Bab 46

5.9K 266 31
                                    


"Encik Afiq, Puan Liya. kita dah boleh masuk ni." Encik Bakri bersuara memandangkan mereka di situ. Peguam itu yang datang ke rumah tempoh hari.

"Puan Liya silakan." ujar peguam Fadilah dari pihaknya iaitu pihak defenden yang sudah ada bersama mereka dari tadi. Lantas Liya mengangguk kepalanya lemah.

Afiq bangun sambil membetulkan songkok di kepalanya dan melangkah masuk mengekori Liya dari belakang. Keluarga Liya dan Afiq menyusul masuk tidak lama selepas itu.

~•~•~•~•~•~•~•~•~•~••~•~•~•~~•~•~••~~

Liya mengambil tempat duduk yang telah disediakan di sebelah peguamnya. Dia menoleh ke belakang melihat wajah Abah. Saat itu dia hanya perlukan kekuatan untuk menghadapi semua ini. Kelihatan Angah dan Abah duduk di tempat beransingan.
Lelaki di bahagian kiri, wanita di bahagian kanan.

"Assalamualaikum. Kita mulakan perbicaraan ini dengan lafaz bismillah. Peguam plaintif sila mulakan.."

Semua mata memandang Tuan Hakim Syarie.

"Yang Arif, anak guam saya ingin dapatkan hak penjagaan anaknya kerana faktor kesihatan defenden iaitu Puan Liya telah mengalami masalah tekanan yang melampau yang lebih kecenderung kepada penyakit mental dan defenden tidak berkerja. Jadi saya mohon supaya mahkamah menyerahkan hak penjagaan kepada pihak plaintif, Muhamad Afizul Afiq bin Fuad. Itu saja Yang arif."

Tuan Hakim mengangguk lalu teliti helaian kertas di depan matanya. Terus Tuan Hakim memangung kepala lalu bertanya kepada Afiq " adakah awak yang telah menfailkan tuntutan hak penjagaan anak?"

Afiq yang duduk di sebelah peguam Plaintif terus bangun berdiri menjawab dengan tenang " Ya, Yang Arif."

"Jadi pihak defenden. Adakah awak bersetuju dengan tuntutan ini?"

Liya tunduk seribu bicara, diam, sepi. Kelihatan air jernih mengalir dipipinya. Terdengar sayup-sayup suaranya beristighfar untuk menenangkan diri. Dipandang wajah Afiq di sebelahnya dengan pandangan yang penuh seribu erti. Kemudian dia menjawab, Tidak. Ya Arif, saya tidak setuju."

"Peguam defenden, Sila berhujah.."

"Yang Arif, jelas kita semua sedia maklum, seorang ibu lebih berhak memelihara anaknya jika anak itu dibawah umur atau belum mumaiyiz sekiranya pasangan suami isteri tersebut bercerai. Dalam kes ini, anak mereka berumur 3 tahun dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Jadi pihak plaintif tiada hak untuk menuntut hak penjagaan" Peguam defenden bersuara lantang membela anak guamannya.

Peguam plaintif bangun. "Ya Arif, memang tidak dinafikan hak perjagaaan anak yang mumayiz akan jatuh kepada ibu tapi dalam keadaan ini, Puan Liya mengalami tekanan yang melampau iaitu gila.

"Bangkang Yang Arif. Ini tidak benar." terus Peguam defenden bangun bersuara.

"Bangkangan di tolak. Teruskan." ujar Tuan Hakim Syarie.

"Saya boleh buktikan apa yang saya katakan tadi, Yang Arif." Peguan Bakri memandang sekilas ke arah peguam lawan sebelum memandang muka hakim dengan penuh yakin.

"Pada tarikh 11 september tahun 2018, defenden bersama adiknya menyertai kem. Pada malam kejadian, sekitar jam 9.30 defenden tiba-tiba mencari anaknya. Defenden mengatakan anaknya hilang dan dia telah masuk hutan tanya memberitahu siapa-siapa di situ. Tetapi yang sebenarnya anaknya berada bersama adiknya. Ini membuktikan defenden mengalami tekanan perasaan yang tidak boleh penjadi penjaga kerana tidak berfikiran waras. Saya juga ada bukti iaitu laporan polis tentang kehilangan Puan Liya." Peguam plaintif menyatakan buktinya kepada hakim syarie.

"Bangkang Ya Arif. Anak guam saya mempunyai keluarga. Malahan Puan Liya dan anaknya tinggal sekali dengan ibu bapanya. Jadi alasan itu tidak sama sekali boleh diterima." Peguam defenden sekali lagi bangkit mempertahankan anak guamnya.

Peguam plaintif terus bangun " Yang Arif, untuk makluman Ya Arif. Bapa defenden telah berkahwin lain setelah ibu kandung defenden meninggal. Jadi ibunya sekarang adalah ibu tiri. Jadi ibu tiri defenden tidak layak mendapat hak penjagaan ini. Jadi saya mohon supaya mahkamah menyerahkan hak penjagaan kepada pihak plaintif. Itu saja Yang arif."

Tiba-tiba senyap seketika. Mereka menantikan apa yang akan diputuskan oleh Hakim syarie.

"Setelah menimbang segala bukti yang diperolehi. Mahkamah memutuskan hak penjagaan Muhamad Fayyad bin Afizul Afiq akan diserahkan kepada pihak plaintif iaitu Muhamad Afizul Afiq bin Fuad. Defenden hanya dibenarkan berjumpa dengan anak dengan kebenaran plaintif. Jika defenden ingkar dan tidak mematuhi segala yang diperintah hukuman penjara dan denda boleh dikenakan. Mahkamah bersurai. Tok tok tok!" Tuan hakim mengetuk mejanya beberapa kali.

Liya menoleh perlahan ke arah belakang. Kelihatan abah menyeka air matanya. Saat itu, perasaan sedih tidak dapat dikawal lagi. Hati ibu mana yang tidak bergetar tatkala hak penjagaan anak yang dikandung selama 9 bulan diberikan kepada orang lain? Matanya yang tadi berkaca sudah tidak dibendung lagi. Walau sekuat mana pun dia cuba untuk tidak menangis, air mata tetap juga mengalir.

Afiq memandang wajah Liya yang sedang menitiskan air mata. Dia menarik nafas untuk menenangkan dirinya. Berat sungguh kakinya untuk melangkah pergi dari dewan ini. Dia tidak pasti apa yang ada di hatinya. Gembira atau sedih?

Matanya saat itu hanya terarah pada Liya yang sedang berjalan keluar dari dewan itu. Dia terduduk lemah sambil meraup mukanya. Apa yang aku buat ni?

Dengan lemah dia melangkah keluar mengosongkan kamar perbicaraan yang sudah lengang. Ahli keluarganya sudah lama keluar. Di luar, walaupun Abi tersenyum riang, namun ia gagal menceriakan wajahnya.

Jangan lupa vote dan komen

Akan ku pujuk hatimuWhere stories live. Discover now