter di tarik dan kini Myra Qaisara duduk di tepi ceruk biliknya. Keadaan Myra Qaisara seolah-olah bukan dirinya sekarang ini.
"Adik! Adik! Adik kenapa? Adik mana?"cari Danish Irham.
Lampu bilik Myra Qaisara dibuka. Kini semua ahli keluarganya meluru mencari Myra Qaisara.
Terkejut Daniel Farish apabila terlihat adiknya yang berselimut comforter dan kelihatan pucat seperti ketakutan di ceruk biliknya.
"Jangan apa-apakan I! Pergi jauh! Jangan dekat I!"jerit Myra Qaisara tiba-tiba apabila melihat Daniel Farish menghampirinya.
Masing-masing terkejut dengan perubahan Myra Qaisara. Sudah sekian lama Myra Qaisara tidak kelihatan pelik begitu. Malahan hidup Myra Qaisara sudah semakin cerah dan gembira tetapi berbeza pada hari ini.
"Jah, pergi telefon Doktor Zarief."bisik Datin Farah kepada Mak Jah. Dia tidak mahu Myra Qaisara dengar apa yang disuruh Datin Farah kepada Mak Jah. Mak Jah tanpa membuang masa melakukan apa yang disuruh oleh Datin Farah.
"Adik, ni abang ni... adik kenapa? Abang Farish ni. Adik tak ingat ke?"Daniel Farish cuba mendekati adiknya.
"Pergi jauh! Aku tak kacau dia lagi. Jangan dekat dengan aku! Kau dengar tak ni!!!!"jerit Myra Qaisara lagi. Entah apa yang dirasuk oleh Myra Qaisara.
Datuk Fadzlan menarik Daniel Farish supaya menjauhi Myra Qaisara. Dia tidak mahu Myra Qaisara tertekan. Datuk Fadzlan sedar akan perubahan emosi dan intonasi suara anaknya itu. Dia takut anaknya itu menjadi semakin beremosi dan juga berada dalam keadaan yang lebih menakutkan. Dalam hati Datuk Fadzlan juga tertanya-tanya sebab apa anaknya itu beremosi dan apakah penyebabnya dia jadi begitu. Adakah kerana sd card dan juga hard disk laptop anaknya itu.
"Farish, biar adik tenang sikit. Baru kita dekat dengan dia. Mama risau keadaan akan jadi tak terkawal."cadang Datin Farah.
Mak Jah pula pergi ke arah botol kaca yang berteraburan dek kerana ditolak angin dan menyebabkan botol tersebut pecah.
"Tolong jauh!!!!aku janji aku tak dekat! Buang kaca tu!!!! Jangan apa-apakan aku!!" bersungguh-sungguh Myra Qaisara menjerit ketakutan.
Datuk Fadzlan dan yang lain-lain sudah berasa risau. Datuk Fadzlan juga menegah Mak Jah daripada mendekati botol kaca yang pecah bertaburan di lantai itu. Keadaan emosi Myra Qaisara semakin terganggu.
Danish Irham tidak tahan melihat keadaan adik kesayangannya begitu. Kelihatan semakin pucat dan agak lemah. Dia perlu melakukan sesuatu demi adiknya.
Tanpa menghiraukan sesiapa Danish Irham terus meluru ke arah Myra Qaisara. Dia perlu menenagkan adiknya.
"Adik, ni abang Irham. Abang ada dengan adik. Adik jangan risau. Adik jangan takut. Abang tak tinggalkan adik!"bersungguh Danish Irham memeluk dan cuba menenangkan keadaan Myra Qaisara.
Myra Qaisara pada mulanya bertindak agak kasar tetapi setelah sedar akan Danish Irham adalah abangnya, Myra Qaisara kelihatan agak tenang.
Lega ahli keluarga yang lain. Nasib baiklah Danish Irham bertindak. Jika tidak sudah tentu Myra Qaisara masih lagi berada dalam ketakutan.
"Adik, jom kita dekat katil. Adik jangan takut, abang dan yang lain akan sentiasa ada untuk adik."kata Danish Irham dengan tenang. Dia memeluk bahu adiknya dan memimpin adik kesayangannya itu ke katil.
"Abang jangan tinggalkan adik ya. Adik takut..."perlahan sahaja kata-kata Myra Qaisara.
Selama ini mereka tidak pernah melihat keadaan Myra Qaisara begitu. Jika dulu selepas kejadian itu, Myra Qaisara cuma tidak mampu untuk menerima ahli keluarga yang lain tetapi tidak kepada Danish Irham. Danish Irham sentiasa ada di dalam hati Myra Qaisara. Kali ini cukup berbeza. Inilah kali pertama mereka melihat Myra Qaisara ketakutan. Apakah sebenarnya yang berlaku sehingga Myra Qaisara bersikap begitu. Apa kaitan botol itu dengan kehidupan Myra Qaisara.
"Papa rasa banyak lagi yang kita tak tahu pasal adik ni."kata Datuk Fadzlan yang sedih melihat anaknya itu walaupun sekarang keadaan sudah kembali tenang.
"Anak kita tu tak pernah takut. Mama pun pelik. Apa yang jadi sebenarnya."luah Datin Farah.
"Farish rasa esok Farish kena cepat-cepat jumpa Saiful. Serahkan hard disk laptop dan sd card kamera adik. Mesti ada sesuatu yang kita boleh dapat daripada barang-barang adik."tangan Daniel Farish kini ligat menaip sesuatu.
Myra Qaisara kini tenang dan sudah mula terlelap. Tangannya tidak lepas memegang tangan Danish Irham. Pernah juga Danish Irham cuba melepaskan tangannya dari genggaman Myra Qaisara tetapi tidak berjaya. Apabila terlepas satu jari Danish Irham daripada genggaman Myra Qaisara, mata adiknya juga terbuka. Danish Irham mematikan niatnya. Apa yang penting adalah keadaan adiknya.
Datuk Fadzlan segera keluar apabila Mak Jah memanggilnya selepas memaklumkan kehadiran Doktor Zarief.
Daniel Farish juga mengikut Datuk Fadzlan keluar. Datin Farah pula cuba mendekati anaknya itu tetapi masih gagal kerana Myra Qaisara masih tidak sedar yang Datin Farah itu adalah ibunya.Danish Irham meminta Datin Farah bersabar sedikit. Dia tahu ibunya sedih melihat keadaan Myra Qaisara begitu. Walaupun sudah dua tahun tapi keadaan kali ini lebih menyedihkan Datin Farah dan Datuk Fadzlan.
Kini Datuk Fadzlan, Datin Farah dan Daniel Farish berbincang dengan Doktor Zarief tentang keadaan Myra Qaisara di ruang tamu. Danish Irham pula menjaga Myra Qaisara di dalam bilik.
YOU ARE READING
Pemilik hati si PINK (Slow Updated)
RomanceStart : 4 augst 2017 End : Myra Qaisara cukup minat dengan warna pink. Kalau boleh semuanya berwarna pink. Seorang gadis yang sangat aktif dan sangat berhati-hati dalam memilih kawan. Bertemu dengan Adam Hakimi di gym adalah merupakan satu tragedi...