Bab 29

4.7K 130 0
                                    


"Ishh geramnya aku...." Bebel Liya sambil berlari anak menuruni tangga setelah mendergar Angah menekan hon di luar rumah. Lalu dia melangkah keluar menghampiri kereta Angah.

"Kau ni Ngah tak reti bawak sabar langsung.." Liya masuk ke dalam terus dia memakai seatbeat.

"Bersiap mengalah tuan puteri.. lama bebenor.."Hanani mengalih pandangan kepada kakaknya di sebelahnya. Dia memerhati Along dari atas ke bawah. Walaupun bersiap ala kadar, kakaknya tetap cantik.

"Dah jom, tadi tak menyempat sangat.." ujar Liya geram.

Segera Hanani mengundurkan kereta keluar dari laman rumah. Terus dia menekan minyak membawa kereta meninggalkan perkarangan rumah.

~•~•~•~~•~•~•~•~•~~•~•~•~

"Kita buat apa datang sini? "Soal Liya sambil menutup pintu kereta.

"Ikut je lah, jangan banyak tanya boleh tak?" Laju sahaja Hanani menarik lengan Along untuk berjalan mengikut langkahnya.

Liya menarik nafas panjang namun dia tetap juga mengikut Angah masuk ke dalam sebuah butik.

"Long...tengoklah ni...cantik tak?" soal Alya teruja.

"Hmm boleh lah..." Hanani mencebik mendengar jawapan daripada mulut kakaknya. Diletaknya kembali baju tersebut lalu meliar sekelilingnya mencari baju-baju yang lain.

"Letih la Ngah! Jom lah balik" rungut Liya. Perutnya pun sudah berbunyi. Sudah hampir setengah jam mereka berada di butik pakaian ini. Sehelai baju pun tidak terbeli lagi.

"Alaa sabarlah Long. Kita baru je butik ni kan?..

"Long... yang mana cantik?" Hanani  menayang dua helai palazo warna pastel di hadapan pula.

"Dua-dua cantik." Liya memberi jawapan selamat

"Cakap lah betul-betul" Bentak Hanani.

"Betul lah.." ujar Liya geram.

"Jomlah makan Ngah.. lapar ni!"adu Liya sambil menggosok-gosok perutnya.

"Okeylah tunggu, nak bayar ni kejap.."

~•~•~~•~•~•~~•~•~•~•~•~•~•~

    AFIQ terkejut melihat adik sahabat baiknya meluru ke arahnya. Mereka saling membalas senyum.

"Dari mana ni?" tanya Afiq kepada Qira.

"Baru abih joging.."ujar Qira sambil tersenyum lagi.

"Duduklah dulu.." pelawa Afiq.

"Abang sihat?" Soal Qira.

"Alhamdulilah, macam ni lah Ira tengok ni lah.."

Qira menganguk. Dia melirik matanya ke wajah seorang anak kecil disebelah abang Afiq yang juga turut memandangnya. "Comelnya dia. Siapa nama?.." ujarnya sambil tersenyum manis ke arah anak kecil itu.

"Fayyad.." jawab Fayyad sepatah.

"Yad..salam kak Ira, sayang" suruh Afiq.

Qira menghulurkan tangannya. Senyuman terukir di bibirnya apabila tangan kecil itu menyambut tangannya. Kali pertama dia berjumpa dengan anak kecil ini ketika di kenduri kahwin kawan abangnya. Kini baru dia mengerti bahawa wanita yang menghulur untuk bersalam tempoh hari itu adalah bekas isteri abang Afiq. Ibu kepada anak kecil ini.

Akan ku pujuk hatimuWhere stories live. Discover now