LIYA menarik nafas lalu ditutup mata, ingin biarkan angin membawa rasa beban di hatinya. Angin yang bertiup lembut di tengah padang, sudah cukup membuatkan hatinya berasa damai dan tenang. Biarlah dia tenang dahulu menikmati keadaan ini kerna dia tahu keadaan setenang ini tidak lama.Matanya dibuka perlahan. Bola di tangannya di lantun sebelum menjaringkannya. Namun bola itu terkena besi di jaring itu. Terduduk dia di tengah padang itu. Fokusnya tiba-tiba hilang. Dia mengeluh perlahan. Fikiran masih terngiang-ngiang lagi pertanyaan Yad, sebelum dia keluar rumah tadi.
"Yad rindu papa la mama, leh tak nak jumpa papa, mama suruh la papa datang sini"
Permintaan itu sering meniti di bibir Yad walaupun ditegah. Tidak pernah dia melihat anaknya seceria ini. Pangilan papa tidak lekang keluar dari bibir anaknya. Yad bagaikan begitu ketagih dengan pangilan itu.
Dia tahu betapa rindunya Yad pada Afiq. Tapi kenapa Afiq masih tidak faham-faham lagi? Kalau benar dia sayangkan anaknya, kenapa tak jenguk anak dia? Bukan dia tak tahu rumah abah dengan ibu dekat mana? kalau sibuk pun seminggu sekali tak boleh ke? kenapa perlu beri harapan palsu kepada Yad? Dia mengeluh perlahan. Puas sudah dia meghubungi Afiq. Langsung Afiq tidak mengangkatnya. Otaknya saat ini bercelaru. Dia harus lakunya sesuatu.
Terus dia bangun lalu bola getah di tangannya dilantun-lantun semula. Tiba-tiba bola yang dilantun tadi dirampas.
"Nak join sekali boleh?.." Soal Sir Sufi sambil tersenyum kearahnya.
"Bagilah balik bola tu.."
"Cubalah ambil balik kalau tere!" ujar Sir Sufi, melantunkan bola sambil tersenyum kearahnya.
"Ishhh!" Dia mengejar Sir Sufi.
Sufi berlari secara mengundur sambil melantun bola. Bibirnya tak lengkang dengan senyuman.
"Kenapa tak balik lagi? Lewat dah ni.." Soal Liya sambil cuba merampas bola itu dari tangan Sir Sufi, namun tidak berjaya.
"Saya ada hal sikit tadi.." Sufi cuba mengelak bola dari diambil oleh Liya.
"Awak pulak kenapa masih ada dekat sini?.." Soal Sufi lalu dia berhenti melantun bola.
"Tunggu cikgu Hanani?.." Teka Sufi. Liya mengeleng.
"Saja.." jawab Liya bersahaja.
"Tak elok lah awak duduk sini sorang-sorang.." ujar Sufi sambil melantun bola semula. Terus dia pusing ke belakang lalu dia membuat flying over dari jauh. Terus bola itu masuk dalam jaring.
"Yes..." jerit Sufi apabila dia berjaya membuat satu jaringan.
"Ishh.." Liya mengetap bibir apabila Sir Sufi berjaya menjaringkan bola.
"So, let see. Who the winner here!" Liya melipat lengan tangannya sebelum merampas bola di tangan Sir Sufi.
"She too pretty'. Desis hati Sufi. Terasa hatinya berbunga melihat reaksi Liya di hadapannya.
"Sir Sufi.." panggil Liya sambil melibas tangannya di muka Sir Sufi. Dahinya berkerut. Dah kenapa Sir Sufi ni?
"Ya.." Sir Sufi mengawal riak muka terkejut apabila dia tersedar dari mengelamun. "malunya mana nak letak muka ni" omelnya dalam hati bila dia ditangkap mengelamun.
"Awak mengelamun lah sampai esok, Saya nak balik" kata Liya selamba.
Dia menahan diri dari tersenyum melihat muka Sir Sufi merah kerana menahan malu.Sufi menepuk dahinya. "Buat malu ja.." Omelnya lagi dalam hati.
Liya terus berpaling dan melangkah meninggalkan Sir Sufi yang terpinga-pinga. Dia mengambil beg kasutnya dan botol air di tepi padang.
"Dah nak balik ke?..." Suara itu mengejutkan Liya yang berkhayal jauh. Terus Liya menoleh ke arah belakang.
"Ha.." jawab Liya sambil mengeluarkan selipar dan memasukkan kasut sukan pula ke dalam begnya.
"Liya.." panggil Sufi.
"Yaa.." sahutnya sambil mengambil air botol lalu duduk di kerusi di hadapan nya. Lalu diteguk air itu. Tekaknya terasa sangat dahaga dek matahari yang panas memancar kearahnya.
" Selalunya cuti...awak.." terhenti Sufi dari bersuara apabila melihat Liya sibuk mencari sesuatu di dalam beg galasnya langsung tidak mengedah pertanyaannya. Sehelai tuala dikeluarkan oleh Liya lalu dilap dahinya yang berpeluh.
Kelihatan dahi Liya berkerut apabila cahaya matahari memancar pada wajahnya. Sufi dengan spontan menghalang cahaya itu dengan tubuhnya.
"Thank.." ujar Liya sambil tersenyum nipis.
"Ha? Apa awak tanya tadi?.." Baru kali ini Liya fokus kearahnya.
"Selalunya awak cuti minggu, awak buat apa?.."
Kenapa?.." soal Liya pelik.
"Sa.. ya nak ajak awak keluar makan boleh tak?.." ajak Sufi dengan teragak.
Liya tersenyum memandangnya. "Boleh... Tapi ajak adik saya sekali" duga Liya.
SUFI mengeluh mendengar jawapan dari Liya. Air liur yang ditelan juga terasa pahit. "Kalau kita keluar berdua tak boleh ke?.." Laju Liya mengeleng. Terasa kecewa Liya menolak pelawaannya.
"Kalau tak ada apa-apa? Saya balik dulu.." ujar Liya lalu bangun terus berlalu ke kereta.
Sufi menganguk lemah. Matanya masih mengiringi langkah Liya. Bukan mudah untuk dia memikat hati gadis itu.
YOU ARE READING
Akan ku pujuk hatimu
Storie d'amoreMahligai indah Mariam Eiliya dan Afizul Afiq yang dibina atas dasar cinta, mula retak setelah kehilangan anak mereka. Maryam Eiliya menyalahkan suaminya atas kematian anaknya. "Kau tanya aku kenapa?, kau penyebab anak aku mati. Semua ni salah kau...