"Along..." Liya tersentak. Kelekaannya mengelamun terganggu dengan pekikan Angah."Eh Angah masuk bilik orang tak reti nak bagi salam atau ketuk pintu ke? Main sergah je" Marah Liya dengan geram. Lalu diambil bantal atas katil, dan dilemparkan ke arah Angah, tetapi angah sempat mengelak.
"Hahaha...jangan la marah, rilex lah" ujar Hanani sambil ketawa. Bantal yang dibalingnya kepadanya tadi, dipeluk erat.
"Diam la Ngah..Yad tengah tidur ni" ujarnya sambil tangannya menepuk bahu Yad perlahan.
"Bila kau balik Ngah? tak dergar pun bunyi enjin kereta pun" soal Liya pada Hanani.
"Mana nak dergar kalau along asyik mengelamun je" perli Hanani sebelum duduk dekat atas katil.
"Aduh, letihnya" ujar Hanani sambil merebahkan badannya di sebelah Yad.
"Awal Yad tidur?" tanya Hanani perlahan. Tangannya membelai-belai rambut anak saudaranya dengan lembut.
"Hrmm.." jawab Liya malas.
"Along okey tak ni?" Liya mengangguk perlahan.
"Betul ke? Angah tengok macam tak okey je" Soal Hanani ingin tahu.
"Cerita la dekat Angah, mana tahu Angah leh tolong" desak Hanani lagi.
"Tak ada apa la. Dah pergi tidur dalam bilik kau Ngah" ujarnya sambil menolak badan Angah.
"Kejap la" ujar Angah sambil mengalih badannya kearahnya semula.
"Along cuti berapa hari?" Soal Hanani
"Aku dah berhenti keja lah Ngah..! Masalahnya sekarang ni ibu dgn abah tak tahu lagi" jelas Liya kepada adiknya.
"Along ni suka berahsia, Esok along bagitahu abah.. mana tahu abah boleh tolong" Hanani memberi cadangan kepada alongnya.
"Tengok lah macam mana nanti" jawab Liya malas.
"Along nak buat apa lepas ni?"
"Entah lah.." Liya mengesot punggung turun dari katil.
"Dah keluar....Along nak ke dapur"Dia menarik tangan Angah bangun dari katil dan menolak angah keluar dari biliknya.
•~•~•~•~•~•~•~•~~•~•~•~•~•~~•~•~MARIAM EILIYA mengatur langkah ke dapur pula. Terasa perutnya berbunyi dan meminta untuk diisi. Ketika hendak ke dapur, dia perasan lampu dekat halaman rumah terbuka. Selalunya bila ada orang datang je kami pasang lampu. Pelik juga. Perasaan pelik itu mendorong dia untuk menjenguk ke halaman rumah.
Kakinya mati dari teruskan langkah. Berhati-hati dia berdiri dibalik dinding yang menapak ke dinding yang memisah ruang dalam rumah dengan halaman rumah. Achik dan ibu berbual di meja bulat. Oleh kerana mereka membelakanginya, jadi mereka tidak menyedari kehadirannya.
Dia cuba memasang telinga apa yang dibualkan ibu dan Achik itu. Bukan niatnya hendak menyibuk tetapi perasaan ingin tahu mendorong dia melangkah ke arah mereka.
"Along dah balik duduk sini kira baik tu ibu. Ibu tak boleh nak paksa along buat perkara yang dia tak suka. Dia dah besar panjang bu..pandai la dia fikir apa yang terbaik untuk dia dengan anak dia"
Aku terdengar nama aku terselit dalam berbualan mereka menyebabkan aku tak meneruskan langkah mendekati mereka. Ni mesti tak lain tak bukan tengah buka topik pasal aku. Dengar ajelah. Aku nyorok belakang pintu.
"Tapi sampai bila along nak jadi janda. Kalau along kahwin lain adalah orang nak tanggung makan pakai dia dengan Yad..." ujar ibu
"Along berkerja bu.. Achik tengok, along mampu ja sara diri dia dan Yad. Lagipun, setiap bulan abang Fiq masukan nafkah Yad dalam account along" Achik cuba membela aku.
"Itu ibu tahu, Tapi dengan hidup sekarang ni, semuanya perlukan duit. Kalau along kahwin tak perlu susah fikir nak cari duit..duduk rumah jaga keluarga"
"Sementara sihat ni boleh la achik fikir macam tu...nanti kalau sakit siapa nak jaga. Ibu dengan ayah bukan boleh hidup selamanya?" Sambung ibu lagi.
Aku terkelu di sebalik dinding. Memang itu ibu aku. Setiap kata mesti ada maksud tersirat walaupun begitu, hatinya lembut selembut kerak nasi bila direndam di air.
"Memanglah, ibu. Tapi, dah along tak nak apa boleh kita buat. Lagipun masa depan dia di tangan dia. Kita memang boleh merancang untuk dia. Tapi, dia yang tentukan apa yang dia nak dalam hidup dia"
"Haihh! Macam-macam anak aku ni. Aku kata itu, dia kata ini. Ni mesti along ada mengadu apa-apa ni."
Alamak, ibu sudah menaruh syak wasangka! Dan sudah sahlah syak wasangkanya tidak pernah tidak tepat. Ibu kan seorang ibu. Punyai naluri yang sentiasa tepat apatah lagi soal anak-anaknya.
"Achik jumpa along baru-baru ni" Jawab Achik. Memang betul pun tekaan ibu, kalau aku ada masalah, Achik orang pertama aku cari. Dialah adik lelaki aku yang sangat memahami aku.
"Haa..tengok"
Kemudian mereka diam seketika. Aku jengukkan sedikit kepala ke luar. Masing-masing sedang menikmati air dalam cawan.
"Biarlah ibu tolok peminangan lelaki itu nanti" ujar ibu yang kelihatan kecewa sambil meletakkan cawan ke atas meja.
"Ibu kenal ke siapa lelaki yang nak kan along tu" Ibu menganguk.
"Siapa?" Achik bertanya
"Lukman. Kawan along masa sekolah menengah dulu. Bila ibu tengok kesungguhan dia, ibu percaya Lukman, budak yang baik dan dia mampu jaga anak ibu nanti.
"Dia tahu tak status along?" Ibu menganguk lagi.
"Ibu tak sampai hati nak menolak lamaran dia, Chik"
"Takpa la bu, nanti achik cuba cakap dengan along"
Aku lihat wajah ibu kelihatan sayu. Ya, aku tahu wajah ibu suram dan sayu. Aku dapat melihatnya meski dari sudut sisi.
"Ibu nak yang terbaik untuk anak-anak ibu. Kalau boleh ibu nak.... "
Aku tersandar di dinding. Lutut aku terasa lemah namun aku kuatkan juga kaki aku untuk terus berdiri. Air mata yang mengalir aku biarkan ia terus mengalir. Tiada daya untuk mengesat air mata.
Aku tidak betah lagi untuk mendengar apa-apa. Perut yang lapar sudah tidak terasa lagi. Aku terus berlari memanjat tangga. Pintu bilik aku kuak dan terus meloloskan diri. Setelah menutup pintu, aku terus menghenyakkan punggung ke atas katil.
Bingkai gambar yang terletak di meja sisi katil aku capai. Potret hari nikah aku bersama Afiq menghiasi bingkai gambar. Aku membawa bingkai gambar tersebut ke dalam dakapan. Tangisan yang sudah sedia terhambur, makin lebat membasahi daerah pipi. Tubuh yang lelah aku baringkan ke atas katil bersama Fayyad. Perlahan-lahan mata aku terkatup.
YOU ARE READING
Akan ku pujuk hatimu
RomanceMahligai indah Mariam Eiliya dan Afizul Afiq yang dibina atas dasar cinta, mula retak setelah kehilangan anak mereka. Maryam Eiliya menyalahkan suaminya atas kematian anaknya. "Kau tanya aku kenapa?, kau penyebab anak aku mati. Semua ni salah kau...