LIYA memandang jam tangannya lagi. Ketika itu juga, pintu depan kedai mekanik Khalid di hadapannya dipandang. Selalunya pada hujung minggu Afiq akan ke sini. Jadi dia dapat agak pasti Afiq di sini.Mana Afiq ni? Buat apa lah lama-lama dalam bengkel Si Khalil tu? Dia masih bersabar menunggu, sehinggalah kelibat Afiq muncul di pandangannya.
Dia kelihatan sedikit gelisah. Namun, dia hayunkan jua langkah mendekati Afiq. Hatinya sedikit berdebar. Belum sempat dia menyapa, Afiq sudah bersuara.
"Buat apa kat sini?"dingin Afiq bertanya.
"Saya nak jumpa awak. Kita kena bincang." Tenang dia menyusun kata. Wajah afiq dipandang penuh kerinduan yang tersimpan jauh di lubuk hatinya namun lelaki itu langsung tidak tersenyum kepadanya. Wajahnya serius sahaja dilihatnya. Tiba-tiba hatinya dijentik kehampaan.
"Mana awak tahu saya ada dekat sini?" tanya Afiq. Dia terkejut sebenarnya melihat Liya muncul di depan matanya. Ingatkan bekas isterinya itu dah putus asa untuk memujuknya.
"Semua pasal awak semua saya tahu lah "jawab Liya jujur. Afiq terdiam.
"Kita ke sana" Liya menunjuk ke arah bawah pokok besar itu.
"Saya nak balik." ujar Afiq dingin. Liya cepat-cepat menahan langkah Afiq .
"Please..." Afiq merenung tajam. Lalu dia menganguk juga. Terus dia membawa langkah ke pokok besar itu.
Liya tersenyum bila Afiq menuruti juga permintaannya.
"Ada apa awak nak jumpa saya..." Soal Afiq dingin.
"I'm sorry." Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Liya sebaik sahaja mereka duduk di atas bangku itu.
"Sorry?..." terukir senyum sinis di bibir Afiq.
"Awak tak ada benda lain ke nak cakap?...." ujar Afiq sambil merenung wajah Liya. Perkataan maaf itu sering diucap di bibirnya pada ketika dulu. Namun sedikit pun Liya tidak memberi peluang untuk nya.
Terdiam Liya sambil membalas renung Afiq. " Saya. ... ..."
"Apa awak nak?..." terus Afiq memotong percakapan Liya.
"Hari sabtu ni abah nak sambut hari lahir Yad" ujarnya teragak-agak.
"Yad teringin sangat nak awak datang" ujarnya lagi. Afiq masih mengunci mulutnya.
"Saya tak akan suruh awak buat apa-apa pun, cuma cukup lah awak datang nanti."
"Ermm, nanti saya bagi tahu lain takut saya ada hal." keluar juga suara Afiq.
"Takpa lah, terpulanglah pada awak sama ada nak datang atau tak.."
"Hrmm..."Afiq tak mahu berpaling menatap wajahnya.
"kalau awak sayang anak awak datang lah" pujuknya lagi. Dia mengeluh perlahan. Dia sudah buang egonya untuk merayu depan Afiq. Tapi bekas suaminya buat acuh tak acuh ja jawab membuatkan hatinya panas.
"kalau Yad tanya saya, kenapa papa dia tak datang nanti?, saya jawab je papa dia tak sayang dia dah?" Baru kali ini Afiq berpaling memandangnya. Saja je dia kata begitu depan Afiq, tapi untuk berkata sebegitu depan Yad rasanya dia tak sanggup.
Afiq menghembus nafas panjang. "Yelah saya datang nanti.."Liya senyum kemenangan. Perasaannya sekarang? Gembira, terharu, sedih, semuanya bercampur dalam hatinya.
"Saya tak kisah kalau awak tak bawak apa-apa hadiah sekali pun untuk Yad, Cuma satu ja saya nak, awak datang.
"Saya dah tak sanggup nak tipu Yad, bila dia tanya mana awak?..." Satu-persatu Liya meluahkan perasaannya. Dia juga tidak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk berkata begitu di depan Afiq. Namun Afiq tidak membalas kata-katanya terus Afiq melangkah meninggalkannya yang terkaku di situ.
"Abang..." panggilnya sambil berlari anak mengejar langkah Afiq dari belakang. Lengan Afiq jadi sasaran, terus dia menarik lengan itu.
Terus Afiq merentap kuat. "Ada hal apa lagi? Saya tak ada masa ni?.." Bertak Afiq.
"Kejap abang. Saya ada satu lagi nak cakap.." Rayunya lagi.
"Nak cakap apa? Cepat!" Soal Afiq dingin.
"Abang..." mata Liya tepat memandang wajah Afiq. Namun lidah Kelu untuk terus bersuara.
"Tolong la jangan guna panggilan tu...." Afiq merenung tajam ke arahnya, seperti hendak menelannya.
"Kita nikah semula abang.....! Demi anak kita. Liya nak jadikan keluarga Yad lengkap.." Tutur Liya perlahan setelah mendapat kekuatan untuk mengeluarkan perkataan itu depan bekas suaminya. Hanya Allah saja yang tahu saban waktu dia mengharapkan Afiq mengambil dia semula sebagai isteri. Hanya Allah saja yang tahu bahawa detik nafasnya ada hanya nama Afiq di hati ini.
Afiq hanya diam membisu. Hanya mata merenung tajam wajahnya. Kedergaran Afiq menghembus nafas dengan kasar.
Dia lihat mata Afiq merah menahan marah."Kenapa dulu awak sembunyikan Yad dari saya?" soal Afiq setelah lama mereka diam. Afiq merasakan sudah sampai masanya dia menyelesaikan segala kekusutan ini. Hanya soalan itu yang saban hari dirinya memikirkan hal ini. Kenapa Liya sanggup buat dia begini?
Liya terkedu. Mendengar pertanyaan Afiq membuatkan darah terasa meruap ke wajahnya. Kata-kata Afiq telah menjeratnya.
"Saya takut kalau awak tahu, awak akan ambil anak saya" terjah Liya. Dia tidak dapat memikirkan ayat yang bakal dikatakan kepada Afiq. Dia merasa takut akan kemungkinan itu. Dia takut Afiq akan mengambil anaknya kerana marah akan dirinya yang menyorok kewujudan Yad.
"Sanggup awak buat saya macam ni Liya"
"Sanggup awak pisahkan saya dengan anak saya.." Terdiam Liya di situ. Saat itu Afiq merenung wajahnya dengan renungan yang tajam. Terus terus tertunduk, kecut perutnya mahu melawan renungan itu.
"Tiga tahun Liya.., ada awak cuba temukan saya dengan Yad? Ada?" Tempit Afiq dengan rahang yang bergerak-gerak. Tempikan Afiq membuat bahunya ternaik.
"Sedikit pun.. awak tak bagi peluang untuk saya dekat dengan Yad.." Jelas kedengaran aliran nafas Afiq tersekat-sekat.
"Selama ni pun hanya abah yang bawa Yad jumpa saya, tu pun hanya dua kali...." Luah Afiq. Suaranya mula mundur.
"Abang kita tak terlambat lagi..kita boleh mulakan hidup baru dengan Yad...." Rayu Liya lagi.
"Cukup!" Terkejut Liya dengan sebaris ayat itu.
"Dulu kau yang nak sangat bercerai kan? Kau jangan mimpi kita akan macam dulu balik. Kau ingat tu ..?" Kata-kata itu sedikit sebanyak mencarik luka di hatinya. Terasa bagai ada sesuatu yang tajam yang menusuk-nusuk dadanya.
"Abang....Maafkan Liya bang.." Liya memegang lengan Afiq perlahan.
"Kau tak layak panggil aku abang" ujar Afiq yang menepis kuat secara tiba-tiba sehingga membuatkannya melepaskan pegangan tersebut lalu jatuh terduduk. Imbangan dia tidak kuat untuk tindakan Afiq.
aba...!" Panggilnya lagi. Namun tersekat di kerengongnya. Sebak dihatinya menghalang dari terus bersuara.
Sungguh Afiq terasa hatinya bagai dihempap batu besar melihat air mata itu mengalir. Hati lelakinya meronta-ronta untuk membantu Liya dari bangun. Namun egonya mengatasi segalanya, lalu melangkah pergi. Panggilan Liya, dia tidak dihiraukan. Dia tak sanggup lagi melihat kesengsaraan ini.
"Liya akan berusaha rebut balik hati abang untuk jadi milik Liya semula" ujar dia di dalam hati sambil mengesat air mata yang menitis ke pipi.
Dia masih mengharapkan Afiq berpaling ke arahnya. Namun, semua harapannya hampa! Sedikitpun Afiq tidak menoleh ke arahnya.
Dia terus berjalan laju dengan air mata di pipi masuk ke dalam kereta. Biarlah sekeliling yang memandangnya tidak dihiraukan lagi. Biarlah orang kata dia gila sekali pun. Dia tidak kisah.
YOU ARE READING
Akan ku pujuk hatimu
RomanceMahligai indah Mariam Eiliya dan Afizul Afiq yang dibina atas dasar cinta, mula retak setelah kehilangan anak mereka. Maryam Eiliya menyalahkan suaminya atas kematian anaknya. "Kau tanya aku kenapa?, kau penyebab anak aku mati. Semua ni salah kau...