Myra Qaisara masih lagi ditahan di dalam wad. Datuk Fadzlan dan yang lain ada juga menyuarakan tentang mahu memutuskan pertunangan Myra Qaisara dengan Adam. Mereka bimbang perkara ini akan memberikan kesan yang negatif untuk kesihatan Myra Qaisara. Mereka juga minta pendapat puteri kesayangan mereka itu. Itu lebih penting. Mereka tidak mahu membuat keputusan tanpa mengambil kira pendapat Myra Qaisara.
"Papa, biarlah dulu. Lagipun baru bertunang. Bukan kahwin lagi. Kalau Papa tiba-tiba putuskan, apa kata Datuk Nazri Dan Datin Aini. Nanti mereka cakap Ara ni apa pula. Tak ada sebab untuk kita putuskan. Papa pun ada bisnes dengan Datuk Nazri. Adik okay je abang, Papa. Jangan risaukan adik ye. Adik demam je."Myra Qaisara bersuara.
Sekarang memang Myra Qaisara sudah tidak kisah. Cukuplah ahli keluarganya tidak memaksanya lagi. Dia juga sebenarnya sudah ada rancangan lain namun dia masih lagi tidak mahu berkongsi dengan ahli keluarganya. Dia sebenarnya lebih tertekan untuk mengenali siapa dirinya sebenar. Dengan kehadiran Adam yang menambah tekanan buat dirinya.
Danish Irham dapat menghidu sesuatu. Pasti sahaja adiknya itu ada rancangan lain. Sebelum ini Begitu sukar untuk Myra Qaisara menerima pertunangan ini namun sekarang dia seolah-olah lebih tenang. Apa pun dia akan menyuarakan nanti apabila semua orang sudah keluar. Hanya dia dan adiknya sahaja. Dia tidak mahu yang lain risau.
"Abang, bawakkan tak handphone adik?"Tanya Myra Qaisara pada abang-abangnya.
Masing-masing menggeleng.
Muka Myra Qaisara sudah masam. Kemudian Danish Irham tersenyum.
"Nah, phone adik. Masam betul muka tu. Cuba senyum sikit."usik Danish Irham.
Baru sahaja Myra Qaisara mahu mengambil dari tangan Danish Irham, Danish Irham sudah menarik kembali tangannya.
"Abang, bagilah..."suara mengada Myra Qaisara sudah keluar.
"Kiss abang dulu. Baru abang bagi telefon ni."usik Danish Irham lagi.
Kepala Danish Irham ditarik oleh Myra Qaisara dan dicium dahi abangnya.
"Abang pun nak juga."usik Daniel Farish pula sambil mentoring dahinya kepada Myra Qaisara.
Myra Qaisara tersenyum dan mencium dahi abangnya tanpa paksaan. Terasa bahagia. Kini dia juga perlu berusaha. Dia juga mahu bahagiakan keluarganya.
"Papa, mama, abang, adik akan usaha lebih lagi. Adik janji adik akan jadi lebih tabah dan kuat. Terima masih semua..."tiba-tiba terukir senyuman pada bibir Myra Qaisara.
Danish Irham dan Daniel Farish pelik melihat adiknya. Jika tadi mood manja adiknya sampai dan kini mood apa pula yang tiba. Senyum sendirian pula.
"Adik, adik senyum dekat siapa? Jangan macam-macam adik. Takut abang tengok."Daniel Farish membuat muka ngeri dan takut. Sengaja mengusik adiknya.
"Adik geli tengok mama dan Papa ni. Bila nak tukar baju ni? Matahari dah tegak atas kepala tapi masih pakai baju tidur ni. Bila nak tukar?"usik Myra Qaisara. Sengaja dia menukar topik. Nasib baik kepalanya terus terlintas mengenai pakaian mama dan Papanya.
Masing-masing tergelak. Datuk Fadzlan Dan Datin Farah langsung tidak mengambil kisah akan usikan anak manjanya yang seorang ini. Dia sudah berpesan dengan anak bujangnya supaya membawakan bajunya.
"Nakal adik ni! Sakit-sakit pun masih suka mengusik orang."Datin Farah menarik hidung anaknya.
Myra Qaisara mengaduh manja. Sengaja mengusik mamanya namun semua sudah masak dengan perangai puterinya yang seorang ini.
"Mama, kenapa bawak handbag adik sampai sini? Papa bawak dekat sini juga. Doktor Zarief bukannya tak ada rekod pasal adik."soal Myra Qaisara tiba-tiba.
"Yelah. Mama lupa. Sebab nak cepat sangat pagi tadi. Takut pulak kalau Doktor Zarief tak ada. Kalau lambat ke sampai. Mama memang nak suruh singgah je mana-mana klinik atau hospital yang dekat. Tu je."balas Datin Farah.
Myra Qaisara pula hanya tersenyum sahaja. Dia tahu ahli keluarganya begitu risau dengannya.
Lama juga mereka menemankan Myra Qaisara di wad namun dihalau oleh Myra Qaisara. Dia tahu masing-masing ada kerja penting hari ini. Dia juga mahu tidur. Dia siap pesan pada Datuk Fadzlan supaya jangan risaukan mengenai dirinya. Dia suruh Datuk Fadzlan arahkan bodyguard jaga dia 24jam jika terlalu risau. Itulah yang dilakukan oleh Datuk Fadzlan. Myra Qaisara hanya menggeleng kepala sahaja. Papanya terlalu risaukannya sehingga sanggup menghantar orang untuk menjaganya. Doktor Zarief juga tiada halangan untuk itu.
Desmond datang sebelah petang until melawat sahabat baiknya. Itupun sebab Myra Qaisara sudah berpesan suruhnya datang sebelah petang. Jika sebelah malam, kemungkinan besar dia tidak dapat untuk berbincang dengan Desmond mengenai rancangannya. Buat masa ini cukuplah dia dan Desmond yang mengetahui. Nanti dia akan berbincang dengan abang-abangnya.
"Hai, sweety..macam mana hari ni? Semalam engaged hari ni dah demam. Jangan cakap pula demam rindu sebab berjauhan dengan encik tunang!"usik Desmond.
"You ni kan. Taklah. I stress sikit. I dah tengok gambar-gambar I dulu. Dulu I macam mana? I degil ke dulu?"Tanya Myra Qaisara.
"You tu memang degil. Kalau you kata A, A lah yang jadinya. Tak boleh B or C. Kenapa you tanya?" Desmond sedikit pelik.
"Masa Kita pergi Phuket dulu, ada tak mana-mana perempuan yang join Kita sekali? Macam mana kita boleh kenal Adam? Kenapa dulu you tak cakap yang Adam ada sekali masa dekat Phuket? Adam tu ada niat jahat ke? Kenapa I Ada nampak gambar Adam keluar dengan satu girl ni? Dan kenapa pulak I rasa yang macam I kenal girl ni?"soalan bertalu-talu keluar daripada mulut Myra Qaisara.
Desmond hanya menggeleng sahaja kepalanya. Banyak better soalan yang keluar daripada mulut Myra Qaisara. Desmond pula sengaja menunggu dengan sabar soalan-soalan yang bakal keluar.
"Dah habis?"Tanya Desmond lagi sambil tergelak.
Myra Qaisara mengangguk dan tidak sabar menunggu jawapan daripada Desmond.
"You Ada nampak gambar Adam dengan perempuan lain? Mana? Boleh I tengok?"Tanya Desmond lagi. Gambar itu dia tidak perasaan. Disangkanya dia telah meneliti semua gambar dalam kamera Myra Qaisara tapi jangkaannya meleset.
Myra Qaisara sedikit pelik. Nampaknya ada juga hal yang tidak diketahui oleh Desmond dan dia perlu mencari jawapannya sendiri.
Danish Irham ketika itu mahu membuka pintu bilik adiknya tetapi tidak jadi apabila mendengar jawapan daripada soalan-soalan adiknya kepada Desmond. Daniel Farish ketika itu mahu menjerit memanggil Danish Irham pula tidak jadi kerana Danish Irham sempat meletakkan jarinya di mulut menandakan suruh Daniel Farish diam. Nasib baik Danish Irham sempat menunjukkan isyarat suruh diam kepada Daniel Farish. Jika tidak sudah tentu rancangannya akan gagal.
Daniel Farish mendekati Danish Irham.
"Kenapa?"Daniel Farish seoalah-olah berbisik.
"Dengar.."Danish Irham menyuruh dia mendengar. Perlahan sahaja suara Danish Irham menjawab.
Kini fokus dua beradik ni mendengar perbualan Myra Qaisara dan Desmond. Nasib mereka baik kerana datang awal petang begini gara-gara tidak sabar untuk berjumpa adik mereka.
YOU ARE READING
Pemilik hati si PINK (Slow Updated)
RomanceStart : 4 augst 2017 End : Myra Qaisara cukup minat dengan warna pink. Kalau boleh semuanya berwarna pink. Seorang gadis yang sangat aktif dan sangat berhati-hati dalam memilih kawan. Bertemu dengan Adam Hakimi di gym adalah merupakan satu tragedi...