Bab 6

6.9K 200 0
                                    


"Manalah adik ni? Tak nampak batang hidung pun. Biasanya waktu-waktu macam ni dah balik" Puan Aishah membebel. Kepalanya terteleng-teleng menunggu kelibat adik di pintu pagar.

"Kejap lagi balik dia tu. Ada study group agaknya" Liya cuba untuk menenangkan ibunya.

"Yalah agaknya. Ibu nak ke dapur kejap" ujar Puan Aishah sambil bangun ke dapur. Tiba-tiba sebuah kereta masuk di dalam perkarangan rumah. Angah keluar dari kereta itu.

"Awal balik.." tegur Liya pada Hanani yang tiba-tiba masuk dan terus duduk keletihan di sofa.

"Hrmm"  Jawap Hanani ringkas.

"Siapa hantar kau balik Ngah, kereta kau mana?"

"kawan.." jawab Angah sambil mata terpejam.

Liya memandang wajah dan hidung Angah yang kemerah-merahan menahan sakit. "Kau demam ke Ngah, dah pergi jumpa doktor?" Liya menyoal prihatin.

"Dah..." jawab Hanani lemah.

"Long, nak mintak tolong sikit boleh tak?" Tanya Hanani dengan lemah.

"Apa benda?"

"Petang esok along tolong ajar anak murid angah main bola jaring boleh tak?"

"Asal kau tak ajar je? Kenapa along pulak?"

"Tolong la kejap " Muka Hanani tercebik-cebik hendak terbersin. Cepat-cepat dia menutup hidungnya dengan tisu.

"Boleh la Long...boleh lah.." Rayu Angah padanya.

"Alaa along duduk rumah bukan buat apa pun..please!!" Rayu Angah lagi. Liya hanya menganguk. "Ye lahh.."

"Makan tak lagi ni?" Soalnya Liya prihatin.

"Tak ada seleralah Long" jawab Hanani sambil menguap.

"Jab, Along buatkan bubur" tutur Liya simpati. Lalu dia membawa langkah ke dapur.

"Ngah, ibu panggil" Liya melaung dari arah dapur.

"Ngah..." jerit Liya. Namun, tiada sahutan daripada Angah. Dia menjenguk dan kemudian mengeleng bila melihat adiknya sudah terlena di sofa.
•~•~•~•~•~•~•~~•~•~•~•~•~~•~•~•

SUFI merenung gadis di hadapannya. Sejuk betul hatinya memandang seraut wajah itu. Wajah yang seiras cikgu Hanani. Dia memandang lagi kakak cikgu Hanani. Cantik!. Gadis itu tengah meneguk air botol. Jantung berdegup-degup saat ini. Kenapa jantung berdegup?

"Hai!.."Liya mengerut dahinya. Aku kenal dia ke? Dia menyoal di dalam hati sendiri. Dia hanya diam membisu dan tidak menjawab teguran lelaki itu.

"Saya nak minta maaf dekat awak pasal tadi. Anak murid saya tak sengaja tersepak bola terkena awak" Liya hanya menganguk.

Sufi tersenyum dan melepaskan nafas kelegaan kerana wanita di hadapannya tidak menunjuk reaksi hendak marahkannya.

"Awak kakak Cikgu Hanani kan?" Sufi membuka bicara, memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Liya hanya menganguk.

"Er... hmm... siapa nama awak?" Lelaki itu menyoal dia lagi. Liya mengerutkan dahinya lagi.

"Perlu ke tahu?" Kelihatan kerutan jelas tergambar pada seraut wajah lelaki itu mendergar jawapan yang keluar dari mulutnya. Sekejap sahaja lelaki itu mula mengukirkan senyuman semula.

"Amboi garangnya..." Sufi mengomel di dalam hatinya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Hon kereta mengejutkan mereka. Kereta Ariz berwarna putih, berhenti di hadapan pintu pagar utama sekolah. Liya berpaling ke arah bunyi tu. Lalu dia bangun, lantas mencapai beg kasut dan dia terus mengorak langkah tanpa menoleh ke belakang lagi.

Sufi menghantar dengan pandangan. Dia mengukirkan senyuman walaupun dia tahu gadis dihadapnya seolah-olah tidak suka akan kehadirannya di situ. Tangan kirinya memegang dadanya sendiri. Debaran di dada sudah beransur kurang berbanding tadi. Entah kenapa dia macam terjatuh hati pada pandang pertama! Mengarut betul!
~•~•~•~•~•~•~•~~•~•~•~•~•~~•~•~•

Tanpa membuang masa, Liya masuk ke dalam kereta adiknya. Dia membawa pandangannya ke arah tempat duduk belakang. Dia tersenyum melihat Yad tertidur sambil memeluk robot mainannya.

"Along kenal ke?" Soal Hanani tiba- tiba.

"Siapa?" Soal Liya balik sambil memakai seatbelt.

"Tu..."Mulut Angah dimuncungkan ke arah Sir Sufi. Liya menoleh ke luar tingkap lelaki itu masih memerhatinya. Tidak menyangkanya matanya bertembung dengan mata lelaki itu.

"Tak.." jawabnya dengan malas sambil matanya mengalih semula ke arah phone di tangganya.

"Berborak macam lama kenal je?" Seloroh Angah sambil tangannya menurunkan brek tangan dan lantas, meneruskan pemanduan.

"Tak dak maknanya, Dah Along nak tidur kejap, nak sampai nanti bagitahu" Balas Liya perlahan sebelum memejamkan matanya.

"Keja tidur je kau Long" Bebel Hanani sendirian.

Akan ku pujuk hatimuWhere stories live. Discover now