"Liya! tunggulah saya..." Cepat-cepat sahaja Sufi berlari anak mengejar Liya di hadapannya."Depan tu lagi banyak lipan. Tak takut ke?" ketawa Sufi dapat menyakat Liya.
"Mana uncle?.." Yad mengalih dan terus berlari kearahnya. Melebur ketawa Sufi melihat reaksi Yad.
"Tuu..." sekali lagi Sufi sengaja menyakat mereka.
Terbuntang mata Liya mendengarnya.
"Mana....mana?.." Terus dia meliarkan pandangan ke sekelilingnya."Tu...." Liya berpaling ke belakang. Dia dapat merasakan Sir. Sufi cuba untuk mengenakannya kali ni.
"Awak jangan lah main-main." bergetar suara Liya sambil merenung tajam wajahnya.
"Okey-okey, saya mintak maaf?.." ujar Sufi sambil menahan gelak. Hatinya berdebar bila Liya menjeling tajam ke arahnya sebelum Liya melangkah pergi. Terhenti ketawanya. Matanya seakan terpukau dengan jelingan mata itu. Sehingga dia tidak terkata jadinya. Dia terkaku. Hanya hati yang mampu bersuara sedangkan lidah terus kelu.
~•~•~•~•~•~•~•~•~••~•~•~•~•~•~
Liya menarik nafas lega saat mendergar bunyi air yang mengalir di halwa telinganya setelah 15 minit mereka berjalan di trek di hutan ini. Dipegang tangan Yad lalu dilajukan lagi langkah. Saat itu terbentang di matanya air terjun yang sangat indah. Yang paling menariknya air sungai itu berwarna hijau pekat.
"Jom kita pergi dekat ma...." Ajak Yad menarik tangannya. Dia tersenyum melihat Yad menanggal kasut lalu berlari ke arah gigi air sungai itu dengan riang.
"Jangan pergi jauh sayang..." laungnya sambil tersenyum melihat keletah anaknya. Tambahan dengan suasana di sini amat menyegarkan. Sukar untuk dia mendapatkan ketenangan sebegini.
"Along..." laung Angah tiba-tiba. Dia menoleh ke arah belakang. Kelihatan Angah mengamitnya.
~•~•~•~•~•~•~•~•~•~~•~•~•~•~
SUFI hanya memerhati gerak laku Liya yang asyik menghidupkan baki bara api dari kayu dan arang untuk membakar ayam.
"Liya..." panggilnya membuat Liya berpaling. Liya memandangnya tanpa perasaan.
Liya mengeluh perlahan. "Asal mamat ni suka kacau aku hah?" omelnya dalam hati. Lalu dia pura- pura menyibukkan diri.
Sufi tersenyum nipis melihat tingkah laku Liya. Dia sudah biasa melihat sikap dingin Liya terhadapnya. Dia menghulurkan bekas kosong. Liya menyambut. Lama matanya tertumpu pada wajah kelat Liya yang menahan panas pada bara api.
"Awak marah saya lagi ka?.."tanya Sufi dengan teragak-agak pada Liya.
"Tak..." cakap Liya sepatah.
"Kalau macam tu, saya nak tolong boleh?" sekali lagi Sufi mencuba nasib untuk memancing perhatian Liya.
"Ayam dah nak masak. Lagi 2 minit awak angkat je lah..."ujar Liya malas sambil menghulurkan pengepit ayam dan bekas kepada Sufi.
"Long!..." jerit Hanani. Liya mengalih ke belakang.
"Sini! join kami makan.." ajak Hanani.
"Awak pergilah makan dulu..." celah Sir Sufi.
"Betul ni?.." Sufi menganguk lalu Liya melangkah ke arah Hanani.
Tidak sampai 15 minit dia duduk bersila di tikar, Yad menjerit memanggil.
"Mama.. mama sinilah kejap..." Yad menggamitnya yang jauh sedikit dari dia.
Sufi yang meletak bekas ayam, mengangkat kening kepada Liya sambil membawa pandangan ke arah Yad. Liya membalas dengan mengangkat bahu.
"Tak pa, biar saya pergi tengokkan Yad. Awak makanlah dulu" Terus Sufi mengatur langkah ke arah Yad di tepi sungai yang cetek itu. Dia tersenyum kecil. Dia menyinting lengan baju tshirt lengan panjangnya hingga ke siku. Kemudian menyinting seluarnya dan membuka kasutnya lalu berlari ke arah Yad yang seronok bermain air.
~•~~•~•~•~•~~•~•~•~•~•~•~~•~•
LIYA tersenyum melihat anaknya yang bergelak riang bermain air sungai. Matanya dari tadi lagi tidak lepas memandang Sufi melayan keletah anaknya. Saat itu juga Sufi memaling wajah ke arahnya sambil tersenyum. Tidak pernah lekang senyuman di wajah itu. Terus sahaja dia membalas senyuman itu.
"Aceh Long, main mata nampak?.." Hanani mengusik kakaknya. Dari tadi dia perasaan mata along tak lekang memandang Sir Sufi dan Yad.
"Apa yang kau merepek ni, Ngah?" Liya bengang lalu langkahnya dibawa ke bara api untuk mengangkat sosej.
Hanani mengikut langkah kakaknya. "Along sukakan Sir Sufi kan? Mengaku je lah."
"Apa kau ni Ngah? Tak ada maknanya along nak suka dia.."
"Tapi Sir Sufi suka along kan? Kan? Angah boleh nampak. Tak kan along tak boleh perasaan?"
"Malas nak layan kau ni Ngah..." Liya cuba mengelak. Cepat langkahnya di bawa ke arah batu-batu sungai yang besar.
Dia duduk di atas batu sambil memerhati Yad bermain air sungai. Ketenangan air sungai yang mengalir di sini begitu indah sekali sehingga tanpa sedar dia merendam kakinya dalam air sungai. Dia menunduk memandang kakinya. Terasa sejuk dingin apabila air membasahi kulitnya.
"Liya.." Terperanjatnya. Hampir sahaja dia terlepas telefon bimbit daripada tangannya mendergar suara garau di belakangnya. Perlahan dia menoleh ke belakang. Sir. Sufi tersenyum manis. Bibirnya membalas senyuman itu.
"Boleh saya duduk?.." Pada saat itu juga, tiba-tiba Sir Sufi melompat naik ke atas batu itu, berdiri di sebelahnya.
Dalam paksa dia menganguk."Nak air kotak?..." Soal Sufi.
"Boleh jugak..."
Terus Sir. Sufi mencabut straw yang melekat di belakang air kotak itu sebelum dibuang pembalutnya. Straw itu kemudiannya ditebuk pada penebuk air kotak lalu dihulur kearahnya. Teragak-agak dia menyambut.
"Terima ka..sih..." lalu dihirup air itu sambil matanya memerhati telatah Yad bermain air bersama Angah.
"Awak tak nak join Yad main air sekali ke?..."
"Tak naklah saya....."
Suasana sepi seketika.
"Yad dah berapa tahun?." Tanya Sufi tiba-tiba.
"Tiga.." jawab Liya sepatah.
"Tahun depan kiranya Yad dah nk sekolah lah kan?.."
"Haa tu lah.. rasa kejap je dia membesar.."
Sufi terdiam lagi. Terasa gementar berada dekat dengan Liya. Bermacam-macam soalan yang ingin ditanya sedang bermain di fikirannya. Namun lidahnya kelu untuk bersuara.
YOU ARE READING
Akan ku pujuk hatimu
RomanceMahligai indah Mariam Eiliya dan Afizul Afiq yang dibina atas dasar cinta, mula retak setelah kehilangan anak mereka. Maryam Eiliya menyalahkan suaminya atas kematian anaknya. "Kau tanya aku kenapa?, kau penyebab anak aku mati. Semua ni salah kau...