Sebulan berlalu , Zayn dan Humaira juga telah menjalani kehidupan harian mereka dengan biasanya.
Humaira berjalan kearah mesin fotostat. Dia membuat salinan sebanyak 20keping untuk mesyuarat sebentar lagi.
" Puan Farisha.. Encik Zayn panggil. " ujar salah seorang pekerja yang lalu dibilik itu.
" sekarang ? "
Pekerja itu hanya mengangguk menandakan iya.
" kejap ae. Saya nak siapkan ni dulu. "
" nak saya tolong ke ? " wanita itu mulai melangkah namun dihalang Humaira. Katanya biar dia buat seorang supaya nanti tidak tercari-cari.
****
Pintu bilik kayu itu diketuk sebelum ditekan tombolnya untuk masuk.
" Encik Zayn panggil saya ? " soal Humaira setelah berdiri dihadapan meja Zayn.
Zayn mengangkat sebelah keningnya memandang Humaira. Bibirnya mulai menguntumkan senyuman.
" sejak bila ni ? " soalnya dalam tawa yang perlahan.
Riak wajah Humaira berubah pelik.
" sejak apa , apa ? "
" yelah. Sejak bila berencik-encik dengan saya ? "
Humaira senyum.
" kita kat office Encik Zayn. Sekarang awak bos saya bukan suami saya. " jelas Humaira. Lama sangat ke dia ni cuti sampai lupa memang panggilan tu dari dulu macam tu. Ouh lupa. Dulu mana pernah beri perhatian kan ?
Zayn ketawa.
" dah. Dah. Ni kenapa panggil ni ? " soal Humaira kembali serius.
" kalau ye pun. Duduk dulu boleh tak ? " arah Zayn. Dengan serta merta , Humaira menarik kerusi duduk dihadapannya.
" cepatlah Zayn. Saya tak settle banyak benda lagi ni. Jap lagi meeting dengan orang atas pulak. " Humaira hentak kakinya perlahan menandakan geram.
Zayn ketawa kecil melihat perilaku isterinya itu.
" taklah. Saya nak tanya. Kan pagi tadi awak mengadu sakit kepala. So dah okay belum ni ? " soalnya lembut.
" okay dah. Sakit sikit-sikit je. Tak macam pagi tadi dah. " balas Humaira ringkas. Sudah dipaksa Zayn untuk ambil cuti , tapi Humaira berkeras. Dia tidak mahu kerana harini merupakan hari penting. Mesyuarat harini wajib untuk dia hadir.
" betul ni ? " soal Zayn lalu bangun dari duduknya. Kakinya diatur kearah Humaira. Kerusi Humaira dipusingkan supaya menghadapnya. Kedua-dua belah tempat letak tangan kerusi digenggam. Tubuhnya ditunduk sedikit berada lebih dekat dengan wajah Humaira.
Humaira mengangguk.
" betul ni ? " Zayn mengangkat keningnya lagi. Jantung Humaira mulai berdebar-debar. Wajahnya semakin mendekati Humaira. Tidak tahan dengan degupan itu. Tangan Humaira lantas menahan dada Zayn dari mendekatinya.
" Zayn.. Kita kat office. " ucapnya ringkas serta merta mematikan gerakan Zayn.
Zayn tersenyum melihat pipi Humaira yang mulai kemerahan itu. Humaira bangun dari duduknya.
Humaira membetulkan rambutnya supaya kelihatan kemas.
" Maira kalau rasa tak sihat bagitahu tau. " ucap Zayn risau.
" iye.. Boleh tak jangan risau. Saya okaylah. " balasnya rimas. Kaki segera diatur untuk kembali mempersiapkan peralatan untuk mesyurat sebentar tadi.
YOU ARE READING
I Love You , Forever
RandomCinta bukanlah seusuatu yang boleh dipaksa. Cinta hadir dari sudut hati yang paling dalam. Cinta hanya mampu dirasa oleh hati dan jiwa yang turut bercinta. Mencintai dan dicintai adalah perkara yang paling membahagiakan. Bagaimana pula kalau bahagi...