Bab 20

54 6 1
                                    

Teringat-ingat Datuk Fadzlan akan kata-kata Doktor Zarief pagi tadi.

"Maaf Datuk, sekarang ni banyak lagi yang Myra kena hadapi. Sekarang ni sedikit demi sedikit Myra akan ingat kisah lalunya. Datuk kena bersedia. Kemungkinan keadaan akan lebih teruk akan berlaku. Itu semua bergantung kepada kisah silam yang anak Datuk hadapi. Apa yang saya nampak anak Datuk mengalami kisah yang dia tak mahu ingat."

Termenung Datuk Fadzlan di pagi hari. Pintu bilik Myra Qaisara di buka sedikit. Danish Irham setia di sisi Myra Qaisara. Entah kenapa Datuk Fadzlan agak cemburu melihat anaknya sendiri. Kenapa anak perempuannya hanya mengingati Danish Irham. Kenapa bukan dia sebagai ayah tiada dalam ingatan anaknya ketika anaknya di dalam kesusahan.

"Papa kenapa ni? Dah tengok adik ke?"tanya Daniel Farish.

"Dah. Papa ni teruk sangat ke? Sampai adik tak ingat Papa. Papa tengok adik tak pernah lupa dengan Irham tapi kalau Papa, dia tak kenal."luah Datuk Fadzlan.

"Papa jangan ambil hati dengan adik. Kita tak pernah abaikan adik. Dari dulu lagi. Adik rapat dengan Irham. Papa pun  tahukan perangai adik dulu macam mana. Asyik nak melawan je. Nak rapat pun susah. Asyik nak lari je."Daniel Farish cuba menenangkan Papanya.

Sejak peristiwa 2 tahun lepas sikap Myra Qaisara banyak berubah. Bukan itu sahaja, hubungan Myra Qaisara dengan ahli keluarga yang lain juga sudah semakin akrab. Sikap manja Myra berubah. Semakin manja dan lebih lembut.

Pagi ini hanya Danish Irham dan juga Myra Qaisara sahaja yang tidak bersarapan bersama. Myra Qaisara terlalu penat dan menyambung tidur. Danish Irham pula tidur di sofa sambil menjaga adik kesayangannya. Mujur sahaja selepas Myra Qaisara diberi ubat tidur, Myra Qaisara lebih lena.

Danish Irham tidak membenarkan Myra Qaisara di beri pil penenang atau suntikan untuk memberikan ketenagan emosi kepada adiknya. Dia hanya meminta Doktor Zarief memberi ubat tidur kepada adiknya supaya adiknya lebih lena dan berehat. Dia tahu sudah tentu adiknya terlalu memaksa dirinya untuk ingat kembali kisah silamnya.

"Mama nak pergi mana ni? Cantik-cantik je ni."tegur Daniel Farish.

"Mama ada mesyuarat persatuan. Nak adakan derma amal bulan depan."jawab Datin Farah.

"Awak ni sepatutnya lebih fokus dekat anak kita tu. Anak sakit tapi awak nak keluar. Lebih baik awak jaga anak kita tu."tegur Datuk Fadzlan.

Bukan Datin Farah tidak kisah akan anaknya itu tetapi jika dia tidak hadir, maka akan menyebabkan mesyuarat yang telah ditetapkan awal itu terjejas. Bukan saja dia mahu keluar. Itu semua berkaitan dengan kerja amal yang mereka telah rancang semenjak tahun lepas. Dia risau akan menyebabkan kegagalan.

Datuk Fadzlan terpaksa menerima alasan yang diberi oleh isterinya. Dia dan Daniel Farish pula terpaksa masuk pejabat dek kerana meeting penting yang tidak dapat dielakkan. Mujur sahaja Danish Irham diberi kelonggaran daripada Datuk Fadzlan dan Daniel Farish. Daniel Farish akan menggantikan segala tugas Danish Irham pada hari ini.

Myra Qaisara sudah terbangun. Dilihatnya Danish Irham lena tidur di atas sofa. Perasaan kasihan mula timbul di hati Myra Qaisara.

"Abang, maafkan adik. Adik sedar sekarang ni adik selalu abaikan ahli keluarga adik sendiri. Maafkan adik..."

Myra Qaisara kini sudah mulai ingat siapakah dia di masa silam walaupun tidak sepenuhnya. Itu pun sudah cukup untuk Myra Qaisara. Dia tahu dia bakal dilanda dengan pelbagai dugaan lagi. Dia perlu sentiasa bersedia. Malam tadi hanyalah permulaan bagi dirinya.

"Kuatkah aku untuk hadapi kemungkinan akan datang?"Myra Qaisara bercakap sendirian.

Dia pergi membersihkan diri. Sempat dia menyelimutkan abangnya. Dia tahu abangnya penat sepanjang pagi tadi melayan karenahnya.

Pemilik hati si PINK (Slow Updated)Where stories live. Discover now