Puan Aishah tersenyum senang dengan perangai suaminya dari mula kahwin sehingga sekarang. Ringan Tulang membantunya. Sudah 26 tahun usia perkahwinannya. Dia terlalu bersyukur dapat suami yang selalu memudahkannya dalam segala hal di dalam rumah tangga mereka."Buat apa abah nye?.." tegur Puan Aishah apabila melihat suaminya membuka peti sejuk.
"Malam ni abang nak masak lauk kegemaran Along. Tu abang nak perap ayam awal sikit. Baru sedap..." ujar Haji Hanif sambil mengeluarkan ayam dari peti ais.
"Balik dari masjid nanti Cah perap. Abang pergilah kerja. Nanti balik Cah buat" ujar Puan Aishah lalu mengambil bekas ayam dari tangan suaminya.
Haji Hanif memandang wajah isterinya yang berdiri sambil memegang bekas ayam. Satu senyuman dihadiahkan pada isterinya yang tercinta.
"Cah pergilah. Abang boleh buat ni. Lagipun abang nak pergi kerja lewat sikit hari ni. Dah lama Along tak rasa air tangan abang. Mana tahu malam ni along makan banyak." Balas Haji Hanif lembut sambil mengambil semula bekas itu.
"Along kalau nampak ayam bakar, selalunya susah nak tolak..." selorah Haji Hanif lagi sambil tangannya menyambung memotong serai dan dimasukkan ke dalam bekas untuk dikisar.
Puan Aishah terdiam seketika. Betul juga kata suaminya. Sudah seminggu anaknya tidak mahu makan. Selalu kalau lauk dari air tangan suaminya. Anak sulongnya itu akan berselera bila makan.
"Bila kita nak bagitahu Along, bang? Cah sedih tengok anak kita macam tu, bang. Kalau boleh Cah nak bagitahu hari ni jugak.. " soal Puan Aishah mengubah topik perbualan.
"Nanti Nantilah abang bagitahu sendiri. Cah sabar lah sikit. Biar along sihat sikit. Nanti Cah bawa lah Along pergi sekali." ujar Haji Hanif perlahan.
"Okeylah kalau macam tu. Cah lambat dah ni. Rasanya Kak Nab dah sampai dah tu..Cah pergi dulu..." Haji Hanif hanya menganguk kerana dia menumpu perhatian memotong lengkuas. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Terus dia mengalih pandangan. Tapi isterinya sudah tiada di situ.
"Cah! Nanti awak tolong buat air asam yer..." jerit Haji Hanif pada isterinya yang sudah berlalu ke ruang tamu.
"Iyaaaa...." tersenyum dia bila mendengar suara isterinya menyahut.
~~*~*~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Idayu mengerling jam di dinding di ruang tamu. Sudah pukul 10 pagi. Tapi Yad dan abangnya masih belum bangun. Naik geram dibuatnya. Abang dia ni pun satu! Dah tahu ada anak, bawak-bawaklah sedar diri bangun awal cari makan untuk anak tu. Ni tak, tahu membuta je kerja. Bebelnya di dalam hati. Dalam keterpaksaan dia ke dapur juga untuk membuat sarapan untuk Yad. Bukan dia tak ikhlas menjaga Yad. Tapi memikirkan perangai abangnya membuatkan dia sakit hati.Dia mengerut dahi. Kebiasaannya dalam seminggu ni Yad dia sini, Yad akan bangun sendiri tanpa perlu dikejutkan. Dia kehairanan. Cepat-cepat dia membancuh air.
Usai menyiapkan sarapan, Idayu terus menapak ke tingkat atas. Dia melangkah ke arah biliknya. Sudah tiga hari, Yad tidur bersamanya. Sebaik sahaja pintu bilik tidur dikuak. Kelihatan Yad masih kerekot di dalam selimut. Dia tersenyum.
"Yad..bangun! Sayang " ujar Idayu sambil menggerakkan sedikit tubuh Yad yang masih berselimut.
"Yad...kenapa tidur lagi ni? Cepat bangun, hari ni kan papa nak bawak Yad jalan-jalan!" Bagitahu Idayu lagi.
YOU ARE READING
Akan ku pujuk hatimu
RomanceMahligai indah Mariam Eiliya dan Afizul Afiq yang dibina atas dasar cinta, mula retak setelah kehilangan anak mereka. Maryam Eiliya menyalahkan suaminya atas kematian anaknya. "Kau tanya aku kenapa?, kau penyebab anak aku mati. Semua ni salah kau...