Bab 57

7.8K 287 29
                                    

                
                Liya hanya duduk bungkam dan memandang ke luar tingkap kereta. Langsung dia tidak menoleh kearah Afiq. Dia tidak tahu apa yang mahu dibualkan dengan Afiq. Semenjak van ini bergerak, mereka hanya berdiam diri membawa perasaan masing-masing.

"Liya.."  panggil Afiq. Sengaja dia memanggil bagi memancing reaksi Liya. Kebisuan Liya membuatkan Afiq mengerling sejenak wajah itu. Macam tiada emosi sahaja.

"Liya!" panggilnya lagi.

"Ada apa lagi? Nak sangat drive van tu kan? Drive la diam-diam" ujar Liya dengan suaranya sedikit meninggi. Bengang benar dia apabila Afiq cuba memanggil namanya. Kalau ada benda nak cakap, cakap je lah. Tak perlu kot nak panggil-panggil namanya.

"Yalah. Yalah saya duduk diam.."ujar Afiq lembut bagi mengendurkan suasana tegang antara mereka.

Semakin sakit hati Liya mendengar Afiq menyanyi mengikut rentak lagu yang diputarkan di radio. Pantas penghawa dingin di dalam van itu sengaja dinaik suhunya.

"perlahanlah sikit icon tu... sejuk ni..." ujar Afiq memandang sekikas wajah Liya. Namun Liya tidak mengendahkannya. Lantas dia sendiri menurun semula suhu penghawa dingin di van ini.

Pantas Liya menaik semula suhu penghawa dingin itu. "Jangan nak memandai nak perlahan icon. Ni van abah saya.." balas Liya sambil menjeling tajam.

Ugutan itu tidak mengetarkan Afiq. Dia tersenyum sambil memandang Liya lalu dia memperlahan semula suhunya.

Liya mendegus melepaskan geram melihat Afiq seperti ingin mencabarnya. Terus dia memulas suhu penghawa dingin itu kepada empat.

Terjegil mata Afiq memandang reaksi Liya. Kalau dibiarkan lagi mungkin tertanggal pemulas penghawa dingin itu.

"Baju saya basah ni, Liya! Sejuk awak tahu tak? Perlahanlah sikit icon tu.." ujar Afiq dengan suara mengendur.

Terbit sedikit rasa kasihannya kepada lelaki itu. Dia mengalah juga, lalu dia memulas penghawa dingin tu ke suhu yang paling rendah. Namun seketika kemudian dia seperti mahu tergelak melihat Afiq memeluk tubuh sambil tergetar bibir apabila berhenti di lampu isyarat. Dia tahu Afiq sedaya upaya menahan sejuk.

Afiq menghela nafas perlahan sebelum matanya memerhatikan Liya sekilas. Mujur lampu isyarat di hadapannya lama. Boleh la berlama-lama sikit bersama Liya di van ini. Sambil itu dia asyik memikirkan apa yang harus dibualkan dengan Liya saat ini.

"Dah lama Liya berniaga di situ?.." Soal Afiq memecah kebisuan Liya saat ini.

"Dah dua minggu.."

"Err..

"saya sebenarnya risau Liya berniaga tepi jalan begitu...?" ujarnya Afiq sebelum kembali menumpukan perhatian pada pemanduan.

Afiq mengerling Liya di sebelahnya itu apabila tiada balasan kata-kata dari Liya. Malah Liya masih tetap diam sambil memandang ke arah tingkap. Malah Liya menjawab dengan tidak acuh sahaja.

"Bahaya Liya berniaga sorang begitu.." pancing Afiq lagi. Wajah Liya dipandang sekilas. Berdebar dadanya melihat wajah murung itu.

"Liya dah biasa dengan semua tu. Dari kecil ikut abah berniaga situ. Jadi Liya tahu nak jaga diri sendiri macam mana..." balas Liya, yang langsung tidak memandang wajah Afiq.

"Tapi tetap bahaya, Liya. Tambah Liya perempuan...."

"Berlambak je perempuan berniaga tepi jalan. Okey ja pun." pintas Liya geram dengan kata-kata itu. Namun dia masih mengawal suara dari meninggi.

"Saya cari kan kerja lain yer?.." ujar Afiq apabila langsung Liya tidak mengendahkan-nya.

Liya masih berdiam diri dari membalas. Kata-kata itu seolah angin lalu sahaja di telinganya. Tidak kuasa dia mahu membalasnya. Baginya bahaya itu ada mana-mana, walaupun di hadapan rumah sendiri.

"Ada degree, tak akan nak kerja situ?.." Darah Liya menyirap sejurus mendengar kata-kata yang keluar dari mulut itu. Matanya melolot tajam ke arah lelaki itu.

"Kerja? Degree? Apa masalahnya kalau saya ada degree? Hina sangat ka kalau saya berniaga!" balas Liya dengan suara meninggi sambil memandang tajam ke arah Afiq. Hatinya makin membara apabila Afiq berkata begitu.

Afiq terkedu sambil menelan liurnya menelan kesilapannya tersalah cakap. Terlajak perahu boleh di undur. Telajak kata mati lah kau.

"Kenapa diam? Salah ka saya cakap! " cabar Liya yang cuba mengajak Afiq bertekak dengannya.

"Oh Lupa pulak. Awak kan anak orang kaya? Tak pernah rasa susah. Lepas dapat degree, senang aja dapat kerja sebab ada orang dalam. Boleh kerja sesuka hati dan berhenti sesuka hati!" tambah Liya masih belum puas hati dengan kata-kata Afiq tadi. Tiada lagi kata panggilan abang kepada Afiq. Sudah ditukar kepada saya awak.

Afiq membisu tidak membalas. Dia tidak mahu memanjangkan bicara. Tak akan dia nak menyiram minyak di dalam api.

"Orang kaya kan boleh beli semua benda. Sebab berduit tak macam saya. Susah! Cari duit pun tepi jalan. Itu yang awak maksudkan?" Sindir Liya lagi melepaskan geram di hati. Wajah Afiq berubah mendengar kata-kata Liya.

"Apa Liya cakap ni? saya tak maksud begitu lah. Niat saya hanya nak membantu. Salah ka?" Saat itu nadanya sudah mula mengeras tanda kesabarannya sudah mula menipis.

"Awak tak ada hak nak masuk campur urusan hidup saya.."Jawapan Liya membuatkan Afiq menoleh dengan pandangan tajam. Kata-kata Liya benar-benar menghiris hatinya.

"Tapi Liya, awak ibu kepada anak saya. Jadi dah jadi tanggungjawab saya membantu."

"Tak payahlah. Saya boleh hidup dengan cara saya sendiri. Hidup awak, hanya tumpukan pada Yad. Tak perlu pedulikan saya. Anggap saya tiada" sindir Liya dengan penuh makna. Dia mahu Afiq mengerti yang dia memaksudkan yang dia sememangnya tidak mahu terkenang budi atau berhutang dengan apa-apa pun.

"Cukup selama ini saya lemah. Saya terlalu ikut perasaan sampai saya hilang abah...

Buat seketika suara Liya semakin perlahan. "Tapi, saya redha dengan apa yang jadi. Sebab semua benda yg jadi ini, ajar saya erti kuat. Jadi biarlah kali ini saya jaga Yad dengan kudrat saya sendiri. Biar Yad membesar dengan duit hasil usaha saya juga. Jadi tolonglah jangan pertikai apa yang saya nak buat"

"Dan awak jangan risau, saya akan berkerja keras untuk semua ni untuk kesenangan anak saya. Sebab saya tahu tiada dah orang yang akan pertahankan saya macam abah. Takkan ada lagi yang sebaik itu! "Luah Liya perlahan sambil menunduk memandang tangan.

Seketika kemudian Afiq mengangguk akur bersama keluhan perlahan. Dia memandang sekilas Liya sebelum membelok masuk ke perkarangan rumah. Dia dapat melihat ada air mata yang ingin mengalir di pipi Liya. Entah kenapa terbit rasa bersalahnya apabila terpandangkan air muka itu. Dia sedar dia banyak menyakitkan hati Liya.

Dia menarik handbrake perlahan setelah sampai di hadapan rumah. Pilu hatinya apabila terpandang air mata yang jatuh di pipi itu sebelum Liya keluar dari van. Hatinya mula berubah sayu, apabila teringat tentang arwah abah. Saat ini dia seakan teringat janjinya pada abah dahulu sebaik dia melafaz akad ingin menjaga Liya. Namun dia mempersiakan janji itu.

Bonus bab🥰 tanda terima kasih kepada reader ceta ini sebab sabar menanti konflik jalan cerita AKH. Thank you sooo much too you all

Akan ku pujuk hatimuWhere stories live. Discover now