Bab 38

4.9K 124 4
                                    


Tidur Liya terganggu dengan bunyi ketukan di pintu bilik. Kedergaran suara Angah menjerit dari luar.

"Long...Long buka pintu ni...".

"Long...." ketukan itu berterusan

"Aaaa kejap...." sahutnya. Dengan malas dia bangun dari katil. Tuala yang tersangkut di ambil lalu disarung ke kepalanya lalu cepat-cepat dia membuka pintu.

Tersembul wajah resah Angah sebaik sahaja dia membuka pintu. Terus Angah menolak sedikit badannya lalu menjengul kepala sambil menoleh ke kiri dan kanan.

"Kau pa hal Ngah? Yad.... mana?"soal Liya sambil menguap menahan mengantuk yang masih mengusai dirinya.

"Yad balik bilik kan Long?"soal Hanani lalu tergesa-gesa masuk ke dalam bilik mencari Yad di dalam bilik dan bilik air. Namun Yad tak ada.

"Mana ada lah..."

Angah memandang wajahnya dengan seribu kemusykilan."Yad tak ada dengan Angah.." ujar Angah perlahan.

"Kau jangan main-main Ngah? Yad mana?..."

"Angah pun tak tahu macam mana boleh jadi. Tadi masa Angah tengah sembang dengan Cikgu Qill, Yad ada lagi sebelah Angah. Lepas tu bila Angah kalih Yad dah tak ada...satu resort Angah cari Yad tadi...tapi tak ada..." Ujar Hanani dengan muka pucat kerana takut. Dia amat kesal dengan apa yang telah terjadi disebabkan kelalaiannya.

"Ya Allah. Apa kau ni Ngah? Asal kau tak jaga Yad betul-betul..." berang Liya memikirkan nyawa anaknya mungkin dalam bahaya.

"Kita cari Yad sekarang ..." Hanya itu yang mampu dikatakan Liya. Terus dia memakai tudung lalu keluar dari bilik.

"Ngah kau cari Yad arah sana aku cari arah sini.." ujar Liya sambil menunjuk jari ke kiri.

Langkah kakinya di atur laju ke arah rumah-rumah kayu di resort itu . Suasana sekeliling juga semakin sunyi dan hanya di terangi cahaya lampu yang diletakkan di laluan berjalan sahaja. Saat ini dia hanya memikirkan keselamatan anaknya.

"Yad...Yad...Yad...." dia menjerit sekuat hati memanggil anaknya walaupun tekaknya terasa perit saat ini. Tiba-tiba dia terasa dia terpijak sesuatu. Lalu dia menunduk ke arah kakinya. Saat itu Robot Yad pemberian Afiq.

"Ya Allah..." Akhirnya, air mata yang di tahan tadi berguguran juga. Tersekat-sekat nafasnya bersama tangis esaknya. Lemah segala urat sendinya.

"Yad...Yad... Jangan buat mama macam ni sayang. Mama takut sayang. Yad......" jeritnya lagi. Langkahnya terus diatur tanpa arah. Matanya terus meliar mencari kelibat anaknya di sekitar kawasan itu. Mainan Yad di tangannya digenggam erat.

Langkah kakinya kian laju sambil matanya meliar mencari kelibat anaknya di persekitaran kawasan semak belukar yang gelap gelita. Perasaa takut tidak dihiraukan lagi, dia hanya memikirkan keselamatan anaknya.

"Liya..." panggil seseorang. Pantas dia menoleh. Wajah Sir Sufi dan Syurah menyapa matanya.

"Awak cari apa ni?..." soal Sufi pelik apabila melihat Liya cuba melangkah ke arah pokok-pokok dan semak samun di hutan itu.

"Awak ada nampak anak saya?..." Soal Liya resah.

Belum sempat Sir Sufi menjawab, Syurah mencelah. "Anak kau kan? asal tanya adik aku pulak?... nampak sangat tak pandai jaga anak..." Soal Syurah sinis.

"Kak..." tegur Sufi perlahan.

"Rasanya saya ada nampak Yad dengan cikgu Hanani masa barbeku tadi..."

"Yad hilang...." begitahu Liya dengan suara tersekat-sekat.

"Anak kau pun tak suka dengan kau Liya. Tu dia lari....." lancar kata-kata yang keluar dari mulut Syurah.

"Mama....."tiba-tiba kedergaran sayup-sayup suara Yad menjerit dari arah semak samun memanggilnya. Pantas dia berlari masuk ke arah semak samun itu. Pangilan Sir Sufi tidak dihiraukan lagi. Walaupun kedengaran suara Yad perlahan, namun nalurimya sebagai seorang ibu dapat merasa anaknya ada di situ.

Sufi mengerutkan dahi saat Liya berlari masuk semak samun dengan tiba-tiba. Terus dia menjerit memanggil Liya, namun langsung Liya tidak menyahut.
Pantas dia mengatur langkah mengejar Liya yang berlari agak laju.

"Adik....!" jerit Syurah apabila adiknya berlari mengikut Liya. Kepalanya digaru memikirkan apa yang dia patut buat?...

Akan ku pujuk hatimuWhere stories live. Discover now