Zayn menghirup kopi yang disediakan Zahirah itu. Zayn termenung sendiri walaupun dihadapannya kini ada berbagai-bagai pokok bunga yang ditanam Puan Linda.
Sedang dia leka dengan suasana itu , satu pesanan diaplikasi whatsapp masuk kedalam smartphonenya.
Maksu tunggu dekat cafe tepi 7e ni. If you tak datang dalam masa 10 minit. You tau apa yang akan jadi pada Maira nanti.
Belum sempat kopi dicawan itu sejuk sepenuhnya , Zayn terus mencapai kunci keretanya lalu menuju ke cafe itu.
***
Kerusi ditarik lalu Zayn terus melabuhkan punggung dikerusi berhadapan Puan Faridah.
" nak apa sebenarnya ni ? " marah Zayn.
" kau tau tak apa yang aku boleh buat dekat bini kau tu ? "
Zayn menjelingnya tajam.
" kau jangan berani sentuh dia! " suara Zayn mulai meninggi. Jarinya ditunding kemuka Puan Faridah.
Puan Faridah mentertawakan Zayn.
" kau ugut aku ? Anak aku sendiri pun aku bunuh. " balas Puan Faridah.
Zayn membulatkan matanya.
" kau memang setan! " balas Zayn. Tidak berdiri lama disitu , Zayn terus mengangkat kaki pulang.
*flashback*
10 tahun sebelum Puan Hanim bernikah dengan Razak....
Puan Faridah membelai wajah lelaki yang dihadapannya kini. Apabila lelaki itu menggeliat , tubuh lelaki itu terus dipeluknya erat. Begitulah hidupnya sehari-harian selepas pemergian ayahnya.
Bagi mereka , 2 hari tidak berjumpa seolah-olah seperti 3 bulan. Percintaan dari zaman sekolah ini dibawa hinggalah keharini. Perasaan cinta semakin lama semakin utuh dihati Puan Faridah sehingga dia sanggup meninggalkan pelajarannya dibidang kejururawatan semata-mata mengikut Razak ke tempat baru. Sedangkan dia tahu Razak tidak mempunyai apa-apa termasuklah wang ringgit. Tapi disebabkan cinta , dia sanggup mengabaikan semua itu.
Mereka tinggal berduaan dibilik sewa yang agak sempit. Gaji Puan Faridah yang membantu menyusun buku di kedai alat tulis itu tidaklah sebesar mana. Makan pun cukup-cukup sahaja. Inikan pula bilik sewa mereka yang sudah 3 bulan tertunggak. Namun disebabkan cinta dia mengaburkan matanya. Dia yakin yang Razak akan berubah suatu hari nanti.
Puan Faridah runsing. Dia terus memeriksa diklinik kerana haidnya sudah lewat beberapa minggu. Dia gusar , Razak pula sudah hampir seminggu tidak pulang ke rumah.
Setelah memeriksa di dirinya di klinik kerajaan , Puan Faridah disahkan hamil 4 minggu. Dia menangis memikirkan nasib dirinya sendiri. Malam dimana Puan Faridah mendapat tahu yang dirinya sedang berbadan dua , dia terus memberitahu Razak.
Sangkanya Razak akan merubah perangai dan menikahinya. Tapi sangkaan itu terpesong. Dia disepak dan dimaki untuk menggugurkan kandungannya itu.
" abang nak jadi pembunuh ke ? Tolonglah bang kahwin dengan Ida. Abang tak sayang Ida ke ? " rayu Puan Faridah. Kaki Razak dipeluk erat.
Puan Faridah bertegas tidak mahu menggugurkan kandungannya. Razak akhirnya akur dan berjanji ingin mencari kerja supaya dapat menanggung mereka sekeluarga.
Hari berganti hari , bulan berganti bulan. Sejak hari Razak mengetahui benihnya berada didalam kandungan Puan Faridah , dia tidak lagi pulang kerumah mereka. Perut Puan Faridah juga sudah semakin kelihatan. Puan Faridah terpaksa memulakan hidup barunya. Dia kembali pulang kerumah ayahnya lewat malam tanpa pengetahuan sesiapa. Rumah yang sudah agak lama ditinggalkan kosong. Dengan berbekalkan apa yang tersisa oleh ayahnya , Puan Faridah menanggung diri. Setelah perutnya mulai jelas kelihatan , Puan Faridah tidak lagi keluar dari rumah itu.
9 bulan berlalu dan tiba masanya Puan Faridah melahirkan. Dia merasakan perutnya mulai memulas kesakitan. Kerana ianya merupakan kelahiran pertama dan tanpa sebarang bantuan , Puan Faridah tidak tahu yang itu tanda-tanda melahirkan.
Dia terus masuk kedalam bilik air. Diteran dan diteran sakitnya masih belum hilang. Puan Faridah bangun dari duduk mangkuk tandas itu , dia meneran lagi dan barulah dia sedar bahawa kepala bayinya sudah separuh keluar. Puan Faridah terus meneran lagi dan lagi.
Selang seminit selepas itu , kedengaran bunyi tangisan bayi. Keadaan menjadi tegang. Puan Faridah menyambut anaknya yang masih berdarah itu dibalut bayi kecil itu dengan sehelai kain batik yang sudah sedia ada disitu.
Tidak tahu hendak melakukan apa , puan Faridah terus menukar pakaiannya. Diletakkan bayi itu didalam sebuah beg , Puan Faridah terus keluar menuju kerumah besar dihujung kampung. Pasangan dirumah itu sudah 3 tahun berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Puan Faridah menekan loceng rumah itu berkali-kali , diletakkan anak yang baru dilahirkannya itu dihadapan pagar. Puan Faridah pergi setelah melihat ahli keluarga rumah itu berkumpul dihadapan rumah mereka.
5 tahun berlalu , anak yang ditinggalkan itu semakin membesar. Dan dengan berkat menjaganya , isteri kepada tuan rumah itu akhirnya berbadan dua. Farah adalah anak kepada Dato Hassan dan Datin Zuraidah. Hana pula merupakan anak Puan Faridah yang ditinggalkan olehnya 5 tahun dahulu.
Semakin Hana dan Farah membesar semakin itulah kuranngnya perhatian diberikan kepada mereka oleh Dato Hassan dan Datin Zuraidah. Dato Hassan dan Datin Zuraidah masing-masing sibuk dengan perniagaan sendiri hingga segala keperluan Hana dan Farah disediakan oleh pembantu rumah mereka.
Pada umurnya 18 tahun , akhirnya Hana tahu yang dia merupakan anak angkat kepada orang tuanya. Perasaan kecewanya membawa dirinya lari jauh dari keluarga. Walaupun Dato Hassan dan Datin Zuraidah tidak membezakan kasih sayang mereka namun hatinya tetap hancur. Dan disitulah bermulanya perjumpaan dirinya dengan Zayn. Hana dan Zayn mula bersulam cinta ditempat maksiat.
Cukup sampai sini semua! Sikit-sikit dulu eh! Muah ! Cukup 30vote baru kita update next bab. Muah !

YOU ARE READING
I Love You , Forever
RandomCinta bukanlah seusuatu yang boleh dipaksa. Cinta hadir dari sudut hati yang paling dalam. Cinta hanya mampu dirasa oleh hati dan jiwa yang turut bercinta. Mencintai dan dicintai adalah perkara yang paling membahagiakan. Bagaimana pula kalau bahagi...