Usai menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah di subuh yang dingin itu, Liya bangun lalu menghampiri jendela yang tertutup. Pantas sahaja tangannya menarik langsir yang menutupi jendela itu. Hujan yang turun pada waktu sebegini sungguh mendamaikan, semua masalah terasa hanyut bersama angin sejuk yang yang menyapa pipinya.Berbulan-bulan dia memikirkan mengenai tuntutan hak penjagaan anaknya oleh bekas keluarga mertuanya di mahkamah. Hari ini dia dipanggil ke mahkamah syariah. Hal ini membuatkan fikirannya semakin bercelaru dan kosong. Mujur lah ada ibu dan abah, kalau tidak mesti rasa dia hilang timbangan diri tanpa mereka. Perlahan dia menarik nafas sedalam-dalamnya membuang kerisauan yang sering menguasai dirinya. Dia harus kuat.
~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~
Setelah membersihkan diri, Dia turun ke bawah membantu ibu menyiapkan sarapan. Sampai bila dia nak terperuk saja dalam bilik. Perut mesti diisi. Tidak boleh kenyang dengan hanya berair mata. Perlahan dia memulas tombol pintu, bimbang anaknya yang nyenyak tidur terjaga.
"Ibu...." panggil dia perlahan. Ibu menoleh.
"Nasi lemak dah siap. Pergilah makan. Nanti ibu datang bawa air."
"Tak pa lah bu. Along tunggu semua turun. Kita makan sekali.." ujar Liya lalu ke sinki, membasuh dua tiga cawan yang masih berbaki hampas kopi semalam.
"Morning...." jerit Hanani riang lalu duduk di kerusi di meja makan. Ibu mengeleng kepala melihat kelatah Angah. Pagi-pagi lagi sudah menggegarkan rumah.
"Kau tak kerja ke, Ngah?..." tegur Liya apabila melihat Angah hanya berbaju t shirt dan tracksuit.
"Tak..Sabtu baru ni kan sekolah Angah ada hari sukan. Jadi hari ni cuti lah..." ujar Hanani mengunyah donat.
"Along okey tak ni?..." soal Hanani bila melihat wajah kakaknya pucat.
Liya menganguk lemah.
"Kau tak pergi mana kan hari ni, Ngah?.." terus Liya sahaja menukar topik sambil tangannya menghulur air milo dituang di dalam cawan kepada Angah.
"Tak. Asal?"
Belum sempat dia bersuara. Abah bersuara yang entah bila muncul.
"Biar abah yang temankan along..."
"Angah nak ikut sekali, bah..." ujar Hanani sambil menghirup air milo panas yang dihulur oleh Along kepadanya. Ermmm sedapnya air milo ni.
"Perlahan-lahan Ngah..." tegur Abah sambil menarik kerusi untuk duduk.
Seketika kemudian, Achik turun dengan memakai kemeja biru laut dan berseluar slack hitam. Achik hanya tersenyum lalu duduk di meja makan di sebelah Angah.
Terus tergesa-gesa menghirup milo di cawan."Hari ni Achik balik lambat sikit, ibu.." ujar Qayyum lalu bangun dari kerusi.
"Achik. Makan lah dulu. Sempat lagi ni.." ujar Liya sambil meletakkan sambal ikan bilis di atas meja.
"Tak sempat dah Long. Achik ada meeting kejap lagi.."
Haji Hanif yang sedang menikmati sarapan hanya membiarkan Achik berlalu begitu sahaja. "Dah pergi bersiap, Long.." ujarnya sambil merenung wajah sayu anaknya. Perlahan Liya mengangukkan lemah.
~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~
"Mama nak pergi mana?.." tutur Yad pelat. Liya tersenyum sambil mendukung anaknya.
"Mama ada kerja sikit nak buat. Yad duduk baik-baik dengan mak tok ye..." ujarnya sambil mencium penuh kasih sayang ubun anaknya. Saat ini dia begitu risau akan kemungkinan dia akan kehilangan anaknya. Baru fikir sudah dia tak mampu. Apatah lagi jika ia berlaku. Dia tidak tahu apa akan terjadi kepadanya.
YOU ARE READING
Akan ku pujuk hatimu
RomansaMahligai indah Mariam Eiliya dan Afizul Afiq yang dibina atas dasar cinta, mula retak setelah kehilangan anak mereka. Maryam Eiliya menyalahkan suaminya atas kematian anaknya. "Kau tanya aku kenapa?, kau penyebab anak aku mati. Semua ni salah kau...