Bab 18

58 2 3
                                    

"Ni dah kenapa ni? Muka toya je."tegur Datin Farah kepada Myra Qaisara.

"Tak boleh nak buka. Macam rosak je Sd card adik ni."suara Myra Qaisara sudah semakin perlahan. Tidak seceria tadi.

Daniel Farish mengambil sd card dari tangan adiknya. Dia akan meminta pertolongan kawannya Saiful untuk membuka kembali fail daripada sd card adiknya.

"Adik jangan risaulah. Abang Farish kan dah janji dengan adik. Sabar ya."pujuk Danish Irham.

Myra Qaisara hanya mengangguk. Dia mengharapkan sd card tersebut berjaya diselamatkan.

"Mama, betul mama tak jumpa kamera adik masa dekat KLIA hari tu?"tanya Myra lagi kepada Datin Farah.

Datin Farah dan juga Datuk Fadzlan memberi kepastian. Memang mereka tidak jumpa kamera tersebut. Mereka juga baru perasaan mengenai hal tersebut. Dek kerana terlalu risau akan keadaan Myra ketika itu sehingga mereka lupa akan barang-barang Myra.

Myra Qaisara pasti kamera tersebut akan beri jawapan kepada keadaannya sekarang ini.

"Tak apalah Mama. Dahlah. Abang Farish nanti minta tolong kawan abang ya. Kalau dah dapat buka nanti inform adik. Satu lagi, laptop adik mama ada nampak tak?"tanya Myra lagi.

"Maaf adik. Masa adik jatuh hari tu laptop adik pecah. Rosak teruk. Mama pun pelik juga. Mungkin sebab terjatuh kuat masa adik jatuh hari tu."jelas Datin Farah.

"Abang Farish, agak-agak hard disk laptop tu elok lagi tak? Boleh buka tak agaknya?"soal Myra kepada Daniel Farish.

Kini Datuk Fadzlan serta yang lain tertanya-tanya. Kenapa sebelum ini mereka tidak pernah sekalipun terlintas untuk membuat perkara yang sama yang diperkatakan oleh Myra Qaisara. Mungkin juga sebab mereka menganggap Myra Qaisara hanya keracunan makanan.

Datin Farah segera memberikan laptop yang sudah rosak kepada Myra Qaisara. Myra teliti laptopnya dan ada peluang data laptopnya boleh dibuka semula. Laptop kini sudah beralih tangan kepada Daniel Farish. Kini laptop dan Sd card Myra akan diserahkan kepada Saiful untuk melihat isi kandungannya.

"Kenapa adik tiba-tiba teringat mengenai laptop dan sd card? Ada sesuatu ke yang papa tak tahu?"tanya Datuk Fadzlan.

"Adik rasa ada orang tolak adik masa adik sakit. Sebab tu dahi adik luka. Adik rasa orang yang tolak adik tu perempuan. Itu yang adik nak tahu siapa orang yang tolak adik dan kenapa dia buat macam tu. Orang yang bagi adik makan pun masa tu perempuan. Adik tak pasti samada orang yang sama tolak adik ataupun tidak. Adik nak pastikan apa yang adik nampak bukan imaginasi adik."jelas Myra Qaisara kepada keluarganya.

"Adik pasti ke?"tanya Danish Irham.

Myra Qaisara sendiri tidak pasti. Dia tidak mengangguk atau menggeleng tetapi Myra Qaisara yakin ada kaitan dengan masa silamnya. Bayangan itu kerap kali muncul ketika dia mahu melelapkan mata semenjak dua tiga hari ini. Dia memberitahu keluarganya tentang itu. Dia mahu kepastian dengan membuka segala data dalam sd card dan juga laptopnya. Hanya itu sahaja yang mampu memberi kepastian kepada Myra Qaisara. Jika bayangan perempuan itu wujud dalam sd card atau laptopnya, itu menunjukkan imaginasi yang muncul dua tiga hari ini adalah benar. Dia perlu mencari kepastian tersebut.

Kini masing-masing membantu Myra Qaisara mencari kepastian. Jika benar imaginasi Myra Qaisara, ini bermakna mereka perlu berhati-hati. Perhatian yang lebih akan diberikan kepada Myra Qaisara. Myra Qaisara juga tidak akan dibenarkan untuk keluar bersendirian lagi.

"Adik sabarlah dulu ya. InshaAllah semua akan berjalan lancar. kita berdoa jelah ya adik."pujuk Daniel Farish.

"Abang pasti ke kawan abang boleh bantu kita?"tanya Myra Qaisara lagi.

"Adik jangan risaulah. Saiful tu mesti bantu kita. kalau tak ada, kita kena ikhtiar lain pula. pasti ada hikmah disebalik apa yang jadi. Eh, adik janji dengan kawan adik nak pergi gym bila? hari tu bukan adik cakap nak pergi jumpa mereka ke?"tanya Daniel Farish yang cuba mengubah topik perbualan mereka.

Barulah Myra Qaisara tersedar yang dia sepatutnya berjumpa dengan kawan-kawannya. Tanganya pantas mendail nombor telefonnya.

"Desmond, sorry. Patutnya I jumpa you hari ni. Esok malam Myra janji Myra pergi sana okay! Myra belanja semua dinner. Cakap je nak makan apa."pujuk Myra Qaisara.

"Okay, pujukan diterima. I akan inform yang lain juga. Make sure esok datang. Kalau tak I tak boleh janji yang lain akan terima alasan you lagi. Oh ya I pun nak bagi diary you. Lupa pula hari tu you tertinggal diary dekat kereta I."beritahu Desmond.

Apabila Desmond sebut hal diary, dia teringat mungkin sahaja diary satu-satunya cara dia ingat kembali hal yang lepas.

"Mama, nak tanyalah. Buku diary Ara mama ada simpankan tak? Nampak tak buku diari Ara?"tanya Myra Qaisara.

"Mama tak perasanlah sayang. Cuba Adik tengok dekat dalam bagasi adik dekat dalam bilik stor. Masa adik koma hari tu mama ambil barang-barang adik kat rumah sewa adik. Tak sempat nak check satu-satu."beritahu Datin Farah.

Entah kenapa hari itu perasaan dia kuat untuk mengetahui kisah silamnya. Segera sahaja dia menuju ke bilik stor ditemani Danish Irham. Satu persatu bagasi yang diperiksa. Banyak juga bagasi yang dipunggah namun tiada satu pun buku diari yang dijumpai.

"Adik, abang rasa abang tak pernah pula nampak adik pegang buku diary dulu. Betul ke adik ada diary?"tanya Danish Irham.

Entah kenapa dia merasakan adiknya cuma berimaginasi. Sepanjang dia rapat dengan adiknya itu tidak pernah sekali pun dia melihat adiknya bersama buku diary. Apa yang pasti hanya laptop dan juga kamera yang sentiasa ada bersama Myra Qaisara.

Akhirnya dia mengalah setelah semua bagasi dipunggah. Memang benar apa yang diperkatakan abangnya. Tiada satu pun buku yang dijumpainya. Buku diary yang ada pun wujud setelah dia hilang ingatan.

Danish Irham memberitahu Myra Qaisara tentang perubahan sikap Myra Qaisara setelah dia hilang ingatan. Perubahan Myra Qaisara berubah jauh. Kalau dulu tidak suka membaca novel dan tidak gemar buku dan kini buku sentiasa bersama. Kamera dan laptop pula jarang bersama Myra Qaisara.

"Abang, tolong adik ya.."Myra Qaisara berkata perlahan.

"Adik, kami mesti bantu adik. Abang dan keluarga takkan biarkan adik. Jangan risau ya. Dahlah jom kita keluar. Nanti Mama dan Papa risau pulak dengan adik. Dah! Senyum ye. Kita fikir sama-sama."Danish Irham memujuk adiknya.

Mereka risau perkara tersebut akan beri tekanan kepada Myra Qaisara. Dalam pada masa yang sama mereka juga risau akan kewujudan orang yang cuba mencederakan Myra Qaisara. Sebelum ini mereka tidak pernah terfikir begitu jauh. Mereka ingat keadaan tersebut terjadi hanya kerana kecuaian Myra Qaisara.

Pemilik hati si PINK (Slow Updated)Where stories live. Discover now