Hari ini semua pergi kerja seperti biasa. Hilang sudah gosip tentang Myra Qaisara. Tiada seorang yang berani mengata Myra Qaisara.
Myra Qaisara pula pergi kerja masih sama seperti biasa. Gurauannya bersama ahli keluarganya. Tiada apa yang berbeza. Walaupun hati Myra Qaisara masih banyak tanda tanya mengenai Adam, dia perlu melupakan buat sementara waktu.
"Abang, macam-mana tema event nanti? Nama-nama penerima award dah ada ke?"tanya Myra Qaisara kepada Daniel Farish.
"Yang tu tanya Ashikin. Abang dah hand over dekat dia. Masing-masing sibuk pergi hospital. Alah adik, tak payah risaulah. Semua settle. Pandailah masing-masing uruskan bahagian masing-masing. Kalau gagal lagi, baru adik tolong ambil tindakan ya."perli Daniel Farish sambil mencuit hidung adiknya yang tengah sibuk melihat jadual tugasan hari ini.
"Abang nikan! Sakit tau! Perli-perli adik pula. Nanti adik cakap dengan Papa baru tau. Suruh Papa potong gaji abang."balas Myra Qaisara.
"Betullah tu. Adik ni macam cikgu disiplin tau tak! Suka sangat cari kesalahan orang."kali ini Danish Irham pula menyokong Daniel Farish.
Lagi bertambah geram Myra Qaisara. Pagi-pagi lagi pejabat Daniel Farish dan Danish Irham sudah riuh. Riuh dengan perang mulut mereka bertiga. Kesudahannya masing-masing ketawa.
Datuk Fadzlan yang melihat gelagat anak-anaknya tersenyum gembira. Kalau dulu masing-masing serius setelah menjejakkan kaki ke pejabat tetapi kini sudah berbeza. Keluar saja kaki daripada kereta, masing-masing dah keluar perangai sendiri. Usik mengusik tak pernah tinggal. Ada sahaja usikannya.
Walaupun mereka sudah berjanji dengan Myra Qaisara mengenai Adam tetapi mereka tetap meneruskan rancangan mereka. Mereka perlu tahu apa kaitan Adam dengan Myra Qaisara. Siasatan bermula daripada Desmond. Pasti Desmond menyimpan rahsia-rahsia Myra Qaisara. Mereka merancang tidak melakukan secara drastik bagi mengelakkan Myra Qaisara sedar akan hal tersebut. Ini akan menyebabkan Myra Qaisara hilang kepercayaan terhadap mereka.
Datuk Nazri dan Adam kebetulan datang berjumpa Datuk Fadzlan. Mereka ada mesyuarat bersama mengenai projek akan datang. Myra Qaisara pula seperti biasa.
Datuk Fadzlan memancing Adam ketika mesyuarat tersebut. Selain itu dia juga mengajak mereka makan tengahari bersama. Myra Qaisara ikut serta. Kali ini Datuk Fadzlan mahu melihat reaksi anaknya tanpa sedar mereka.
Myra Qaisara banyak berdiam diri. Berbeza dengan Adam. Adam pula banyak kali mencuba memulakan perbualan dengan Myra Qaisara tetapi akhirnya hanbar. Hanya perkataan 'ya', 'oh' dan okay sahaja yang keluar daripada mulut Myra Qaisara.
Sempat juga Daniel Farish dan Danish Irham menyampuk perbualan mereka. Sikap Myra Qaisara terhadap Adam betul-betul berubah.
Selepas makan tengahari bersama, mesyuarat disambung lagi. Kali ini Datuk Fadzlan mengajak ke bahagian atas. Dia lebih perlukan privacy. Dia mahu melihat apa lagi yang Myra Qaisara akan lakukan. Semua yang penting mereka sudah bincangkan pagi tadi jadi yang tinggal hanyalah lebih kepada bualan kosong. Adam pula tidak akan menolak ajakan itu lebih-lebih lagi apabila Myra Qaisara ada bersama.
Danish Irham dan Daniel Farish berbincang bersama Datuk Fadzlan dan Datuk Nazri manakala Adam mengambil peluang untuk berbual bersama Myra Qaisara. Itulah yang mereka mahukan. Ahli keluarga Myra Qaisara dalam pada masa yang sama memasang telinga dan mata melihat reaksi Myra Qaisara.
"Myra, kenapa you dingin je dengan I? Adakah sebab rantai yang you bagi dekat I hari tu?"tanya Adam.
"Kenapa I nak marah you sebab rantai tu? Itu memang hak you. Milik you kan. I cuma pulangkan balik je hak you. Kalau you nak barang yang lain pun I boleh pulangkan."balas Myra Qaisara.
"Jadi you sebenarnya Sara? Sara yang jumpa masa di Phuket?"soal Adam lagi.
"Semua tu sudah tak penting. You lupakan hal lama. Kita buka cerita baru. I tak tahu mana I dapat set rantai tu semua tapi apa yang pasti semua itu milik you. Kotak barang perhiasan itu juga ada tertulis nama you. Nanti I pulangkan semuanya."beritahu Myra Qaisara.
Memang itu jawapan yang Adam cari. Dia mahu tahu betulkah itu set rantai yang pernah diberikan kepada seorang gadis semasa di Phuket dan ternyata benar. Cuma Adam tidak pasti bagaimana Myra Qaisara boleh memakainya. Adakah Myra Qaisara adalah gadis tersebut. Adam tidak sempat mengenali dengan rapat gadis yang bernama Sara itu.
Tempoh perkenalan mereka singkat. Imej Myra Qaisara juga amat berbeza dengan gadis yang bernama Sara. Sara ialah gadis yang degil dan suka berpakaian berwarna hitam dan tidak suka pada warna yang lebih feminin manakala Myra Qaisara adalah gadis yang amat sukakan warna pink dan lebih bersifat manja.
Segalanya amat berbeza bagi Adam tetapi tarikannya sama. Adam tertarik kepada Myra Qaisara bukan kerana rantai tersebut tetapi kerana tarikan Myra Qaisara sendiri. Myra Qaisara amat lembut dan manja apabila berada dikalangan sahabatnya. Sudah lama Adam memerhatikan Myra Qaisara.
"Adam, I sendiri tak tahu apa yang jadi. Nyawa I jadi taruhan. Better you jauhkan diri daripada I. I cuba bertahan dan kali ni I minta tolong sangat daripada you. Tolong jauhi I. I tahu you ada menyiasat pasal diri I kan? I nampak senua tu Adam. I sengaja buat-buat tak nampak. I penat. I nak you jauhkan diri you daripada I."akhirnya terluah juga perkara yang sepatutnya. Sudah lama Myra Qaisara menyimpan perkara tersebut. Kini dia sudah berasa sedikit lega.
"Apa maksud you?"tanya Adam yang buat-buat tak tahu.
"Norman? Di gym? I dah lama perhatikan. Desmond juga perasan perkara yang sama. I tahu you walaupun you selalu bersama dengan Sarah tapi you suruh Norman perhatikan segala tindak tanduk I kan? You tahu tak semenjak I kenal you, I dah dapat banyak kali serangan daripada orang yang I tak kenali. Ada juga bagi amaran supaya menjauhi you. Masa tu I sendiri tak faham kenapa I diberi amaran sedangkan I bermusuh dengan you. I sendiri masih mencari puncanya. Kalau disebabkan rantai tu you nak siasat I, I minta you hentikan. I masih mahu berkhidmat untuk keluarga I. I tak kenal siapa Sara yang you kenal semasa di Phuket. I cuma kenal gadis yang bernama Sarah Ilyana. Gadis yang menganggap I sebagai pesaingnya. Gadis yang mendekati Myra Qaisara anak Datuk Fadzlan kerana status I sebagai anak Datuk Fadzlan."terang Myra Qaisara lagi.
"I bukan dekati you sebab rantai tu. Rantai tu cuma salah satu perkara yang I mahu tahu. I mahu tahu apa yang jadi kepada pemilik rantai itu dan dalam pada yang sama I nak mengenali you. Bagi I peluang untuk lindungi you. I nak buktikan dekat you yang I memang tak ada niat lain."Adam meminta Myra Qaisara memahaminya.
Selama ini Adam tidak tahu hidup Myra Qaisara sebegitu. Begitu besar cabaran hidup Myra Qaisara. Sebelum ini hanya tahu sebahagian daripada hidupnya. Patutlah kini Myra Qaisara sudah jarang melepak di gym seperti biasa. Rupa-rupanya perkara yang lebih besar terjadi di belakang.
Danish Irham sempat memerhati Myra Qaisara dan Adam memandangkan mereka berada berjauhan daripadanya. Kelihatan lebih serius.
YOU ARE READING
Pemilik hati si PINK (Slow Updated)
RomanceStart : 4 augst 2017 End : Myra Qaisara cukup minat dengan warna pink. Kalau boleh semuanya berwarna pink. Seorang gadis yang sangat aktif dan sangat berhati-hati dalam memilih kawan. Bertemu dengan Adam Hakimi di gym adalah merupakan satu tragedi...