Bab 18

4.9K 144 0
                                    


     AFIQ terasa rimas dengan bunyi telefon bimbitnya hari ni. Beberapa saat kemudian telefon bimbit itu berbunyi lagi ketika dia sedang menghirup kuah mee kari. Telefon bimbitnya diambil lalu ditutup dan menyimpannya di dalam poket seluarnya semula. Baru puas hatinya.

"Mengacau orang aje kerjanya, Orang nak makan pun tak senang" Omel Afiq dalam hati. Dia menyambung semula menghirup mee karinya.

"Sorry bro, aku lambat.." Tiba-tiba Khalid terpacul di hadapannya.

"Sampai pun kau.." ujarnya sambil meneguk air sirap. Terus jam tangan di lihat. Hampir sejam dia menunggu Khalil di sini.

"Kau off telefon ke?.." tanya Khalil pelik.

"Haaa. Aku terlupa nak on balik" jawabnya lantas mengambil telefon di dalam poket seluarnya. Terasa dunianya aman seketika. Kalau tak, pasti ada sahaja pesanan ringkas yang masuk.

"Patutlah aku call kau tak angkat tadi, ingat nak bgitau kau, aku ada hal kejap tadi. Tu yang aku lambat .."

"Soory la bro.." ujar Afiq.

"Kau nak makan apa?.." Tanya Afiq bersahaja.

"Macam biasa je lah.." jawap Khalil sambil mengibas-gibas bajunya tanda panas.

"Ane..!" Jerit Afiq. Terus pembantu kedai itu berpaling kepadanya.

"Teh ais satu, mee goreng basah satu.." Terus Ane itu mengangkat tangan sambil menganguk.

"Kau apa hal? Macam ada masalah je?" Khalil mula menjalankan soal siasat.

"Mana adalah," nafi Afiq seraya menghidupkan telefon bimbitnya. Sejurus kemudian, bertalu-talu bunyi pesanan ringkas masuk.

"Liya asyik call kan? Tu yg kau off phone? Kan?" tanya Khalil sambil tersengih-sengih.

"Mana kau tahu ni?" Ujar Afiq pelik.

"Hari tu aku tersempak dia dekat 7e, lepas tu dia mintak number kau, aku bagi je lah. "

"Asal kau bagi?.." Khalil hanya tersengih- sengih sambil mengangkat bahu.

"Kau tengok ni." Lalu Afiq menyua telefon bimbitnya kepada Khalil.

Khalil memandang skrin telefon bimbit sahabat baiknya yang tertera jumlah pesanan ringkas dan beberapa panggilan yang tidak berjawab.

"Sebab tulah aku tutup telefon. Asyik telefon aje. Rimas betul," rungut Afiq sambil membaca pesanan ringkas yang diterima satu demi satu. "Tengok ni, dia spam aku kat Whatapp, dah la berabang-abang bagai dengan aku. Geli aku," adu Afiq kepada Khalil.

Khalil tergelak kecil mendengar cerita itu. "Dulu aku tengok, boleh je kau dengan dia bersayang-sayang bagai. Dari zaman sekolah sampai nikah asyik berkepit je, sampai naik meluat aku"

"Dulu dia isteri aku, tapi sekarang dia tak ada apa-apa hubungan dengan aku dah, bro" balas Afiq.

Khalil tersenyum mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. "Kalau dengan orang lain boleh la kau tipu Fiq... tapi bukan aku lah. Kau dengan Liya aku kenal dah lama. Aku tahu lah bro, kau masih sayang dia kan?"

"Mana ada lah.." Afiq cuba untuk menafikannya. Terus dia menyambung semula suapannya yang tergendala tadi.

"Kalau kau tak sayang dengan dia, asal wallapper phone kau masih gambar kau dengan dia?" Afiq terdiam.

"Dah lah tu, buang je lah ego kau tu, cuba buka hati kau balik untuk Liya, maafkanlah Liya tu" Khalil cuba menasihati sahabatnya.

"Diam la kau, kau tak rasa apa yang aku rasa" Afiq kini menyandarkan tubuhnya di kerusi.

Khalil hanya mampu mengeleng kepala. Dia sudah bosan menasihati Afiq. Kalau dia memberi nasihat pun, bukannya sahabat baiknya ini nak dergar. Biarlah Afiq tentukan sendiri hala tuju hidupnya, dia sebagai sahabat hanya mampu memberi pendapat yang baik-baik sahaja.

Suasana hening seketika.

"Kau bila naik kapal pulak?.." Tanya Khalil sambil merenung sahabat baiknya.

"Bulan depan.." jawap Afiq sambil menyedut baki air di dalam gelas airnya.

"Kali ni berapa bulan pulak ?"

"6 bulan kot..." Jawab Afiq lemah. Kerjayanya sebagai Pilot Technician di atas kapal kargo memerlukan komitmennya untuk berlayar dalam jangka masa yang lama. Minatnya dalam bidang electrical dan hydraulics menyebabkan dia berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan perkerjaan ini dengan syarikat perkapalan.

"Kau tak sayang ke kat anak kau bro?Tinggal lama macam ni?.." kata Khalil sambil mengangkat kening.

"Gila tak sayang anak secomel anak aku tu" jawabnya bangga.

"Dah tu?.."

"Aku pun tak sangka Lil, aku akan ada anak lagi. Kalau dari dulu aku tahu, aku ada anak memang tak akan aku kerja ni.."  keloh Afiq. Sesekali dia meraup wajahnya yang nampak keruh itu.

"Ni pun baru seminggu aku tak jumpa anak aku, makan tak kenyang tidur tak lena dibuatnya." Seloranya.

"Tapi nak buat macam mana kan, contract aku ada lagi 2 tahun dengan company tu..Kalau boleh nak...

"Bizz! Bizz!" Tiba-tiba telefon di poket seluarnya bergetar.

"Kejap bro.."kata Afiq lalu dibawa langkah ke luar untuk mengangkat panggilan itu.

Akan ku pujuk hatimuWhere stories live. Discover now