Bab 4

102 4 0
                                    

Perjanjian Myra dengan Datuk Fadzlan ada lagi 6 bulan. Myra semakin bosan dengan gangguan Sarah. Sikap Sarah semakin lama semakin annoying. Mampukah Myra untuk bertahan dengan sikap Sarah. Myra berkira-kira untuk memendekkan masa kebebasan yang diberikan pada Myra.

"Rasanya sekarang Myra patut balik jadi anak Papa dan Mama."bisik Myra dalam hati.

Setelah lama Myra berkira-kira nak kembali pada Datuk Fadzlan timbul juga rasa sedih. Kini tiba masanya untuk dia mengucapkan selamat tinggal pada kawan-kawannya.

"Papa, weekend ni adik balik villa. Minta Pak Osman ambil ye. Adik nak bawa semua barang-barang adik dekat sini ke villa."

"Eh betul ke apa yang Papa dengar ni? Adik betul-betul nak balik sini?

Datuk Fadzlan terkejut dengan keputusan Myra yang tiba-tiba. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba Myra buat keputusan mahu balik semula ke villa. Berita itu merupakan satu berita gembira pada Datuk Fadzlan dan Datin Farah.

"Mak Jah, kemaskan bilik Myra ye. Weekend ni dia balik. Nanti pesan dengan Pak Osman suruh ambil Myra dekat Shah Alam ye. Suruh Pak Osman bawak Vellfire ambil Myra. Banyak barang yang dia nak angkut dari sana." Arah Datuk Fadzlan kepada orang gajinya.

Datin Farah terkejut dengan berita yamg Datuk Fadzlan beritahu dan dalam pada masa yang sama dia berasa lega dan gembira.

Datuk Fadzlan berasa amat gembira tapi dalam pada masa yang sama masih meneka kenapa anaknya balik awal dari pada masa perjanjian sedangkan ada masa lagi dalam 6 bulan. 6 bulan itu boleh dikatakan masa yang lama juga. Apakah ada berlakunya masalah sehingga menyebabkan Myra sanggup menyingkatkan masa kebebasan dia. Datuk Fadzlan tau Myra bukan jenis yang cepat mengalah malahan degil. Apa yang dia mahukan dia pasti akan cuba untuk mendapatkannya. Datuk Fadzlan akan cuba menyiasat sedikit demi sedikit. Dia tidak boleh memaksa Myra kerana Myra masih lagi dalam kondisi yang cukup bagus untuk dipaksa. Cukuplah apa yang dirasakan dua tahun yang lepas di mana dia dikejutkan dengan berita yang mencemaskan di mana dia bakal kehilangan Myra. Mujurlah Myra sempat diselamatkan semasa check out dari balai ketibaan di KLIA oleh seorang pilot yang tiba-tiba terserempak dengan Myra. Kalau tidak tentu dia kehilangan puteri kesayangannya itu. Sungguhpun puterinya degil namun itulah satu-satunya permata yang amat Datuk Fadzlan sayangi. Irham dan juga Farish juga amat menyayangi Myra.

Sejak peristiwa 2 tahun lepas Myra kehilangan sebahagian dari ingatannya. Keluarga Datuk Fadzlan cuba membina memori baru bagi Myra dan hati Datuk Fadzlan juga tidak sekeras dulu. Dia akan menimbang balik apa sahaja permintaan Myra dan sentiasa waspada dengan kawan-kawan Myra. Datuk Fadzlan juga ada mengupah bodyguard untuk keselamatan Myra. Bodyguard yang diupah oleh Datuk Fadzlan akan sentiasa memerhatikan Myra dari jauh dan kehadiran mereka tidak boleh dikesan oleh Myra. Segala yang berlaku pada Myra akan selama perjanjian antara Datuk Fadzlan dan Myra memang sentiasa dipantau oleh Datuk Fadzlan dan orang- orang Datuk Fadzlan cuma kini dia tidak mengetahui kenapa Myra hendak memendekkan masa perjanjian.

"Dany, I nak tanya ada apa-apa ke yang berlaku pada Myra? Kenapa tiba-tiba Myra call kata nak pendekkan masa perjanjian. Ada apa-apa ke yang missed menyebabkan dia buat keputusan begitu?" Tanya Datuk Fadzlan kepada Dany iaitu bodyguard yang bertugas menjaga keselamatan Myra.

Dany hanya memberitahu Datuk Fadzlan tiada apa yang berlaku. Dany tidak dapat menceritakan apa-apa kerana janjinya kepada Myra. Sebenarnya Dany telah tertangkap oleh Myra. Malah Myra juga meminta untuk merahsiakan sesetengah kejadian yang berlaku kepadanya. Myra cukup menghargai keprihatinan papa nya. Kini tiba masanya untuk dia pula berjasa untuk papa nya.

"Abang, Farah rasa Farah nak tukar design bilik Myra la. Sempat lagi ni. Hari ni baru hari isnin. Farah panggil William ya minta dia tukar design bilik Myra. Perabot pun Farah nak tukar dalam bilik Myra. Kita tukar bilik Myra dekat dengan bilik Farish dengan Irham ya. Bilik Myra sekarang kecik sikit."cadang Datin Farah pada Datuk Fadzlan.

Datuk Fadzlan bersetuju dengan rancangan Datin Farah. Datuk Fadzlan gembira dengan keputusan Myra dan juga gembira melihat kegembiraan yang terpancar pada muka Datin Farah.

Datin Farah segera menelefon Irhan dan Farish mengenai keputusan Myra. Mereka juga turut gembira mendengar khabar berita dari Datin Farah. Kini mereka tinggal sebumbung kembali. Farish dan Irham ketika ini berada di luar negara kerana menghadiri event di Dubai.

Pemilik hati si PINK (Slow Updated)Where stories live. Discover now