Doktor Zarief datang melawat Myra selepas diberitahu Datuk Fadzlan. Myra pula ketika itu tidur nyenyak. Tanpa sedar Doktor Zarief datang melawatnya.
Datin Farah mengejutkan Myra dari tidurnya. Doktor Zarief perlu memeriksa Myra.
"Ara, bangun sayang. Doktor Zarief datang nak check Ara."Datin Farah memanggil lembut.
Selepas lima minit Myra sedar sepenuhnya. Ini mesti sebab Papanya yang memanggil Doktor Zarief. Tiada orang lain lagi.
"Doktor, boleh bagi Ara ubat tidur tak? Ara tak boleh tidur malam la. Ara tak ada apa- apa pun. Cuna letih sangat je malam tadi tak boleh tidur. Ni mesti Papa yang call Doktor kan?"kata Myra kepada Doktor Zarief.
"Maaf Ara, saya tak boleh nak bagi ubat tidur macam tu je. Badan Ara ada sakit-sakit tak? Dah berapa lama Ara tak boleh tidur malam? Kebiasaannya Ara tidur jam berapa?"tanya Doktor Zarief lagi.
"Ara tak boleh tidur cuma malam tadi. Biasanya Ara memang tidur lewat. Malam biasa Ara ada pergi gym tapi sekarang ni dah jarang. Sakit badan dan pening kepala je sekarang ni."
"Beginilah Ara, saya bagi Ara ubat muscle relax, pening kepala dan tahan sakit. Makan waktu malam saja kalau boleh. Untuk hari Ara makan dua kali ya. Ubat ni ada kesannya. Ara akan rasa mengantuk. Untuk ubat muscle relax ni make sure Ara jangan kunci jam. Biar sampai Ara terbangun sendiri. Ara makan dulu baru makan ubat. Nanti saya akan pesan dengan Datuk dan Datin." Terang Doktor Zarief.
Myra cuma mendengar sahaja apa tang Doktor Zarief terangkan kepadanya. Datin Farah yang ketika itu berada bersama Myra mendengar dengan teliti nasihat Doktor Zarief. Doktor Zarief selepas itu berjumpa dengan Datuk Fadzlan dan menerangkan kepadanya mengenai keadaan Myra.
Datin Farah mengarahkan Mak Jah untuk membawa makanan bagi Myra dan selepas itu dia akan pastikan Myra mendapat rehat yang cukup. Siap berpesan kepada semua pembantunya supaya jangan membuat bising. Dia akan pastikan puterinya mendapat rehat yang cukup.
Datuk Fadzlan pula bersama dengan Doktor Zarief.
"Zarief, macam mana keadaan anak saya ya? Ada apa-apa perkembangan terbaru Ara?"tanya Datuk Fadzlan kepada Doktor Zarief.
"Buat masa ini tak ada lagi Datuk tapi apa yang pasti sekarang ini Ara seperti sudah tidak mahu untuk ingat kembali masa silamnya. Itu berdasarkan perbualan saya dengan Ara baru-baru ini. Dia sering pening kepala apabila cuba mahu ingat kembali perkara lama. Jadi dia tidak mahu berasa sakit lagi dan berputus asa untuk cuba ingat kembali. Ara ada cakap dengan saya yang dia mahu hidup dengan memori baru. Pada saya Ara akan ingat kembali bila sampai waktunya. Tapi Datuk tak perlu risau. Ara sentiasa sihat. Hari ini cuma dia letih sebab tak tidur malam tadi. Pastikan Ara dapat tidur dan rehat yang cukup. Jangan kejutkan Ara dan biar dia bangun sendiri."beritahu Doktor Zarief kepada Datuk Fadzlan.
Selepas semuanya selesai Doktor Zarief mengundurkan diri. Kini Datin Farah dan Datuk Fadzlan sibuk memastikan puteri kesayangannya mendapat rehat yang cukup malah tiada siapa yang dibenarkan naik ke bahagian atas sehinggalah Myra bangun dari tidur. Daniel Farish dan Danish Irham ada juga bertanya khabar Myra daripada Datuk Fadzlan. Disebabkan keadaan Myra stabil, Datuk Fadzlan kini bersiap untuk masuk ke pejabat untuk berjumpa dengan Datuk Nazri dan Adam pada waktu petang.
"Eh abang nak masuk pejabat ke?"tanya Datin Farah yang nelihat Datuk Fadzlan berpakaian formal dan membawa briefcase.
"Aah. Ara pun dah okay. Abang masuk kejap je. Nanti kalau ada apa-apa beritahu saya ye. Lepas habis meeting nanti saya balik. Kalau Ara dah bangun dan dia nak makan apa-apa nanti awak minta Pak Samad belikan ya. Kalau saya tak balik lagi, awak call saya cepat-cepat ya. Hari ni saya drive sendiri." Jawab Datuk Fadzlan kepada Datin Farah.
YOU ARE READING
Pemilik hati si PINK (Slow Updated)
RomanceStart : 4 augst 2017 End : Myra Qaisara cukup minat dengan warna pink. Kalau boleh semuanya berwarna pink. Seorang gadis yang sangat aktif dan sangat berhati-hati dalam memilih kawan. Bertemu dengan Adam Hakimi di gym adalah merupakan satu tragedi...