Bab 50

6.6K 269 39
                                    


Liya leka memerhatikan hujan yang turun melalui tingkap biliknya yang sedikit terbuka. Suasana biliknya kian gelap menandakan langit berubah gelap menanti senja. Bunyi titisan-titisan air hujan amat mendamaikan hatinya. Sayup-sayup azan maghrib dari surau berdekatan rumahnya, terdengar syahdu sekali beriringan dengan suara rintikan air hujan.

Dia tersentak saat terdengar bunyi petikan suis lampu. Dia bagaikan tersedar dari lamunan yang panjang. Tertutup matanya menerima cahaya lampu yang tiba-tiba menerangi biliknya. Mungkin kerana matanya lama menangis membuatkan ia terasa pedih.

"Kenapa duduk dalam gelap ni, Long?..." kedengaran suara abah menegur. Terus dia mengalih pandangan ke arah suara abah. Kelihatan abah berkopiah, berbaju melayu dan berkain pelikat tersenyum menghampirinya.

"Dah solat mahgrib ke belum ni?.." Soal Haji  Hanif sambil duduk di hujung katil anaknya.
Saat itu matanya memandang tepat ke wajah murung anaknya. Anaknya hanya menunduk. Menggeleng lemah.

"Kenapa lambat kan solat, Long?..." Liya tetap menunduk wajah tanda salah. Matanya sudah kabur dek air mata yang masih tidak jemu mahu mengalir. Haji Hanif hanya mampu menggeleng lemah.

Haji Hanif menahan air mata dari jatuh apabila melihat keadaan anaknya yang begitu lemah itu. Dia hanya merenung wajah anak kesayangannya, bagaimanalah caranya hendak menghapuskan luka di dalam hati anaknya? Kalau boleh dia hanya mahu melihat anaknya bahagia dan tersenyum. Bukannya menangis dan bersedih hati sehingga lupa tangungjawab kepada Allah.

"Long... percaya lah cakap abah, bila kita jaga solat. Allah sayang kita. Allah akan ada selalu dengan kita. Allah akan jaga kita di dunia dan di akhirat....." Lembut Haji Hanif menasihati anaknya. Dia faham dengan perasaan anaknya tetapi dia tidak boleh biarkan anaknya hanyut bersama kesedihan.

"Bila kita solat ni, Long. Kita seperti memperbetulkan hidup kita. Tapi kalau cuai dalam solat. Sebenarnya kita sedang menghancurkan hidup kita. Dalam hadis Nabi SAW, orang jaga solat, Allah jaga rezekinya. Tapi kalau solat seseorang tak sempurna, suka lambatkan solat, tinggalkan solat. Allah tak berkatkan hidupnya..." Nasihatnya lagi.

"Pada zaman Nabi dahulu, ada kisah sahabat Nabi, Saidina Ali mengambil hamba yang amat menjaga solatnya. Nabi Muhamad SAW berkata jagalah dia dan jangan sakitinya. Nabi Muhmmad SAW pernah berkata, hati orang yang solat ni, hatinya dalam jagaan Allah. Menyakiti orang solat, umpama menyakiti Allah. Kerna Allah istihar orang menjaga solat, orang itu di bawah jagaanNya. Jadi orang yang menjaga solat, Allah dengar doanya..." Haji Hanif bersuara lagi. Namun masih tiada balasan yang keluar daripada mulut anaknya.

Wajah anaknya yang tertunduk dipandang dengan rasa sayu. Namun dia tahu anaknya mendengar nasihatnya.

"Along solat lah yer. Minta lah. Merintih lah depan Allah, Long. InshaAllah Yad ada dalam jagaan Allah. Tiada jagaan lebih hebat, lebih berkuasa melainkan jangan Allah SWT. Kalau Yad dalam jagaan manusia, kalau Allah berkehendaki yang lain. Pasti akan terjadi. Tapi kalau Allah yang jaga. Apa lagi nak risau? Allah yang jaga. Sebab seluruh dunia ni Allah yang memiliki. Jadi Allah yang akan menjaga kita. Allahuakhbar! Jadi tiada siapa yang boleh apa-apakan anak Along. Sebab yang berkuasa hanyalah Allah SWT...." 

Bibir Liya seakan terkunci. Kata-kata abah tadi bagai mengerti apa yang dia rasa saat ini. Terus dia mengangkat wajah memandang mata abah. Terus abah mengangguk menjawab pertanyaan hatinya saat ini.

"Allah beri ujian hanya pada hampaNya yang mampu sahaja. Kalau orang itu sabar dengan ujian itu, Allah akan sayang hambaNya. Tapi bila orang itu tidak reda dengan ujian itu, Allah akan murka. Kita sedang di uji oleh Allah Yang maha Penyayang, Pengasih, Pemaaf segala dosa hambaNya. Allah akan dergar segala luahan kita, Long. Berdoalah Long. Doa itu kekuatan kita. Kita sebagai hamba yang lemah, kita perlu pimpinan Allah SWT supaya kita tak salah langkah. Sebab itu kita perlukan pertolongan Allah SWT"

Liya hanya terdiam. Dia hanya mendengar nasihat abahnya dengan lidah kelu. Hatinya terasa sayu mendengar suara abah seakan-akan menahan sebak. Hanya air mata yang meluahkan apa yang dia rasa saat ini.

"Kalau kita susah. Minta pada Allah. menangis lah sepuas-puasnya. Jangan fikirkan masalah itu. Hanya dekatkan diri kepada Allah. Allah akan dengar rintihan, along. Merayu lah bersungguh-sungguh.."

"Sebab tu kita kena yakin tiada apa yang berlaku selain apa yang ditentukan oleh Allah.  Apa yang berlaku di dunia bukan perancang abah, Along. Tapi perancang Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT sebaik-baik perancang. Allah tentukan. Itu sahaja akan terjadi. Macam tu juga rezeki, ketenangan, kebahagian. Tiada siapa boleh beri melainkan Allah. Yang boleh beri kita tenang, bahagia, gembira. Hanyalah Allah SWT. Selain dari Allah, kita tak boleh dapat bahagia, ketenangan jiwa yang selama ni along cari.

"Sebab itu hati kita, kebergantungan kita, harapan kita, hanya lah kepada Allah SWT. Jangan ada sedikit pun syak. Atau pun prasangka buruk kepada Allah SWT. Sebab itu sebelum kita nak tenang, bahagia, kita kena banyakan diri dengan Allah. Kena jaga solat. Solat awal waktu. Banyakkan sujud kepada Allah SWT..." nasihat Haji Hanif lagi.

Saat Liya hanya mampu mengangguk. Kudrat terasa lemah. Nasihat abahnya amat menusuk hatinya. Kesedaran mula muncul di benaknya. Namun dia tidak mampu mengeluarkan suara.

"Along kena ingat ni, Apa pun yang terjadi. Abah tetap ada dengan Along. Along kena kuat yer..." ujar Haji Hanif perlahan. Air mata yang ditahan menitis jua. Namun cepat-cepat dilap. Dia tahu anaknya marah sebab dia memberi kebenaran kepada Afiq untuk mengambil Yad. Dalam seminggu ini anaknya ini langsung tidak keluar bilik. Makan pun tidak. Bercakap pun tidak. Risau dibuatnya.

"Makan lah, Long. Abah risau along macam ni, jangan lah terus macam ni. Makanlah sikit," pujuk Haji Hanif sambil melihat nasi dan lauk yang diletak kan di meja sisi anaknya. Liya hanya mengangguk. Haji mengeluh perlahan. Perlahan dia bangun keluar dari bilik anaknya.

Liya membiarkan abah keluar dari biliknya begitu sahaja. Hati masih lagi tidak kuat. Dia perlu masa lagi untuk bersendirian.

Bab last💤


Sis gurau je😅 bab last untuk part Liya yang lemah. Lepas ni akan muncul perwatakan Liya yang lebih kuat💪🏻 Siapa boleh agak apa yang akan terjadi?😌 Jangan lupa vote dan komen😊

Akan ku pujuk hatimuWhere stories live. Discover now