Myra Qaisara kini terpaksa melibatkan abang-abangnya. Baru sahaja mahu membuat plan sendiri Dan sekarang terpaksa berkongsi rancangan gara-gara dia kena sergah dengan abang-abangnya di wad petang tadi.
"Adik boleh subahat dengan Dany tapi bila abang dah dengar, jangan harap boleh lone ranger tau. Ni Papa dan mama belum tau lagi. Kalau Papa dan mama tau macam mana? Mesti Papa sedih sebab adik belakangkan Papa. Adik tau tak Papa risau. Dia mesti sedih kalau adik senyap-senyap je buat rancangan sendiri."luah Daniel Farish.
"Adik tau. Sekarang ni adik cuma tak pasti je lagi. Cuba abang tengok gambar ni. Adik pasti Ada seorang perempuan yang ikut sekali Masa trip ke Phuket hari tu. Desmond memang tak ingat tapi adik pasti perempuan tu Ada kaitan dengan kes adik jatuh dekat airport. Cuma sekarang ni adik tak pasti apa kaitan dulu dan sekarang. Tau ke perempuan tu identiti adik sebenar? Banyak tanda tanya lagi yang adik tak tau. Apa persamaan situasi dulu dan sekarang. Tau ke perempuan tu yang adik masih hidup lagi? Cuba abang fikir. Betul tak apa yang adik fikir ni."luah Myra Qaisara.
Masing-masing berfikir. Desmond juga turut sama berfikir. Begitu jauh Myra Qaisara boleh berfikir. Selama ini mereka tidak pernah terfikir akan hal ini. Datuk Fadzlan sendiri Tak pernah berfikir jauh seperti ini. Yelah puteri kesayangan mereka dulu seorang yang degil Dan suka memberontak. Memang susah untuk didekati. Cuma sekarang ini sikap Myra Qaisara lembut sedikit.
"Oh, sebab nilah adik abang ni demam? Stress fikir sampai demam ni ya..."Danish Irham tiba-tiba menarik hidup adiknya.
Masing-masing tergelak. Yelah orang suruh berfikir tentang perbezaan Dan persamaan situasi sekarang dan dua tahun lepas tapi si abang pula sempat lagi berfikir sebab apa adik mereka demam.
"Abang ni kan...orang suruh fikir lain, lain pulak yang difikirnya."balas Myra Qaisara.
"Abang rasa ada satu persamaan, Adam. Dulu Adam ada dan sekarang ni pun Adam ada. Betul tak?"kata Daniel Farish.
Masing-masing bersetuju. Adam saja jawapan mereka tapi mereka Tak pasti apa kaitan Adam dengan kes Myra Qaisara. Semakin dalam difikirkan kepala Myra Qaisara semakin sakit. Berkerut-kerut dahi Myra Qaisara.
"Ara, what's wrong with you! Are you okay?"Desmond yang melihat kawan baiknya yang tiba-tiba menahan sakit.
"Sudah adik. Baring dulu. Abang panggil Doktor."Danish Irham segera menekan button emergency di tepi katil adiknya.
Seorang nurse dan Doktor Zarief segera masuk ke bilik Myra Qaisara. Sakit kepala Myra Qaisara semakin menjadi-jadi. Doktor Zarief terpaksa memberi ubat tahan sakit kepada Myra Qaisara. Tidak lama kemudian keadaan Myra Qaisara sedikit stabil. Doktor Zarief memandang ke arah mereka bertiga. Dia memerlukan penjelasan Daniel Farish, Danish Irham dan juga Desmond.
"Apa dah jadi sebenarnya ni? Kenapa Ara boleh sakit kepala? Ada perkara yang saya tak tahu ke? Bukan ke says dah pesan supaya minta Ara berehat buat sementara waktu. Jika berlarutan saya risau keadaan kesihatan dia akan terganggu."nasihat Doktor Zarief.
"Bukan macam tu Doktor. Tadi kami tengah bersembang mengenai Masa silam Ara. Ara banyak berkongsi apa yang terlintas dekat fikiran dia. Tiba-tiba dia berkerut menahan sakit."beritahu Daniel Farish.
Cukuplah itu sahaja yang patut diberitahu untuk pengetahuan Doktor. Mereka tidak akan sesekali melibatkan Doktor Zarief. Tiada kaitannya dan tiada keperluan untuk mereka libatkan Doktor Zarief.
Sekarang ini mereka perlu fikirkan keadaan kesihatan Myra Qaisara. Jika ini berlarutan, ini bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan Myra Qaisara tetapi juga keselamatannya. Mereka tidak boleh biarkan Myra Qaisara bertindak sendirian.
"Doktor, Saya harap Doktor tak beritahu pada Papa dan mama says tentang Ara sakit tadi. Saya Tak nak mereka risau. Cukuplah kami sahaja yang tahu. Saya akan menjaga Ara sebaik mungkin."pinta Daniel Farish.
Doktor Zarief pada awalnya tidak mahu berkompromi tetapi setelah pujukan demi pujukan daripada Danish Irham dan Daniel Farish, akhirnya dia bersetuju. Daniel Farish dan Danish Irham kini sedikit lega. Doktor Zarief keluar setelah siap berbincang dengan mereka. Myra Qaisara pula sudah tertidur akibat kepenatan menahan sakit tadi Dan kesan ubat yang diberikan kepadanya.
"Desmond, Irham, abang rasa Kita tak boleh biarkan Ara seorang diri sekarang ni. Buatnya Ara tiba-tiba sakit kepala lagi dan pada Masa yang sama dia diserang, kan susah. So lepas Ni Kita kena pastikan ada orang sentiasa ada bersamanya. Dany pula memang kena ada setiap Kali Ara keluar. Abang risau. Kita pertaruhkan nyawa Ara Kali ini. Kita tak boleh cuai."kata Daniel Farish dengan tegasnya.
Danish Irham dan Desmond bersetuju. Pekerjaan mereka juga menyebabkan kekangan Masa until sentiasa bersama Myra Qaisara. Begitu juga buat Desmond yang sekarang ini sudah bersama dengan Carol. Carol masih belum mengetahui hal mengenai Myra Qaisara. Kini penyelesaiannya cuma Dany. Dany perlu ada sentiasa until Myra Qaisara. Rancangan mereka perlu melibatkan Dany bersama. Jika tidak, sudah tentu akan mengalami kecacatan pada perancangan mereka.
Lena Myra Qaisara tidur. Danish Irham dan Daniel Farish kini bergilir-gilir menjaga Myra Qaisara. Datin Farah pula datang sebelah malam dengan membawa makanan buat puteri kesayangannya.
"Adik macam Mana? Dah sihat? Jom makan sikit. Mama ada bawak makanan kegemaran adik. Jomlah makan. Mama suap."ajak Datin Farah.
Myra Qaisara cuma senyum.
"Adik kenyang lagi. Tadi abang bawakkan adik roti subway. Abang beli dekat bawah."beritahu Myra Qaisara.
Danish Irham dan Daniel Farish pula menggaru kepala. Bila Masa pula mereka belikan adik mereka roti subway sedangkan dari tadi adiknya itu tidur akibat kesan daripada ubat yang diberikan oleh Doktor Zarief. Komplot apa yang cuba direka oleh Myra Qaisara kini. Kedua-duanya cuma menggeleng kepala. Ini semua gara-gara kurang selera makan dan tidak mahu dipaksa makan. Mereka berdua tidak boleh membiarkan adik mereka tidak makan.
"Makanlah adik sikit. Penat tau mama masak. Bukan Mak Mah yang masak. Adik tak kesian ke tengok mama tu."pujuk Daniel Farish.
"Betul tu adik. Tadi makan pukul berapa. Sekarang ni dah malam. Sekejap lagi nurse hantar makanan. Abang dah pesan suruh bawak ais krim Baskin Robin sekali. Abang Tau adik suka ais krim coklat kan? Abang pesan dua bekas tadi. Adik makan sikit ya. Please...."Danish Irham membuat muka cute. Saja mahu memujuk adiknya itu.
Akhirnya Myra Qaisara termakan pujukan juga. Walaupun tidak banyak tetapi sudah memadai untuk perut adik kesayangan mereka.
YOU ARE READING
Pemilik hati si PINK (Slow Updated)
RomanceStart : 4 augst 2017 End : Myra Qaisara cukup minat dengan warna pink. Kalau boleh semuanya berwarna pink. Seorang gadis yang sangat aktif dan sangat berhati-hati dalam memilih kawan. Bertemu dengan Adam Hakimi di gym adalah merupakan satu tragedi...