Myra mengetuk pintu bilik Datuk Fadzlan dan Datin Farah.
"Oh adik!! Kenapa tiba-tiba datang bilik Papa ni?"tanya Datuk Fadzlan yang hairan melihat Myra.
"Papa, Dany ada beritahu apa-apa tak dekat Papa?"tanya Myra.
"Kenapa adik tiba-tiba tanya? Setakat ni Dany cuma beritahu Papa tentang percubaan untuk melanggar adik je."beritahu Datuk Fadzlan.
"Adik ada musuh ke?"celah Datin Farah.
"Adik pun tak tahu Papa, Mama. Ni adik serahkan dekat Papa surat layang yang adik dapat. Adik nak tanya Papa, dulu perangai adik macam mana? Adik tak boleh nak ingat hal lama. Sekarang ni adik cuma nak bina memori baru je. Makin adik fikir makin kepala adik sakit. Dulu adik ada musuh ke Papa?"tanya Myra lagi.
Datuk Fadzlan melihat surat layang yang terima Myra. Kebanyakan daripadanya macam berbunyi ugutan. Datuk Fadzlan akan menyiasat hal tersebut. Dia tidak mahu Myra mengingat kembali hal yang lama. Bagi dia biarlah yang lama. Dia tidak mahu Myra sakit kembali.
"Adik nak teruskan ke pergi ke gym tu? Papa rasa buat masa sekarang ni Adik rehat je lah dari pergi ke gym. Kita tengok apa yang berlaku pula. Adik tak nak ke masuk office? Kerja dengan abang? At least adik taklah bosan sangat."cadang Datuk Fadzlan.
"Buat masa sekarang ni adik cuti pergi gym dulu. Adik nak tengok kesannya. Adik ada photoshoot Isnin ni Papa tapi abang Irham pun join sekali. Adik nak cuti seminggu dulu. Lepas tu adik masuk office ye Papa. Adik janji. Lagi satu kalau ada apa-apa perkembangan dari hasil siasatan Dany, Papa jangan lupa share ye. At least adik boleh juga selesaikan sama-sama."kata Myra.
Selepas berbincang dengan Datuk Fadzlan dan Datin Farah, Myra keluar. Sempat juga dia memberi ciuman kepada kedua orang tuanya sebagai ucapan selamat malam.
Pada malam itu Myra tidak boleh tidur. Pusing ke kiri dan ke kanan tetapi masih juga tidak boleh tidur. Di ambil wudhuk dan solat sunat dan tahajud. Namun masih juga tidak dapat melelapkan mata. Ingin pergi ke bilik abang-abangnya, risau pula jika abangnya sudah tidur. Esok mereka perlu bekerja. Myra mengambil al-Quran dan dibacanya. Tetap masih tidak mengantuk walaupun habis dua juzuk.
"Mata tak mengantuk. Susahnya nak tidur. Esok kalau masih tak boleh tidur juga, nak minta ubat tidur dari doktor Zarief."omel Myra sendirian.
Myra mengambil keputusan untuk turun ke dapur. Dibukanya lampu seterang-terangnya. Risau nanti Mak Jah ingat ada pencuri pula yang masuk dapur. Myra memeriksa barang dapur. Melihat apa yang ada. Bahan untuk membuat kek cukup. Myra memulakan operasinya untuk membuat kek coklat kegemaran Danish Irham dan Daniel Farish. Kebiasaanya hanya Datin Farah atau Mak Jah yang membuat kek coklat. Ini pertama kali Myra buat untuk keluarganya. Sebelum ini dia hanya membuat di rumah sahaja. Dalam masa satu jam, siap sebiji kek coklat. Selain itu, Myra juga membuat biskut oat m&m sebagai kudap-kudapan buat keluarganya.
Jam kini sudah menunjukkan pukul lima pagi. Myra menyediakan bahan untuk memasak nasi lemak pula. Tepat jam lima setengah pagi, Mak Jah muncul di dapur.
"Eh Ara. Ara buat apa ni? Awal Ara bangun?"tegur Mak Jah.
"Ara tak boleh tidurlah Mak Jah. Jadi Ara turunlah ke dapur. Masak kek dan biskut. Sarapan pagi pun dah nak siap ni. Ara buat nasi lemak dan sandwich. Nanti Mak Jah hidangkanlah atas meja ya. Kek coklat ni Ara masukkan dalam bekas kek dan tutup. Ara letak atas meja ya. Nanti Mak Jah hidangkan ya. Ara nak naik atas. Lepas tu nak mandi dan solat. Sekarang ni Ara baru rasa mengantuk. Ara nak tidur. Mak Jah jangan kejut Ara ya. Beritahu Mama dan Papa jangan kejut Ara ya. Nanti makan je. Tak perlu tinggalkan untuk Ara ya."Myra berpesan kepada Mak Jah.
Myra terus naik ke biliknya. Setelah siap memasak barulah dia rasa mengantuk. Dia mandi dan solat subuh. Tanpa menanggalkan telekung Myra terlena dalam tidurnya di atas sejadah.
Farish dan Irham mula turun. Begitu juga dengan Datuk Fadzlan dan Datin Farah.
"Eh, awal siap sarapan Mak Jah! Sedapnya! Ada nasi lemak. Kek coklat pun ada."tegur Daniel Farish.
"Aah la Mak Jah. Rajinnya Mak Jah ni. Macam tau-tau je Irham nak makan nasi lemak."Daniel Irham pula mencelah.
Datuk Fadzlan dan Datin Farah juga melihat hidangan yang terhidang.
"Bila masa pula Jah buat kek coklat ni?"tegur Datin Farah pula.
"Sedapnya ada sandwich ni Jah. Biasa tak ada sandwich. Cuma roti bakar. Mimpi apa pula kamu ni Jah."tegur Datuk Fadzlan pula.
"Ini semua bukan saya yang masak. Ara yang masak. Tadi pukul lima setengah saya bangun. Ingatkan nak masak tapi tengok Ara pula ada dekat dapur. Ni ha bekal Ara buatkan khas untuk Farish dan Irham."jawab Mak Jah kepada semua. Mak Jah menyerahkan dua bekas biskut oat m&m kepada Farish dan Irham.
Mereka semua terkejut dengan jawapan Mak Jah. Masing-masing bertanya di mana Myra. Belum pun sempat menjawab, Danish Irham sudah naik ke bilik mencari Myra manakala Datuk Fadzlan dan Datin Farah sibuk bertanyakan soalan kepada Mak Jah apa yang sedang berlaku. Risau mereka. Tidak pernah selama ini Myra masuk ke dapur untuk memasak manakala Daniel Farish sibuk merasa makanan yang dimasak oleh adik kesayangannya.
"Sedaplah Papa, Mama. Cubalah rasa. Tak sangka Princess Ara kita ni pandai masak. Kalah kek yang mama masak ni. Sandwich pun sedap. Farish nak bawa sikitlah untuk makan kat pejabat nanti. Mak Jah tolong masukkan dalam tupperware ya. Biskut dan sandwich ni masuk dalam beg ya Mak Jah."beritahu Daniel Farish.
Danish Irham yang dari tadi mengetuk pintu bilik Myra langsung tiada balasan dari Myra. Kebiasaannya Myra jarang mengunci pintu biliknya. Kuat Danish Irham mengetuk pintu bilik Myra tetapi masih tiada balasan dari Myra sehinggakan terdengar dari bawah suara Danish Irham memanggil Myra.
Daniel Farish yang terdengar panggilan Danish Irham memanggil Myra segera mengambil kunci pendua. Datuk Fadzlan juga segera berlari menuju ke bilik Myra.
Tanpa berlengah lagi Daniel Farish membuka bilik Myra menggunakan kunci pendua. Pintu di buka dan tidak kelihatan Myra di atas katil. Danish Irham segera menuju ke arah bilik mandi. Risau jika apa-apa terjadi kepada Myra. Datuk Fadzlan dan Datin mencari Myra dan ketika dalam keadaan risau terlihat sekujur badan terbaring di atas sejadah.
"Princess Ara, bangun sayang! Bangun!"kejut Datuk Fadzlan.
Myra terpinga-pinga dan mencelikkan matanya.
"Eh kenapa ramai-ramai masuk bilik Ara?"tanya Myra pelik.
"Ara tak apa-apa ke? Ara sakit ke? Nanti Papa call Doktor Zarief suruh datang sini dan check Ara."tanya Datuk Fadzlan.
Tanpa sempat menjawab Daniel Farish mendukung adiknya ke atas katil. Datin Farah membuka telekung yang dipakai Myra.
"Ara tak ada apa-apa lah Papa, mama dan Abang. Ara sihat. Maaflah Ara tertidur. Ara letih sangat. Malam tadi Ara tak dapat nak tidur. Bagi Ara tidur sekejap ya. Kepala Ara rasa sakit pula."beritahu Ara.
"Lain kali adik jangan kunci pintu ya. Risau abang tadi. Abang panggil adik tapi adik tak menyahut."pesan Danish Irham dan Myra cuma mengangguk. Kini Myra lena semula.
Masing-masing berasa lega dan menyambung bersarapan semula di bawah. Datuk Fadzlan segera mendail nombor telefon Doktor Zarief. Doktor Zarief adalah doktor peribadi yang dilantik oleh Datuk Fadzlan khas buat keluarganya.
"Irham dengan Farish masuk kerja seperti biasa. Nanti tolong gantikan Papa untuk meeting bersama Datuk Nazri dan Adam. Papa jaga Ara dekat rumah. Lagipun Papa nak jumpa dengan Doktor Zarief. Bincang mengenai keadaan Ara."arah Datuk Fadzlan.
Daniel Farish dan Danish Irham hanya mengangguk. Masing-masing membawa biskut yang dimasak oleh Ara sebagai bekalan mereka di pejabat.
YOU ARE READING
Pemilik hati si PINK (Slow Updated)
RomanceStart : 4 augst 2017 End : Myra Qaisara cukup minat dengan warna pink. Kalau boleh semuanya berwarna pink. Seorang gadis yang sangat aktif dan sangat berhati-hati dalam memilih kawan. Bertemu dengan Adam Hakimi di gym adalah merupakan satu tragedi...