Lama Liya di atas sejadah, membiarkan dirinya larut dalam lamunan sesudah solat subuh. Saat ini dirinya tidak mampu lagi menangis di dalam hati. Dia kalah. Air mata jatuh lagi. Selama ini dia pendam, tapi kali ini dia tidak mampu lagi. Biarlah sedih ini hanya Allah yang tahu.Ada kala hatinya juga sering rapuh, menangis bagai orang gila. Dia sendiri tidak memahami dirinya. Kadang dia mampu berlagak kuat seperti tiada apa yang berlaku. Sehabih mungkin cuba utk menyembunyikan segala apa yang dia rasa di lubuk hatinya. Tapi kali ini dia kalah bila bersendiri.
Biarlah buat seketika dia begini. Menangis di tikar sejadah. Dia juga manusia biasa yang punyai hati dan perasaan. Sedangkan Nabi Muhammad pun nangis apabila anak baginda meninggal. Lagi kan dia yang juga merasai kehilangan insan yang selama ini menjadi tempat dia bergantung? Walaupun hari ini genap empat bulan abah pergi. Dia tak mampu lagi tahan air matanya. Sakit yang terlalu sakit. Sukar diungkapkan. Biarlah dia luahkan semua ini.
Telekung yang dipakainya digengam kuat. Air matanya jatuh di atas kain itu. Terimbau ketika dia mengemas barang di dalam kereta abah seminggu yang lalu. Dia terjumpa kotak yang berisi telekung ini. Dia tergamam melihat terselit sekeping kertas yang ada nama penuhnya. Dia tahu itu tulisan abah. Dan paling mengejutkannya apabila ibu memberitahu, abah berhajat ingin membawa ibu dan dia mengerjakan umrah bersama. Dan abah tidak sempat mengkhabarkan berita itu.
Allahu. Terduduk dia saat itu. Rasa sebak mencengkam di dadanya kala itu. Dia mengelap perlahan air matanya. Dia harus kuat.*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Afiq mundar mandir di hadapan rumah Liya. Sudah sejam dia terpacak di sini. Tangannya mengelap peluh di dahinya apabila matahari sudah terpacak di atas kepalanya. Matanya melilau ke arah dalam pagar rumah itu. Rumah ini kelihatan sunyi. Langsung tiada kelibat sesiapa di luar rumah. Sungguh saat ini hatinya dihimpit resah untuk bersua muka dengan isi rumah ini. Dia tidak sanggup melihat kesedihan raut wajah Liya ketika ini, biar pun dalam hati ini nak sangat pandang wajah itu. Dia menghela nafas berat. Akhirnya dia tersandar pintu keretanya. Serba salah dia saat ini.
"Kenapa berdiri sini? Tak masuk?.." tersentak Afiq lalu terus mengangkat wajahnya.Kelihatan Pak su Wildan yang baru keluar dari kereta menghampirinya. Dia tersenyum nipis
lalu tangan disua bersalam.Wildan tersenyum sambil menyambut huluran tangan Afiq. Baru hari dia nampak kelibat Afiq yang selama ini yang kian menjauhkan diri dari keluarga ini.
"Liya. Yad. Ada dalam? Pak su?" Soalan lain pulak yang ditanya oleh Afiq.
"Tak tahu. Pak su pun baru sampai ni, ha. Jom lah masuk dulu..." pelawa Pak su Wildan sambil membuka selak pagar. Afiq hanya menganguk sambil melangkah membuntuti Pak Su Wildan.
Sebaik sahaja dia masuk, kelihatan dari jauh ibu yang sedang duduk di ruang meja makan. Kakinya dibawa ke ruang itu.
"Assalamualaikum..." ujarnya perlahan. Rasa kekok mula menyelubungi dirinya. Rasa bersalah menyelebungi dirinya. Malah hati juga bimbang ibu akan menghalaunya.
"Waalaikumusalam..." jawab ibu sambil mengalih wajah ke arahnya. Jelas riak wajah ibu berubah.
Puan Aishah hanya memandang wajah itu. Dia benar-benar terasa hati dengan Afiq setelah apa yang Afiq buat pada anaknya. Hilang terus seleranya. Sudu di tangannya diletak kembali di atas pinggan. Terus dia bangun tanpa bercakap sepatah lalu dengan cepat melangkah ke arah anak tangga.
YOU ARE READING
Akan ku pujuk hatimu
RomanceMahligai indah Mariam Eiliya dan Afizul Afiq yang dibina atas dasar cinta, mula retak setelah kehilangan anak mereka. Maryam Eiliya menyalahkan suaminya atas kematian anaknya. "Kau tanya aku kenapa?, kau penyebab anak aku mati. Semua ni salah kau...