Kelihatan Pn Ashikin tidak fokus dan matanya melilau melihat kiri dan kanan. Sebenarnya apa yang sedang berlaku.
Amir ialah despatch syarikat. Myra Qaisara menyuruh Amir memancing Ashikin. Dia perlu tahu apa yang cuba dilindungi Ashikin. Nasib sahaja Ashikin percaya dengan helah Amir.
Setelah Ashikin beredar sebentar, Myra Qaisara menggunakan peluang yang ada untuk mengetahuinya. Sungguh dia terkejut apabila mendengar perbincangan abang-abang dan Papanya. Dia sendiri tidak tahu reaksi apakah yang harus ditunjukkan. Dia segera beredar dan bersembunyi daripada Ashikin.
Myra Qaisara mengambil kad acsesnta ke bahagian atas bangunan. Dia perlukan ketenangan dan dalam masa yang sama dia tidak mahu keluarganya tahu keadaannya.
Dia segera masuk ke bilik dan mengunci pintu bilik tersebut.
Ara : abang, adik tak nak makan. Abang makanlah dengan Papa ya.
Irham : adik dekat mana? Tak lapar? Meeting tadi ok?
Tiada balasan daripada Myra Qaisara lagi. Myra Qaisara hanya memberitahu Danish Irham bahawa dia tidak lapar. Telefon Myra Qaisara dimatikan. Dia tidak tahu apa yang patut difikirkan. Dia juga buntu dengan dirinya dalam mengingati siapa Adam pada dirinya. Dia tahu keluarganya risau tetapi dalam pada masa yang sama dia merasa tertekan.
"Papa, nampak adik tak?"tanya Danish Irham.
"Kenapa?"tanya Datuk Fadzlan.
"Cuba Papa tengok ni? Irham call tak dapat. Ada masalah ke dalam meeting tadi?"Danish Irham tertanya-tanya.
Datuk Fadzlan memanggil Mr. Calvin bertanyakan hal.mesyuarat tadi. Tiada apa yang meragukan. Kenapa anaknya tiba-tiba berubah. Ini menjadi tanda tanya.
Beg tangan Myra Qaisara masih berada di dalam bilik. Ini bermakna Myra Qaisara masih lagi berada di dalam bangunan. Dompetnya juga masih ada. Jika adiknya keluar sudah pasti Myra Qaisara akan membawa dompet sekurang-kurangnya.
Datuk Fadzlan juga bertanya kepada Ashikin jika puteri kesayangannya itu ada masuk ke biliknya tetapi jawapan yang sama iaitu tidak ada.
"Biarlah dulu Papa. Kita tunggu lagi. Mana tahu adik balik sini."cadang Daniel Farish.
Hati Datuk Fadzlan jadi tidak tentu hala teringat puteri kesayangannya. Kelihatan semua notification pesanan whatsapp menunjukkan semua pesanan yang di hantar kepada Myra Qaisara sudah sampai. Ini menandakan telefon Myra Qaisara sudah kembali aktif.
Myra Qaisara tidak mahu membuat ahli keluarganya risau tentang dirinya tetapi dalam pada masa yang sama dia masih enggan menjawab sebarang panggilan dan juga melihat ke semua pesanan yang dihantar melalui aplikasi whatsapp.
Kepala otak Myra Qaisara semakin sesak dengan pelbagai soalan. Ubat di ambil dan kini dia lebih selesa membuat keputusan untuk berehat. Kepalanya terlalu sakit.
Lama juga Myra Qaisara tertidur. Begitu jugalah Datuk Fadzlan, Danish Irham dan Daniel Farish menunggu Myra Qaisara. Tiada seorang pun terfikir yang Myra Qaisara berada di atas.
"Datuk, saya rasa saya tahu Myra berada di mana!"tiba-tiba Ashikin bersuara.
"Di mana?"mereka bertiga serentak bertanya.
Ashikin menunjukkan tangannya ke arah atas. Apalagi, mereka bergegas pergi ke atas. Baru mereka perasan kad acsess Myra Qaisara tiada. Kunci pendua juga di bawa jika Myra Qaisara mengunci bilik.
Benar jangkaan mereka. Danish Irham meluru ke arah Myra Qaisara. Suhu badan Myra Qaisara panas. Myra Qaisara tertidur dan berselimut rapi.
"Papa, adik demam!"beritahu Danish Irham.
Danish Irham segera mendukung Myra Qaisara untuk di bawa ke hospital. Dia tidak berlengah. Tiada masa untuk memanggil Doktor Zarief ke sini.
Beg tangan Myra Qaisara di bawa oleh Daniel Farish. Danish Irham bergerak ke bahagian bawah. Kereta juga sudah siap disediakan oleh joki. Daniel Farish memandu kereta manakala Danish Irham berada di kerusi belakang bersama Myra Qaisara.
Nasib baik Myra Qaisara di bawa tepat pada waktunya. Suhu badan Myra Qaisara terlalu tinggi. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku kepadanya.
Myra kini tidak sedarkan diri kerana suhu badannya yang tinggi.
"Apa sebenarnya yang sudah berlaku?"tanya Doktor Zarief.
"Selepas meeting Ara tiba-tiba hilang. Saya pun tak tahu."terang Danish Irham.
"Sebelum dia sakit ada perubahan apa-apa tak?"Doktor Zarief bertanya lagi.
Jawapan yang sama. Mereka tidak tahu puncanya. Apa sebenarnya yang berlaku. Doktor Zarief mengesyaki mungkin sahaja Myra Qaisara terlalu tertekan. Itu salah satu punca. Lagi satu mungkin dia teringat masa silamnya. Ada sesuatu yang menakutkan dirinya.
Pelbagai kemungkinan yang timbul. Semuanya akan terjawab setelah Myra Qaisara sedar. Datin Farah pula segera ke hospital tatkala dia diberitahu anaknya demam panas.
Myra Qaisara masih tidak sedarkan diri. Kelihatan seperti orang sedang lena tidur. Tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"Ara tak nak bangun! Ara nak tidur!"kata Myra Qaisara semasa dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Myra Qaisara bertarung dalam mimpinya. Dia tidak mahu bangun lagi. Dia tetap mahu tidur selama mana yang boleh.
Sudah dua hari Myra Qaisara tidak sedarkan diri. Desmond setia datang melawat sahabatnya itu. Adam pula tidak mengetahui akan keadaan Myra Qaisara.
Persoalan siapa Adam dalam hidup lampau Myra Qaisara masih lagi dalam siasatan Daniel Farish. Dia perlu menyingkap siapakah Adam.
YOU ARE READING
Pemilik hati si PINK (Slow Updated)
RomanceStart : 4 augst 2017 End : Myra Qaisara cukup minat dengan warna pink. Kalau boleh semuanya berwarna pink. Seorang gadis yang sangat aktif dan sangat berhati-hati dalam memilih kawan. Bertemu dengan Adam Hakimi di gym adalah merupakan satu tragedi...