Jam menunjukkan pada pukul 8 pagi, dengan langkah perlahan Zayn menuruni tangga untuk kedapur. Saat dirinya semakin menghampiri dapur, dia terdengar suara Humaira. Zayn terus melajukan langkahnya kedapur untuk melihat keadaan sang isteri itu.
Humaira terus-terusan mengeluarkan segala isi dalam perutnya. Tekaknya berasa sungguh tidak selesa.
" Maira... Awak okay ? " soal Zayn sambil menggosok-gosok belakang Humaira. Sungguh risau lihat keadaan isterinya itu. Humaira tunduk lalu mengumur-ngumurkan mulutnya. Saat diangkat, wajah dan bibirnya begitu pucat. Humaira menarik nafas panjang lalu mengangguk bagi menjawab persoalan Zayn itu.
Zayn mengambil satu cawan lalu menadahkan air untuk isterinya itu. Cawan itu disambut Humaira lalu diteguk sedikit.
Setelah meletakkan cawan itu, Zayn membawa Humaira kebiliknya. Didudukkan isterinya itu dibirai katil. Rambut Humaira yang sedikit basah itu ditolak kebelakang. Saat Zayn hendak melangkah untuk mengambil minyak angin diluar bilik, pergelangan tangannya dipegang Humaira. Dengan serta merta, langkah Zayn terhenti.
" jangan tinggalkan saya... " pinta Humaira lembut. Zayn terdiam. Niatnya bukanlah untuk.meninggalkan Humaira.
" Zayn... Tolonglah. Saya betul-betul tak larat. " pinta Humaira lagi. Zayn melepaskan pegangan tangan Humaira.
" ye. Saya keluar kejap je. Awak baring dulu okay. " ucap Zayn.
Humaira mengangguk lalu membenarkan Zayn keluar. Dia berbaring setelah kelibat Zayn hilang dari pandangan mata.
Saat keluar, Zayn terlihat akan kelibat Puan Faridah. Dia tidak tahu hendak bagaimana. Puan Faridah yang perasan akan Zayn mula mendekatinya.
" buat apa dalam bilik perempuan tu ? " soal Puan Faridah. Zayn terdiam. Dia harus menunjukkan rasa bencinya kepada Humaira.
" tak buat apa. " jawabnya ringkas sambil berjalan.
Puan Faridah hanya mengangguk.
" tadi dengar bising-bising. Muntah-muntah. Siapa ? " soalnya lagi. Zayn diam.
" perempuan tu ke ? " sambung Puan Faridah. Dengan perlahan, Zayn mengangguk.
" lepastu kamu nak buat apa ni ? "
" tak buat apalah Maksu. Dahlah Zayn nak naik atas ni. " suara Zayn mulai berubah. Kakinya mula mendaki tangga untuk ke tingkat atas.
Humaira mengebil-ngebilkan natanya yang terasa berat. Kehadiran Zayn masih jua belum tiba. Akhirnya dia terlelap sendiri.
***
Zayn mundar-mandir didalam biliknya. Dia hendak menemani Humaira, dia hendak memicit kepala isterinya itu. Dia hendak ada disamping Humaira namun tidak dengan pengetahuan Maksu.
Hampir setengah jam berlalu, Zayn terdengar bunyi enjin kereta lalu terus menarik langsirnya melihat keluar jendela. Kelihatan kereta Puan Faridah yang berundur keluar dari pagar. Dengan segera, Zayn mencapai minyak angin yang sudah dipegang dari tadi lalu turun ke tingkat bawah.
Ketika diruang tamu, langkahnya sekali lagi terhenti apabila melihat kelibat Puan Faridah diruang tamu.
" pergi mana Zayn kalut-kalut ni? " soalnya lagi. Zayn menarik nafas panjang.
" bukan Maksu keluar ke tadi? " soal Zayn pelik. Puan Faridah menggeleng. Dia menyatakan bahawa tadi Farah yang meminjam keretanya.
" Maksu ni sangsi lah. Kamu ni masih ada hati dengan perempuan tu ke macam mana? Kamu jangan buat gila Zayn. Kamu macam taktau Maksu ni macam mana. " ucap Puan Faridah dalam nada yang agak perlahan.
Tanpa mereka sedar, Humaira baru sahaja melangkah keluar dari ruangan dapur. Dia cuba mendekati mereka dengan gelas yang masih berada ditangannya.
" mana ada Maksu. Tak mungkinlah Zayn boleh suka dengan perempuan macam tu. Maksu sendiri tahu kan nenek yang paksa Zayn kahwin dengan dia. Zayn terpaksa buat semua tu demi mewarisi harta nenek je. Itupun sekarang ni dia pregnant. Terpaksalah Zayn berlakon masih sayangkan dia. " ucap Zayn penuh angkuh.
Humaira terdiam. Tangannya yang memegang gelas tadi terlucut jatuh ke lantai. Cawan itu terbelah dua. Mulutnya tak mampu mengeluarkan apa-apa kata. Airmatanya dengan serta merta bertakung.
Zayn dan Puan Faridah sama-sama berpaling. Zayn terkaku. Jantungnya tiba-tiba sahaja berdebar hebat. Dia terus kesebalik dinding untuk melihat gerangan itu.
" Maira... " panggil Zayn perlahan. Lamunan Humaira tiba-tiba mati lantas terus menunduk mengutip sisa kaca yang jatuh tadi.
Zayn tahu Humaira mendengar kata-katanya tadi.
" Maira... Macam mana awak boleh ada dekat sini ? " soalnya dalam gagap.
Humaira diam. Airmatanya cuba ditahan sebaik mungkin. Dia menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara.
" ouh saya nak pergi tengok tv tadi. Tapi terlanggar pulak kerusi ni tadi. " balasnya yang masih menunduk. Puan Faridah sudah tersenyum sambil menyilang tangan.
Usai membuang segala kaca, Humaira terus masuk kedalam biliknya. Belum sempat pintu itu kembali ditutup rapat, airmatanya berjujuran keluar tanpa dipinta. Teresak-esak suara tangisannya.
" awak jahat Zayn! " marahnya. Airmatanya tak henti-henti mengalir.
Airmatanya tak henti-henti mengalir.
" ummii.... " rengek Humaira. Dia memeluk tubuhnya sendiri. Dia sungguh tidak mempunyai siapa-siapa. Nenek dan Zahirah pula pulang kekampung untuk perubatan nenek. Sudah hampir 2 bulan mereka berjauhan. Sungguh dia kini sendiri.
****
Zayn kaku. Dia langsung tidak tahu membuat apa. Dia mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri.
" macam mana kau boleh cakap macam tu Zayn. Bodohnya kau ni. " ucap Zayn sendiri. Hatinya kini menyimpan seribu satu permasalahan.
Dia tekad. Harini dia akan menceritakan segalanya kepada Humaira.
YOU ARE READING
I Love You , Forever
RandomCinta bukanlah seusuatu yang boleh dipaksa. Cinta hadir dari sudut hati yang paling dalam. Cinta hanya mampu dirasa oleh hati dan jiwa yang turut bercinta. Mencintai dan dicintai adalah perkara yang paling membahagiakan. Bagaimana pula kalau bahagi...