Bab 30

5.6K 144 6
                                    


      SETELAH setengah jam berborak dengan Qira di taman di tasik tadi, Afiq meminta untuk pulang. Didukung Yad keluar dari kereta.

"Pergi mana tadi bang?.. " Tegur Idayu yang sedang menikmati kopi di meja kayu di tepi kolam.

"Tasik.." jawab Afiq sepatah.

"Yad.. jom kita mandi kolam nak tak?.." Soal Idayu.

"Nakkkk.." jerit Yad di dalam dukungnya. Diturun Yad ke bawah.

"Dik jaga Yad..abang nak naik solat jab.." pesannya sambil melangkah mendaki tangga.

Afiq tersenyum di balkoni di biliknya bila melihat Yad bergelak tawa bermain percikan air di dalam kolam bersama Idayu. Lalu langkah masuk ke dalam semula.

~~~~~~~~~~~~~~

"Abang bangunlah..ummi panggil tu.." ujar Idayu sambil mengonyang bahu abangnya dengan perlahan.

"Haaa.."

"Abang pergi mana tadi? Balik-balik terus tidur. Letih sangat ke?.." Bebel Idayu sambil menampar bahu abangnya.

"Bangunlah, nak dekat nak maghrib dah ni!" sambung Idayu sambil menepuk bahu abangnya lagi.

"Yad mana, dik?.." Soalnya dengan suara serak bangun tidur. Digosok matanya perlahan.

"Ada dengan Abi dekat bawah.." begitahu Idayu.

"Cepat sikit turun, ummi dah bising tu.."

Dia bangun dari pembaringan dan terus ke bilik air. Setengah jam kemudian, dia turun ke ruang makan. Semua sudah ada di situ menunggunya. Melihat lauk-pauk yang dihidangkan begitu menyelerakan dengan pantas, dia mencapai pinggan.

"Bila lapar tahu pulak nak turun.." perli Puan Kalsom. Dia hanya tersengih.

"Wanginya anak papa, siapa mandi ni?.." Soalnya mencium kepala anaknya.

"acu.." jawab Yad sepatah sambil menyambung mengigit ayam goreng.

"Papa..tadikan acu ajar Yad berenang.." cerita Yad kepadanya.

"Kan best setiap ari boleh mandi kolam.."  Tergelak semua di situ.

"Kalau macam tu, Yad datang la selalu sini.. Acu boleh je ajar Yad berenang lagi.."

"Yad tidur sini lah malam ni"pinta Encik Fuad tiba-tiba.

"Boleh lah bang, esok pagi kalau abang buzy, adik boleh hantar!"pujuk Idayu pula.

"Ummi pun tak lepas rindu lagi dengan Yad.." Celah Puan Aishah.

"Fiq dah janji dengan Liya nak hantar Yad malam ni, ummi .."kata Afiq perlahan.

~~~~~~~~~~~~~

LIYA menguap kecil sambil memandang ke arah jam dinding di ruang tamu rumahnya. Hatinya terasa gelisah dan bimbang silih berganti apabila Afiq belum menghantar anaknya lagi. Sekurangnya kalau nak hantar Yad lambat call lah bagitahu dulu..." Omelnya di dalam hati.

Tiba dia terdergar bunyi enjin kereta masuk ke laman rumah. Langsir di ruang tamu diselak. Dia menghela nafas lega saat terpandang kereta Afiq. Tanpa berfikir panjang dia membawa langkah keluar.  

Dari jauh dia lihat Afiq keluar dari kereta sambil mendukung Yad yang nyenyak tidur. Lalu Afiq melangkah mendekatinya.

"Saya minta maaf hantar Yad lambat.." ujar Afiq perlahan mungkin bimbang Yad akan terjaga.

Sempat dia lihat Afiq tunduk cium di kedua belah pipi dan dahi Yad sebelum Afiq memberikan Yad kepadanya. Dengan teragak-agak dia menyambut perlahan tubuh Yad di tangan Afiq lalu dibawa kedalam dukungannya pula. Wajah Afiq yang dekat dengannya seketika membuatkan dadanya berdebar-debar kencang.

"Buat masa ni awak jagalah Yad baik-baik.... Apa saja keperluan Yad dan awak, saya akan tanggung. Awak tak payah susah payah nak kerja. Saya nak awak tumpukan sepenuh perhatian kepada Yad dulu.."ujar Afiq yang masih tidak memandang wajahnya. Dia mengetap bibir menahan rasa. Fikirannya tidak dapat mencerna apa yang dikatakan oleh Afiq tadi.

"Abang nak pergi mana? Kita jagalah Yad sama-sama.."ujar dia perlahan. Dia dapat merasakan Afiq ingin meninggalkan dia dan Yad. Walaupun Afiq tidak memberitahunya tapi dia dapat merasakannya.

"Kalau ada apa-apa hal penting, awak bagitau Dayu.." ujar Afiq yang langsung tidak menjawab pertanyaan tadi.

"Tolonglah bang, jangan pergi tinggalkan Yad lagi, Yad masih perlukan abang. Liya janji bang, kali ni Liya tak akan tunjuk lagi muka Liya depan abang, kalau itu yang abang nak, Liya sanggup bang..." Ujar Liya bersungguh-sungguh.

"Awak jangan risau saya tak abaikan tanggungjawab saya kepada anak saya...." Tegas kata-kata Afiq.

"Kenapa abang layan Liya dengan anak kita macam ni bang? Benci sangatkah abang dekat Liya? sampai abang sanggup buat Liya macam ni.." serak suaranya. Matanya yang berkaca mula merenung wajah Afiq yang diam membisu. Dia cuba untuk tidak menitiskan air mata di hadapan Afiq lagi. Dia tidak mahu kelihatan lemah. Walhal yang nyata, hatinya memang seakan terdera kala ini apabila Afiq langsung tidak mengedahkan pertanyaannya.

Afiq mengeluh perlahan. Bibirnya terbungkam dari membalas. Hatinya saat ini, sudah letih dengan bayangan hitam yang sering menghantuinya.

"Kenapa abang buat Liya macam ni? Kenapa bang?.." Soal Liya lagi dengan nada tinggi tidak dapat dikawal. Yad dalam dukungannya sudah bergerak-gerak kerana lena terganggu dengan suaranya. Pantas dia menepuk kembali paha anaknya.

"Awak masuklah, saya balik dulu." Afiq melangkah meninggalkan Liya dalam keadaan terpinga-pinga di situ.

"Abang......" Liya memanggilnya sayu. Afiq pejam mata. Pangilan itu amat melemahkan batinnya. Sungguh sakit jiwanya ketika ini. Namun dia tetap jua melangkah masuk ke dalam kereta.

Liya menahan air mata dari tumpah buat kesekian kalinya. Sungguh dia terasa perit di jiwanya bila Afiq langsung tidak memandang matanya. Yang menyakitkan lagi bila Afiq tidak membahasakan abang mahupun Liya untuk dirinya. Hanya ada saya dan awak. Perasaan sedih mula menyapa hatinya.Kemudian dengan langkah perlahan dia masuk ke dalam rumah.

Akan bersambung...Tunggu ye😉

Akan ku pujuk hatimuWhere stories live. Discover now