Bab 8

6.3K 186 0
                                    


    USAI menunaikan solat maghrib, Liya turun ke dapur untuk membantu ibunya menyediakan makan malam. Sedang dia membasuh tangan di sinki dapur, ibu bersuara.

"kawan along, apa nama dia? Wawa kan? Sihat ka dia?" Tanya ibu dengan penuh minat.

"Alhamdulillah dia sihat, bertambah sihat ada la bu" jawabnya. Ibu tersenyum.

"Assalamualaikum" kedengaran suara orang memberi salam sambil pintu terkuak.

"Itu mesti abah" bagitau ibu. dia menanggukkan kepala tanda mengiakan dengan tekaan ibu.

"Apa yang dibualkan tu dua beranak ni sampai dengar kat depan sana" tanya abah dengan muka yang tenang.

"Tak ada apa nya abang cuma berborak kosong je dengan along ni" jawap ibu. Abah menganguk

"Yad mana? Tak nampak pun kat depan?" Tiba-tiba abah bersuara menanyakan satu-satunya cucunya.

"Yad ada atas, tengah tidur, letih sangat main petang tadi.." jawabnya.

"Duduk la bah, minum air along buat" Liya mengambil air yang dibancuh tadi atas meja lalu dituang ke dalam ke cawan dan dihulur ke abahnya.

Selepas menolong ibu mengemas dapur, dia meminta diri untuk naik ke atas.
•~•~•~•~•~•~•~•~~•~•~•~•~•~~•~•~•

Wajah Yad ku tatap dengan penuh kasih. Yad nampak sangat lena. Dahi si kecil itu diusap dengan ibu jari kasarnya. Menatap wajah Fayyad samalah seperti dia sedang menatap wajah bekas suamiku, Afiq. Wajah yang seiras, hanya lesung pipit Afiq yang membezakan dengan anak aku.

Tapi, kini aku bukan lagi sesiapa lagi di sisinya, hanya Fayyad je tempat aku melepaskan rindu aku padanya. Rasa rindu pada Afiq seakan menusuk dada. Kalau masa boleh diputarkan, aku akan ubah apa yang aku lakukan padanya.

"Mama...." Suara halus si kecil memanggil namanya. Aku buka mata kembali. Merenung wajah polos yang nampak seakan sedang menahan tangisnya sendiri. Bingkas aku duduk bersila. Risau tangisannya semakin kuat.

"Kenapa sayang? Anak mama lapar ke?" soal aku bertalu-talu. Fayyad geleng kepala dengan wajah sayu. Tak semena, leher aku dipeluk erat.

"Yad mimpi papa datang jumpa kita tapi ke..napa bila Yad pan..ggil papa, papa..macam tak mau kawan gan Yad.." Cerita si kecil dengan pelat kepadaku bersama tangisan yang sudah mula berlagu.

Jiwa aku tersentap. Perlahan-lahan tubuh Yad dijarakkan lalu pipi nya yang basah dengan air mata ku sapu. Aku tak tahu kenapa anak aku menjadi begitu. Aku juga dalam hiba mendergar pertanyaan anakku.

"Mama...kenapa papa tak pernah datang jumpak yad? Papa tak sayang yad ka mama?.." Polos suara itu menyoal.

Aku diam membatu. Tiada jawapan mampu diberi pada si kecil yang tidak faham apa-apa itu. Memang salah aku anak aku menangung kesilapan yang pernah aku buat dulu.

"Maafkan mama, sayang, Mama tak mampu bagi yad kasih sayang seorang ayah" desis hati aku bersama tubir mata yang bergenang sedikit. Perlahan-lahan aku menepuk Yad supaya sambung tidur semula.
•~•~•~•~•~•~•~•~~•~•~•~•~•~~•~•

      Hatiku berasa tidak enak. Entah kenapa. Aku memejamkan mata tapi masih tidak boleh terlelap. Jam pada dinding bilik aku kerling hampir pukul 3 pagi tetapi mataku masih tidak boleh pejam. Yad di sebelah ku yang enak dibuai mimpi aku pandang.                   
Perlahan-lahan aku bangkit dari pembaringan. Aku mengikat rambutku lalu berdiri di balkoni. Membiarkan angin malam menyapa pipi. Langit yang bertemankan bintang dan bulan langsung tidak menenangkan hati.

Akan ku pujuk hatimuWhere stories live. Discover now