Bab 1

2.2K 76 6
                                    

Tangan dihadapannya disambut lembut Dan dikucup lama. Terasa kepalanya disentuh lembut lelaki itu. Momen-momen itu turut dirakam ileh jurukamera yang diupah.

Humaira mengangkat kepalanya. Saat itu , dahinya pula menjadi sasaran bibir seorang lelaki yang baru sebentar tadi sah menjadi suami yang halal baginya.

Puan Sri Amina hanya melihat dari sisi sambil tersenyum. Lega melihat cucu kesayangannya itu akhirnya bersatu dengan pilihan hatinya.

***

Humaira menolak pintu bilik air setelah selesai Mandi. Badannya hanya dilitupi dengan baju Mandi singkat paras betis. Rambutnya seakan-akan menggoda apabila diikat sanggul tinggi Dan hanya membiarkan beberapa anak rambut yang terjuntai. Dia sengaja berjalan dihadapan Zayn yang sedang duduk diatas sofa dengan singlet putih dan tuala dipinggangnya.

" pergilah Mandi. " ucap Humaira.

Zayn menelan airliurnya melihat isterinya sebegitu. Walaupun dia bergaul dengan kawan-kawannya yang selalu menjadikan pusat-pusat hiburan sebagai runah mereka , tapi dia tetap tidak pernah terpalit dengan ajakan-ajakan yang akan merosakkan diri daripada rakan-rakannya.

Humaira berjalan kearah almari untuk mengambil bajunya. Dia terpandang akan suaminya yang memandangnya dari atas hinggalah kebawah.

" kenapa awak pandang saya macam tu? " soal Humaira pelik.

" kau Cuba nak goda aku ke apa? " soal Zayn yang masih duduk.

" awak tergoda ke? " Humaira tersenyum sinis sambil mengangkat-ngangkat keningnya. Dia mengenyitkan Mata lalu terus berpaling.

Sedang Humaira ingin mengelap rambutnya , tubuhnya terus ditarik lalu kembali berpaling mengadap suaminya. Humaira terkejut. Matanya membulat memandang suaminya. Zayn mendekatinya manakala Humaira pula semakin kebelakang sehinggalah tubuhnya bersandar pada dinding serta dipagari oleh Zayn.

Mata Zayn menikam kedalam matanya. Sebelah tangannya berada di dinding manakala sebelah lagi menyentuh lembut bibir Humaira. Muka Humaira mula gelisah saat wajah Zayn semakin mendekatinya. Apabila bibir itu hampir mendarat dibibirnya , matanya segera ditutupkan.

Setelah seketika , dia langsung tidak dapat merasakan ciuman itu. Dia terus membuka Mata. Wajah Zayn masih kaku memandangnya sambil tersenyum.

" kenapa takut? Bukan tadi kau goda aku ke? " Zayn menyoal.

Humaira sudah terdiam.

" lain Kali jangan buat kalau tau takut! " ucap Zayn lalu menepuk dinding disebelah Humaira. Bahu isterinya terenjut kerana terkejut.

Zayn tersenyum sendiri lalu terus berlalu kebilik air. Melihatkan Zayn yang sudah masuk kedalam bilik air , Humaira terus menarik nafas lega.

Semuanya yang dilakukannya bersebab. Sejujurnya , dia bukanlah seorang yang terlalu terbuka sebegini. Menggoda seorang lelaki yabg baru sahaja bergelar suaminya. Atau lebih lagi menggoda seseorang yang baru sahaja dia kenali.

Humaira termenung sendiri. Benarkan APA yang dilakukannya ini?


Bagi sikit dulu nohh. Maaflah kalau bosan yang first2 ni.

I Love You , ForeverWhere stories live. Discover now