Bab 24

4.8K 131 0
                                    


Setelah Liya selesai membeli tiket. Dia segera bergerak ke tempat menunggu tren. Kelihatan ramai penumpang yang sudah tersedia menunggu di situ. Bangku yang disediakan sudahpun penuh diduduki oleh para penumpang.

"Mama.. Yad tak larat la" Rengek Fayyad sambil mulut dimuncungkan.

"Sini, mama dukung"  Dia mendukung Yad. Terus Yad menyandar kepala di bahunya.

Tiba-tiba kedengaran pengumuman keretapi api akan tiba sebentar lagi. Ramai penumpang di situ mula berdiri di garisan kuning. Dalam beberapa minit tren tiba jua.

Masa pintu pagar komuter dibuka. Ramai penumpang yang berebut nak masuk dan ada yang penumpang di dalam keretapi nak keluar. Keadaan ini menyebabkan orang berebut-rebut untuk masuk. Dia berjaya juga meloloskan diri masuk ke dalam tren itu. Dia dapat lihat tren yang dinaikinya penuh dengan orang. Sampai ada yang duduk atas lantai. Terpaksalah dia berdiri di tiang besi di tengah tempat duduk.

Tren mula bergerak perlahan, dan semakin lama semakin laju meninggalkan bandar. Di hadapannya ada seorang lelaki dikatakan dari mata kasarnya, seorang lelaki sihat tubuh badan sedang pura-pura tidur di kerusi. Di tepinya ada seorang wanita yang sarat mengandung sedang berdiri. Lelaki itu sepatutnya faham sendiri dan mempunyai kesedaran untuk beri keutamaan tempat duduk kepada golongan yang memerlukan.
Namun, yang amat menyedihkan sekali apabila masyarakat Malaysia masih ada lagi sikap begitu pentingkan diri.

"Sayang mama okey tak ni...?" Dia memandang muka kelat anaknya. Mungkin tidak biasa dengan keadaan seperti ini. Melihat orang ramai bersesak-sesak masuk ke dalam komuter. Yad menganguk lemah.

"Nak sampai dah ni.. sabar sikit je" ujarnya kepada Yad. Kakinya mula terasa lenguh, mungkin dah hampir setengah jam dia berdiri sambil mendukung Yad.
•~•~•~•~•~•~•~•~~•~•~•~•~•~~•~•

"Liya....." Dia terdergar seseorang  melaung namanya dari jauh. Dia berpaling ke belakang. Kelihatan Sir Sufi berlari kearahnya.

"Awak buat apa dekat sini?" Soal Liya pelik.

"Cikgu Ha..nani yang minta tol..ong saya datang ambil awak" jelas Sir Sufi sambil tertunduk dengan tercungap-cungap seperti tidak cukup nafas.

"Menyusahkan awak je. Saya boleh je naik grab, sekolah tu pun bukan jauh dari sini" tolak Liya. Terus sahaja Sir Sufi mengangkat wajah.

"Naik dengan saya lah, Lagipun saya nak ke sana jugak" Ujar Sufi. Namun, senyumannya mati bila dia lihat budak comel yang berada dalam dukungan Liya. Liya dah ada anak. "Mungkin anak sedaranya" bisiknya dalam hati. Bagi menyedapkan hatinya.

"Jom, kereta saya parking dekat sana" ujar Sir sufi sambil menunjuk arah.

Liya menganguk lemah.
•~•~•~•~•~•~•~•~~•~•~•~•~•~~•~•

"Diam je?.." Soal Sufi apabila Liya disebelahnya yang tidak membuka mulut langsung. Liya hanya tersenyum. Sufi membalas senyuman itu. Duduk berhampiran dengan Liya membuatkan jantungnya berdetak laju.

"Saya tak tahu nak cakap apa, saya diam je laa" jawab Liya selamba.

"Comel anak sedara awak, ada seiras awak" ujar Sufi sambil memandang wajah kecil yang mendongak merenung wajahnya.

Akan ku pujuk hatimuWhere stories live. Discover now