Bab 1

23.1K 384 2
                                    


MARIAM EILIYA memandang sepi kawasan perkuburan dihadapannya. Telah lama niat di hatinya untuk datang melawat pusara ini, tetapi hatinya tidak cukup kuat. Kehilangan anaknya empat tahun yang lalu, membuatkan separuh dari dirinya pergi bersama anaknya. Sejak hari itu hidupnya seolah-olah tanpa pegangan, yang dia mampu lakukan hanya menangis dan menangis. Kerna saat itu dirinya amat sukar untuk menerima ketentuan anaknya yang dikandung pergi tinggalkannya buat selamanya.

Hidupnya ketika itu terasa kosong seperti dunia gelap tanpa cahaya. Sehinggalah Allah tukarkan kesedihan yang sudah sebati dengan dirinya dengan kegembiraan yang membuatkan dirinya sedar bahawa Allah lebih tahu apa yang terbaik buat dirinya selama ini. Allah tidak akan menguji hambaNya lebih dari kemampuan.

Hakikatnya Allah ingin melihat sejauh manakah hambaNya kuat dan tabah mengharungi ujian-Nya. Kadang-kadang kita sendiri yang tidak sedar akan hikmah yang datang dalam setiap ujian yang diberikan oleh Allah. Dan tidak semestinya kita akan terus nampak di dunia ini. Mungkin hikmahnya menunggu di akhirat. Perancang Allah dalam hidup ini bagai hadirnya pelangi selepas hujan. Itu yang menyedarkannya akan hakikat itu. Sejak dari itu, dia mula belajar untuk menerima semua ujian ini dengan hati yang terbuka.

"Mama.." Panggilan Fayyad melenyapkan lamunannya.

"Ya sayang....."dia menyahut lalu memandang wajah anaknya yang masih belum mengerti apa-apa.

"Mama kita datang cini wat pa?" Soal Fayyad dengan pelat.

"Kita datang sini, nak lawat abang Muhammad, sayang.." ujarnya sambil mengosok kepala anaknya. Lalu dia memimpin tangan kecil anaknya masuk ke tanah perkuburan, bimbang jika terpijak kubur orang lain.

Langkahnya tiba-tiba terhenti. Kala ini hatinya dihimpit kerinduan pada Muhammad. Hanya Allah saja yang mengetahuinya. Puas sudah dia memujuk hati, namun air mata tetap juga mengalir. Dia menunduk. Beristighfar bagi mengawal perasaan pilu dan sayu di dalam hatinya. Dia menarik nafas sedalam- dalamnya untuk menahan hiba yang menguasai dirinya. Tangan anak kecilnya digengam erat bagi mencari kekuatan untuk terus melangkah.

Perlahan-lahan kakinya melangkah semula ke arah pusara itu. Sungguh, rasa sedih dan sebak mula menghuni jiwanya. Lidahnya juga kelu, terlalu banyak perkara yang ingin dia bicarakan kepada anaknya. Akhirnya dia memulakan bacaan Yassin.

Ayat suci itu dibacanya dengan penuh syahdu. Air mata yang berkolam sudah hampir melimpahi takungannya. Namun, jemarinya laju bertindak dan segera diseka.

Bacaan Yassin disambung semula sehingga ke akhirnya. Yassin di tutup perlahan lalu di kucup. Pandangannya dibawa kearah kubur kecil dihadapannya. Masih terbayang lagi rauk wajah Muhammad ketika dia tatap buat pertama kali seolah-olah bermain di matanya. Sungguh, dia rindu akan anaknya dan rasa rindu ini tidak pernah kurang malah makin membuak-buak. Kadang bila di fikirkan, rindunya tak terucap dengan kata-kata dan tidak terluah dengan perasaan. Saat ini hanya hatinya mampu berbicara.

"Ya Allah, sampaikan salam rindu yang penuh kasih sayang buat anakku di syurgaMu" doa dia di dalam hati. Menggigil tangannya saat memegang jag air mawar lalu dia disiram di atas pusara anaknya. Teringatkan perit rasa kehilangan anak sulungnya yang terpaksa dilaluinya, air matanya kian laju mengalir.

"Yad..! bangun sayang, jom balik, nanti kita datang lagi melawat abang Muhammad lagi ye" Dia menepuk-nepuk bahu Yad yang tengah tidur. Kepala Yad di atas ribanya.

"Muhammad..nanti mama datang lagi ye" Katanya sambil memegang batu nisan anaknya. Sesungguhnya Muhamad adalah rezeki yang paling terbaik pernah dia dapat dari Allah walaupun hanya sementara. Dia mengesat air mata menggunakan hujung kain baju pergelangan tangannya.

"Mama bersyukur sayang, kerana Muhammad hadir dalam hidup mama, walaupun untuk seketika. Muhammad tetap ada dalam hati mama sampai bila-bila. Tunggu mama dan adik di pintu syurga ye sayang" Perlahan air mata yang menitis ke pipinya disapu. Dia cuba menguntumkan senyuman di bibirnya. Tangan kecil yang setia menemaninya di tarik lembut. Batu nisan yang tertulis nama Muhammad bin Afizul Afiq dipandang sekilas sebelum dia meneruskan langkahnya.
•~•~•~•~•~•~•~•~~•~•~•~•~•~~•~•~•

Dia memarkirkan keretanya di hadapan halaman rumah keluarganya. Dia memandang jam tangannya yang menunjukkan 7.12 petang. Fuh! Nasib baik sempat sampai sebelum maghrib!

Agak lama dia tidak menjenguk kedua orang tuanya. Selama ni dia hanya menghubungi ibu sahaja, disaat dirinya merindui keluarganya. Hidup berjauhan dengan keluarga membuatkan jiwa dan raganya terseksa. Tapi apabila memikir kehampaan abah dan rasa bersalah dengan apa yang telah dia lakukan membuatkan dirinya cekal untuk terus hidup sendiri.

Dia merenung wajah Yad yang sedang enak tidur di dalam seat baby. Sudah sampai masanya Yad mengenali mereka dengan lebih rapat lagi. Dia mengambil Yad lalu dibawa keluar dari kereta. Dia memandang ke arah rumah dihadapannya yang tidak banyak berubah sejak dia tinggalkan. Dia menarik nafas sebelum melangkah.

Berkali-kali dia mengetuk pintu rumah namun dari tadi tiada siapa yang keluar. Langit yang mendung  dipandang seketika. Melihat Yad yang sedang lena dibuai mimpi di bahunya membuat hatinya bertambah sayu. Kasihan anaknya ini mesti penat.

Sekali lagi dia mengetuk pintu. Berharap ada orang membuka pintu.
Seketika kemudian, dia terdergar bunyi orang pemulas pintu dari dalam.

"Ibu.." Serunya dalam sedu.

Akan ku pujuk hatimuWhere stories live. Discover now