AFIQ melirik mata ke arah Yad yang khusuk bermain dengan robot mainan di sebelahnya. Dia tersenyum lalu dia menumpukan pemanduannya semula."Papa.." panggil Yad dengan manja sambil memegang lengannya yang memegang stereng kereta.
"Ya sayang...." jawabnya sebelum mengalihkan pandangannya ke arah hadapan semula.
"Kenapa mama tak nak ikut kita sekali, pa?.."Dia terdiam. Tidak tahu apa yang perlu dijawab.
Dia menarik nafas berat. "Papa pun tahu lah, sayang.." jawabnya perlahan.
"Kalau mama ikut sekali kan best.." ujar Yad sambil memandang wajahnya lagi. Hatinya terusik dengan kata-kata yang keluar dari mulut anaknya.
Namun perasaan bersalah tidak lari dari menyelubungi hatinya. Dia tidak tahu kenapa dirinya sentiasa menyakitkan hati Liya. Padahal ia akan membuatkan hati dia turut sakit tanpa dia sedari. Melihat wajah Liya tadi membuatkan hatinya diulit simpati. Terasa bersalah juga kerana tidak mengajak Liya bersama. Seharusnya perasaan benci perlu bertepi. Kenapa dia tidak boleh berlembut sedikit dengan Liya.
"Lain kali papa ajak mama ye sayang.." ujarnya, sebelah tangan memegang stereng dan sebelah lagi memegang mengosok kepala anaknya.
~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~
Dia membelok keretanya masuk ke dalam perkarangan rumah orang tuanya. Dia turun dari keretanya lalu melangkah ke pintu sebelah pemandu. Pintu kereta dibuka, terus Yad melompat keluar.
"Atok..." jerit Yad.
"Cucu atuk....meh sini kat Atok...." Encik Fuad menggamit. Yad berlari kearahnya. Dia terus mendapatkan Yad lalu terus mendukung cucunya. Dicium Yad sepuasnya. Dari jauh Puan Aishah mengukir senyuman melihat keletah satu-satunya cucunya.
Afiq tersenyum melihat kegembiraan jelas terlukis di riak wajah ummi dan Abi saat melihat Yad keluar dari kereta. Terukir senyuman manis di wajah mereka.
Encik Fuad meletakkan Yad ke bawah semula. Giliran Puan Aishah pula memeluk cucunya.
"Rindu tok mi dekat Yad.." kata Puan Aishah sambil mencium pipi Yad.
"Mana Liya..Fiq? Tak ikut sekali?.." Tanya abi sambil merenung matanya.
"Tak, Abi.." jawabnya dengan rasa bersalah.
Ummi memandang tajam." Kan ummi dah pesan ajak Liya sekali ke sini.."
Renungan Ummi sungguh dalam terhadapnya. Namun renungan itu berakhir dengan gelengan.
"Yad, jom ikut tok mi masuk dalam.." Begitahu ummi ceria sambil menarik tangan Yad masuk ke dalam rumah.
Dia hanya melangkah mengikut ummi dari belakang. Badannya yang letih dihempaskan ke sofa.
"Nah minum. Mak Som ada bawakan air untuk Fiq." Suara Mak som menyapa. Gelas yang berisi air sirap diletakkan ke atas meja berhadapannya.
"Terima kasih. Susah-susah Mak Som je." Wajahnya dimaniskan dengan senyuman kepada pembantu rumahnya yang sudah dianggap sebagai keluarganya.
"Mak Som masuk dapur dulu.." ujar Mak Som meminta diri ke dapur semula. Dia hanya menganguk.
Dia menyandar kepalanya ke sofa semula. Matanya dipejam bagi mengurangkan kekusutan di fikirannya. Lagi tiga hari, cutinya akan berakhir. Terlalu sukar untuknya meninggalkan anaknya buat masa yang lama. Dia tidak cukup kuat andai perpisahan sementara ini akan memberi kesan kepada anaknya.
YOU ARE READING
Akan ku pujuk hatimu
רומנטיקהMahligai indah Mariam Eiliya dan Afizul Afiq yang dibina atas dasar cinta, mula retak setelah kehilangan anak mereka. Maryam Eiliya menyalahkan suaminya atas kematian anaknya. "Kau tanya aku kenapa?, kau penyebab anak aku mati. Semua ni salah kau...