LIYA memandu kereta menyusuri jalan raya yang agak sesak. Terasa dirinya sangat penat, penat untuk memikir cara menunaikan pemintaaan Yad. Sudah seminggu Yad demam. Mungkin disebabkan rindu pada Afiq. Dia tidak sampai hati untuk menghampakan hati anaknya. Tanpa sedar dia mengeluh lagi. Akhirnya sampai juga di perkarangan rumahnya.Dia mengerutkan dahi. Kereta siapa yang parking kat depan rumahnya ni? Lalu dia meletakkan keretanya di sebelah kereta itu. Dia meluru keluar saat enjin kereta dimatikan.
"Assalamualaikum.." Dia memberi salam dari luar rumah. Dia terkejut ketika dia masuk, Afiq bersama dengan abah di ruang tamu. Kelihatan Afiq cuba menenangkan Yad yang sedang menangis, Dia tergamam. Lalu dia menghampiri mereka.
"kenapa sayang mama ni?" Saat itu Afiq mengalih pandangan ke arahnya. Matanya tidak mampu memandang wajah itu lama, bimbang hati ini tidak kuat.
"Mama, Yad n..ak..ais krim, Mak tok tak bagi makan...." Fayyad menangis tersedu-sedu dalam masa sama mengadu kepada papanya. Dia lihat Afiq menepuk bahu anaknya dengan penuh kasih sayang.
"Yad kan baru je baik dari demam, mana boleh makan sayang!..."pujuknya lembut.
''Dah jangan nangis, nanti bila Yad sihat sikit kita pergi beli ye" Afiq memotong percakapannya lalu mengucup dahi Yad. Lama kucupan tersebut, kini Yad sudah diam dari tangisannya. Dia hanya mendiamkan diri mungkin terharu melihat layanan Afiq terhadap Yad.
"Along naik mandi dulu, bah!" Dia meminta diri untuk naik ke bilik. Hatinya sudah tidak keruan. Makin lama dia berada di sini makin kencang degupan jantungnya. Dia menaiki tangga tanpa menghiraukan Afiq yang sedang memerhatikannya. Perlahan-lahan dia mengatur langkahnya naik anak tangga satu persatu.
•~•~•~•~•~•~•~•~~•~•~•~•~•~~•~•Dia terkejut besar apabila melihat Afiq berada di meja makan bersama-sama ahli keluarganya. Ya Allah, apasal Afiq masih ada di sini? Bukankah Afiq dah balik ka tadi?
Terdergar ibu mempelawa bekas menantunya makan. "Jemput makan, Fiq. Lauk biasa-biasa ja,"
"Ni, pun dah cukup ibu, abah. Dah lama Fiq tak makan masakan ibu" jawabnya.
"Makan, Fiq. Rezeki jangan di tolak." Pelawa Abah pula.
Dia meraba-raba kepalanya. Alamak dia tak pakai tudung. Nasib Afiq duduk membelakangkannya, tak nampaklah rambutnya.
Selepas memakai tudung, dia turun ke bawah semula. Langkah terhenti bila melihat wajah Yad ceria bila Afiq menyuap makan. Rasanya tidak perlu dia merosakkan suasana di dapur ketika ini. Dia bimbang takut Afiq akan terasa kekok bila dia di situ. Lalu langkahnya di bawa ke luar rumah.
"Mama...." jerit Yad lalu menerpa kearahnya.
"Yad nak ikut papa, boleh tak mama?.." Dia mengeluh perlahan bila mendergar pertanyaan anaknya.
"Tak boleh sayang.." ujarnya perlahan.
Tapi kenapa?.." Soal Yad dengan suara mundur.
"Mama kata tak boleh. Tak boleh lah. Kenapa dengan Yad tak faham ni?.." Tanpa sedar dia menaikkan suaranya sedikit. Terus Yad berlari masuk ke dalam rumah. Dia meraup mukanya. Tidak sendiri tidak faham tentang isi hatinya kini. Kadang kala dia ingin sangat Yad mendapat kasih sayang yang sepatutnya dari Afiq. Namun dilubuk kecil hatinya dia terlalu bimbang Afiq akan mengambil Yad darinya.
YOU ARE READING
Akan ku pujuk hatimu
RomanceMahligai indah Mariam Eiliya dan Afizul Afiq yang dibina atas dasar cinta, mula retak setelah kehilangan anak mereka. Maryam Eiliya menyalahkan suaminya atas kematian anaknya. "Kau tanya aku kenapa?, kau penyebab anak aku mati. Semua ni salah kau...