Bab 17

552 29 4
                                    

Humaira mengutip pen yang terjatuh saat dia berlari ke tandas sebentar tadi. Ramai pekerja mula gembira setelah Zayn pulang dari cutinya yang lama. Zayn memerhatikan Humaira melalui dinding kaca yang memisahkan mereka itu. Dapat dilihat perut isterinya itu yang semakin membesar.

Humaira memicit kepalanya yang terasa pening. Badannya sungguh lemah ketika ini. Tekaknya begitu loya.

" anak mama. Anak mama kenapa ni sayang ? Mama ada kerja ni baby. " ucap Humaira sambil menggosok perutnya.

Zayn yang memerhati tersenyum manis.

" akhirnya saya dapat tengok perut awak membesar Maira. " ucap Zayn lembut. Dalam masa yang sama , dia juga risau akan kesihatan Humaira. Sejak dia tahu Humaira mengandung , hatinya tidak senang duduk. Dia mahu memeluk dan mencium isterinya. Namun egonya lebih menguasai diri.

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Humaira mencapai kunci keretanya yang berada diatas meja. Dengan langkah longlai , Humaira menolak pintu bilik officenya. Dapat dilihat Zayn yang sedang memerhatikannya. Humaira memasuki pintu lift. Saat pintu lift hampir tertutup , ada seseorang menahan pintu dari luar. Zayn terus masuk kedalam perut lift bersama Humaira.

Humaira hanya diam tanpa bicara. Dia sungguh tidak larat. Penat. Selang setengah jam , dia asyik ke tandas sahaja harini. Lunch juga Humaira tidak keluar. Tanpa dia sedar , mata Zayn tidak henti-henti memandang kearahnya. Jelas riak diwajahnya risau melihat keadaan Humaira sebegitu.

Saat hitungan lift berada pada tingkat 1 , tanpa sengaja , kunci kereta yang berada ditangan Humaira terjatuh.

Dengan perlahan , Humaira menunduk untuk mencapai kunci tersebut. Belum sempat kunci itu dicapai , Zayn terus mengutipnya.

Humaira menghulurkan tangan untuk mengambil kunci tersebut.

" balik dengan saya. " ucap Zayn tegas.

" saya boleh balik sendiri lah Zayn. Sakit kepala sikit je. " balas Humaira. Mengerti apa yang dimaksudkan Zayn.

Tangannya yang dihulur tidak bersambut. Dengan serta merta jari jemari Zayn menggenggam erat tangan Humaira itu.

Pintu lift terbuka di parking basement.

" sakit macam ni nak bawak kereta sendiri ? Nanti kalau apa-apa jadi , saya pulak kena repair kereta awak ? Ke banyak dah duit nenek bagi ? " balas Zayn. Kaki mula melangkah meninggalkan lift.

Tidak mahu pertengkaran berlaku , Humaira memilih untuk diam meskipun hatinya terasa.

Humaira tidak mampu mengikuti langkah Zayn yang begitu laju.

" Zayn.. Boleh tak awak jalan slow sikit. Saya dah tak larat ni. " pinta Humaira pada Zayn. Zayn turut menurutinya. Humaira melentokkan kepalanya dibahu Zayn. Zayn pula memimpin Humaira masuk kedalam kereta.

****

Kerusi Humaira disandarkan sedikit kebelakang. Dalam keadaan jammed tadi , Humaira sudah terlena didalam kereta. Kereta diparking dihalaman rumah. Zayn memandang kearah Humaira yang sudah lena diulit mimpi itu. Seatbelt yang menekan perut membulat itu ditanggalkan. Rambut yang tertutup sebahagian dahi Humaira diselitkan kebelakang telinga dengan perlahan-lahan. Tangannya jatuh lalu mengusap perut itu.

" anak papa.. Kenapa anak papa susahkan mama harini ? Anak papa janganlah nakal-nakal sayang. Sian mama tadi. Papa risau tau tak ? Bagilah mama rehat ye jap lagi.  " bicara Zayn lembut. Sungguh seronok hatinya dapat mengusap perut memboyot itu.

Tangannya dialihkan pula ke bibir pucat Humaira. Diusap perlahan bibir itu.

" maafkan saya Maira. Saya masih perlukan masa. Maaf papa juga sayang sebab anak papa jadi mangsa keadaan. " baru sahaja bibir Zayn hendak mendarat diatas dahi Humaira , Humaira mula menunjukkan tanda yang dia akan sedar. Zayn terus membetulkan posisi duduknya.

" bangunlah. Kita dah sampai. " ucapnya mendatar.

Humaira menggeliat perlahan. Dilaraskan kerusinya seperti kedudukkan biasa.

Humaira menatap wajah suaminya itu. Sungguh dia rindu akan senyuman yang pernah terukir untuknya dahulu.

" turunlah. Ke nak suruh saya bukakkan pintu ? " perli Zayn.

Humaira tersentak.

" ouh sorry. " ucap Humaira. Kakinya laju mengatur langkah keluar dari kereta. Zayn hanya memerhati gerak isterinya itu.

*******

Kebiasaan hari jumaat , Humaira akan pulang kerumahnya bersama Zayn untuk mengemas rumah tersebut. Kadang-kadang dia akan ditemani oleh Zahirah atau Puan Linda. Namun ada juga masa dia datang sendirian.

Zayn yang sudah tahu hala tuju Humaira mula mengekori kereta isterinya itu. Namun kereta Humaira bukan menuju jalan pulang kerumah mereka. Ianya menuju ke jalan bandar.

Humaira memakirkan keretanya berdekatan pintu masuk Tesco. Troli dicapai lalu dia terus meloloskan diri kedalam pasaraya tersebut. Tanpa Humaira sedar , Zayn mengekorinya dari belakang.

Humaira pergi kearah barang mandian. Dicapainya shampu rambut , sabun badan , ubat gigi , pencuci muka serta barang-barang keperluan yang lain.

" aik! Maira dah tak suka masuk watsons ke macam mana ? " soal Zayn sendiri. Tak pernah-pernah Humaira beli barang peribadinya di pasaraya seperti ini.

Humaira pergi pula kearah bahagian barangan dapur. Diambil seguni kecil bawang kemudian buah-buahan seperti epal , pear dan lemon.

Humaira pergi pula ke tempat barangan basah. Hati Zayn mula gelisah. Risau Humaira akan tergelincir atau tersalah langkah.

" nak kenalah Ira ni. Yang dia tak pergi teman kakak ipar dia ni kenapa. Dia tau kan Maira pregnant. Aduh sayang.. Hati-hati sayang licin. " dengus Zayn sendiri.

Setelah menghabiskan hampir satu jam setengah didalam pasaraya , Humaira keluar dengan menolak kesemua barangan yang dibelinya menggunakan troli.

Satu persatu barang dipunggah masuk kedalam bonet kereta.

Hati Zayn meronta-ronta untuk menolong Humaira. Dapat dilihat dahi Humaira yang berpeluh , tangannya yang sesikit ketar mengangkat barangan berat. Namun rentak kakinya lebih mengikut egonya.

" sian akak tu. Pregnant tapi sorang-sorang beli barang dapur. Mintak dijauhkan lah aku dari suami yang takdek timbang rasa waktu isteri pregnant ni. "

Zayn tersentak. Dipandangnya dua orang gadis yang sedang lalu bersebelahannya. Mata gadis-gadis itu larik memandang Humaira.

" kan. Teman isteri beli barang rumah kot. Berkira. Entah-entah bini dia checkup pun tak pernah teman. "

Zayn menjeling kearah dua gadis itu. Namun ada benar juga apa yang dikatakan mereka.

" bisinglah diorang ni. Pergilah tolong angkat. Memekak je lebih. " monolognya sendiri.

******

" mana Humaira ni nak pergi ? " marah Zayn sendiri. Sudah hampir dua jam dia memandu mengekori kereta Humaira.

" dahlah jalan hutan-hutan macam ni. Buat jadi apa-apa kan payah. Dia tak tahu ke bahaya bawak kereta sorang-sorang tempat macam ni. " sambung Zayn lagi.

Entah pedalaman mana yang Humaira pergi. Sudah hampir dua jam pun masih belum sampai lagi. Dahlah talian handphone tiada. Kemudahan seperti kedai-kedai pun tiada. Yang ada cuma gerai-gerai tepi jalan.

Humaira masuk kedalam satu simpang jalan. Disitu hanya terdapat satu rumah kampung dengan halamannya yang luas. Ada pula satu kereta kelisa yang terparking elok disitu bersama sebijik motor kriss lama.

Saat kereta Humaira berhenti , seorang wanita lingkungan usia 50-an keluar.

Dan dari situ , Zayn sedar. Dia tertinggal satu perkara tentang Humaira.

I Love You , ForeverWhere stories live. Discover now