Sambungan....
PUAN AISHAH duduk di atas kerusi berdekatan dengan katil anaknya. Jemari Liya disentuh dan dielus penuh kasih. Sayu benar hatinya melihat keadaan Liya. Tumpah air matanya melihat anak kesayangannya yang kelihatan pucat tidak bermaya. Tiba-tiba mata anaknya dibuka perlahan, silau dengan cahaya yang menusuk anak matanya."Alhamdulillah ... abang anak kita dah sedar." Kata Puan Aishah. Haji Hanif tersenyum, tangan anaknya di sentuh.
"Abang panggilkan doktor sekejap." Haji Hanif bersuara sebelum beredar.
" Along..." Sebak Puan Aishah memanggil anaknya itu. Rambut anaknya di elus perlahan.
Hampir seminggu juga anaknya terbaring kaku di katil tersebut selepas pembedahan. Menitis juga air mata yang di tahannya sejak tadi. Sedih dia melihat keadaan anaknya itu yang terpaksa melahirkan cucunya sebelum harinya secara pembedahan atau czer. Hari ini baru anaknya tersedar dengan kepala berbalut, siku berjahit.
•~•~•~•~•~•~•~•~~•~•~•~•~•~~•~•~Silauan cahaya yang memedihkan mata menyebabkan aku memejamkan kembali mataku. Tekak ku terasa kering, kepala aku juga terasa berat dan berdenyut-denyut. Suasana di bilik itu sunyi sepi. Hanya bunyi mesin monitor denyutan jantungku jelas kedengaran.
Aku cuba membuka mata buat kali kedua. Kelopak mata ku kerdipkan berkali-kali cuba menyesuaikan cahaya, menjelaskan lagi pandangan di hadapanku. Wajah ibu menjadi tatapan pertamaku. Aku cuba menggapai tangan ibu.
Kenapa tempat ni asing bagi aku. Dia memerhatikan persekitaran yang asing buatnya. Aku menyentuh dahi aku yang berbalut. Belakang tapak tanganku terasa ngilu. Terasa jarum yang dicucuk di situ mula terasa berdenyut-denyut. Badanku juga terasa lemah. Segala sendi-sendiku terasa sakit." Ibu...anak along mana bu?" Berubah wajah Puan Aishah. Ibunya hanya membisu seperti sedang berfikir.
"Ibu..mana anak along?" Soal aku lagi. Aku cuba untuk bangun. Tapi perutku terasa sakit dan ngilu. Ingatanku saat itu hanya setakat aku disorong masuk ke bilik bedah. Masuk sahaja bilik bedah, bahuku di bius. Tidak sampai berapa saat aku dapat rasa kaki, pinggang dan perut aku, sudah mula merasakan kebas. Namun masih dapat merasakan gerakan anak aku di dalam perutku ketika itu. Dan setelah itu aku mula tak sedar apa yang berlaku di sekeliling.
"Bawak bertenang Long....anak along ada kat wad." Ujar Puan Aishah.
"Afiq?" soal aku pada ibu lagi.
"Afiq masih belum sedar lagi, bawa bersabar ye sayang" Puan Aishah mengenggam tangan anaknya cuba memberi kekuatan.
Ketukan di pintu secara tiba tiba menyebabkan mereka berpaling. Pintu itu dibuka dari luar, Haji Hanif dan seorang doktor, memasuki kamar itu dengan tangannya yang sedang memegang beberapa dokumen.
"Ni, doktor dah sampai." Kata Haji Hanif. Puan Aishah segera memberikan laluan buat doktor tersebut.
"Alhamdulillah puan dah sedar. Puan telah menjal..." Terus aku memotong percakapan doktor itu.
"Macam mana suami dan anak saya doktor?" Soalku. Terus doktor itu menyelak helaian di dalam failnya.
"......suami puan sudah melepasi tahap kritikal, tapi masih belum sedar. Anak puan, kami terpaksa masukkan ke NICU untuk pantauan yang lebih lanjut........"
•~•~•~•~•~•~•~•~~•~•~•~•~•~~•~•~
YOU ARE READING
Akan ku pujuk hatimu
RomanceMahligai indah Mariam Eiliya dan Afizul Afiq yang dibina atas dasar cinta, mula retak setelah kehilangan anak mereka. Maryam Eiliya menyalahkan suaminya atas kematian anaknya. "Kau tanya aku kenapa?, kau penyebab anak aku mati. Semua ni salah kau...