Liya tersenyum manis sambil menyarungkan tudungnya. Dia bangun perlahan-lahan mengambil tongkat di tepi katil. Ditutup pintu perlahan-lahan. Bimbang anaknya akan terjaga. Mahu sahaja dia cepat-cepat turun. Jauh di sudut hatinya sangat mengharapkan Afiq ada di bawah.Angah yang sedang merenungnya tidak dihiraukan lagi kerna hatinya saat ini tengah berbunga-bunga. Siapa tak suka apabila orang dirindui siang dan malam datang. Tak gitu?
"Pelan-pelan sikit jalan Long? Malam karang tak pasal sakit pulak kaki tu. Nanti siapa yang susah. Angah jugak.." bebel Hanani sambil memegang lengan kakaknya, membantu menuruni anak tangga.
"Siapa yang datang, Ngah? Abang Fiq kan?..." Soal Liya ceria. Sudah terbayang wajah Afiq yang tersenyum menampakkan lesung pipit yang selalu menjadi tatapan matanya.
"Bukan.." jawab Hanani serba salah. Bukan dia tak tahu, dari riak wajah along, dia amat yakin along sangat mengharapkan abang Fiq yang datang.
Liya mengeluh perlahan. Mukanya yang tadi tersenyum bertukar menjadi mendung semula.
"Dah tu siapa yang datang?..." Soal Liya lemah.
"Mak ayah abang Fiq...." jawap Angah perlahan.
Liya mengerut dahinya. Mak ayah abang Fiq? Bunyinya seperti ada sesuatu yang tidak kena?Ada hal apa bekas mertuanya datang? Mana Afiq pergi? Langsung tiada khabar? Tak rindukah Afiq kepada Yad?
"Ada hal apa mak ayah abang Fiq datang?" .
Angah mengangkat bahu tanda tak tahu. Terus perlahan-lahan dia melangkah menuruni anak tangga. Dia sudah tidak mampu menahan perasaannya dari mengetahui setiap soalan di mindanya.
Sebaik sahaja dia menuruni tangga terakhir, semua mata di situ memandangnya. Suasana di ruang tamu tiba-tiba sunyi sepi. Rasanya tadi telinganya terdergar abah dan bekas bapa mertuanya berborak. Entah apa yang tengah dibincangkan oleh mereka.
Tiba-tiba matanya terpandang lelaki yang memakai kot duduk di sofa membelakanginya. Dia mengerut dahinya, siapakah lelaki ini?
"Ummi....lama sampai.." Soalnya sambil tersenyum. Namun ummi hanya membalas dengan senyuman yang nipis. Terdetik di hatinya perasaan pelik.
Kakinya perlahan-lahan dia melangkah kearah bekas mertuanya, lalu dia menyalami tangan mereka. Dalam suasana kekok perlahan-lahan dia duduk di sofa kosong berhadapan dengan mereka. Abah yang duduk di sofa disisinya hanya menunduk seperti memikirkan sesuatu.
"Ummi, Abi sihat?..."
"Alhamdulilah sihat..." jawab ummi. Namun Abi hanya menganguk sahaja.
"cucu ummi mana Liya?..."
"tidur dekat atas..." Ummi menganguk.
"kaki Liya macam mana? Masih sakit?
Tiba-tiba Encik Fuad mencelah."Kurang dah sikit, abi.." Encik Fuad hanya menganguk. Langsung tidak membalas kata-kata Liya.
Dalam suasana kekok ibu muncul membawa air di dalam dulang. Lalu ibu meletakkan air yang sudah dituang di meja tengah antara sofa. Lalu ibu mengangkat cawan lalu diletak dekat dengan mereka.
YOU ARE READING
Akan ku pujuk hatimu
RomanceMahligai indah Mariam Eiliya dan Afizul Afiq yang dibina atas dasar cinta, mula retak setelah kehilangan anak mereka. Maryam Eiliya menyalahkan suaminya atas kematian anaknya. "Kau tanya aku kenapa?, kau penyebab anak aku mati. Semua ni salah kau...