Bab 10

6.6K 152 0
                                    


Sambungan....

AKU tersenyum panjang memandang wajah permata hatiku. Bayi lelaki yang kuberi nama Muhammad semakin hari semakin menunjuk perkembangan yang positif. Walau berbelas jam berlalu, aku tetap menunggu di sini.

Setiap hari aku mengagah diri ulang alik dari wad aku ke NICU. Walaupun di tegah oleh abah, aku tetap juga mahu menatap wajah anakku setiap hari. Nasib ada ibu, Angah dan Achik yang membantu. Kalau tidak, tak tahulah sekuat mana sisa kudrat yang aku ada.

Dulu ingatkan bila dah kahwin, tak akan susahkan parents dan adik beradik dah. Tapi selagi kita bernyawa, ahli keluarga kita tidak akan sanggup melihat kita susah. Mereka akan selalu menghulur tangan membantu. Selama kita hidup, kita akan sentiasa perlukan ibu & ayah. Entah tanpa doa mereka, macam mana lah kita. Hanya lafaz syukur di hatinya saat ini.

Tiba-tiba, saat itu Muhammad sedaya upaya untuk membuka matanya buat pertama kalinya. Terus tanganku menutup menahan tangis. Alhamdulillah! Terasa ingin sahaja aku sujud di lantai untuk melafazkan syukur. Air mata kegembiraan mula bercucuran membasahi pipiku.

Terketar-ketar jariku sewaktu mengusap anakku buat pertama kalinya, setelah doktor memberi kebenaran untuk menyentuh Muhammad melalui lubang incubator. Tapi dengan syarat tangan aku mesti dicuci terlebih dahulu dengan pencuci khas yang disediakan untuk mengelakkan Muhammad dijangkiti kuman.

Ku sentuh pula dahinya yang halus serta wajahnya yang jernih. Halus dan lembut sungguh kulitnya. Ingin sahaja aku mencium wajah anakku saat itu. Namun aku hanya mampu pegang dan elus tangan dan jemari Muhammad sepuas hatiku.

Saat itu Muhammad tiba-tiba memegang jariku dengan erat. Terpaku seketika aku di situ. Betapa gembiranya aku ketika itu. Kegembiraan yang sukar untuk aku ungkapkan! Benar-benar mengujakan walaupun Muhammad belum lagi di dalam dakapanku.

Aku satukan pandangan ku dengan Muhammad. Biar anakku tahu aku sentiasa ada dengan dia. Saat itu juga aku mula jatuh hati pada Muhammad dengan hanya pandangan pertama, naluri keibuan aku mula bercambah. Begini rasanya perasaan seorang ibu. Tidak dapat aku gambarkan kerna terlalu indah.

Aku lihat setiap inci tubuh kecil anakku ini, rambutnya yang lebat, kening yang terbentuk halus, bibir yang nipis dan bulu-bulu halus yang jelas kelihatan. Subhanallah, terlalu sempurna anugerah Allah ini pada ku. Senyuman mula terukir di wajahku.

"Esok mama dah boleh keluar hospital. Sayang mama cepat sihat ye.. Nanti kita balik rumah kita ye..." Aku terasa bahagia boleh berbual dengan Muhammad. Anakku seperti mengerti apa yang aku katakan. Aku tidak pernah berhenti berdoa kepada Ilahi agar diberi kesempurnaan kesihatan kepada Muhammad dari sehari ke sehari untuk meneruskan kehidupan bersamaku.
•~•~•~•~•~•~•~•~~•~•~•~•~•~~•~•~

Keesokannya, saat aku bangun dari tidur tiba-tiba nafasku terasa sesak. Luka jahitan di perut juga terasa berdenyut-denyut sehingga membuatkan tubuhku mengigil menahan sakit. Entah mengapa aku terasa diriku terlalu lemah. Hendak bangun pun terasa seksa. Aku tidak terdaya untuk melawat Muhammad seperti biasa. Saat itu aku hanya mampu pejamkan mata buat seketika.

"Along..." Kedengaran suara halus ibu mengejutkan aku dari lena. Ku kerling jam yang tergantung di dinding kamar wad itu. Jam 3.00 pagi. Seharian aku tidak sedarkan diri.

"Kenapa bu?" Soalku lemah.

"Muhammad...."

Akan ku pujuk hatimuWhere stories live. Discover now