Humaira ditolak kedalam wad kecemasan. Dia tidak henti-henti menangis sejak dari tadi. Sakitnya bukan main-main. Zaynlah tempat dia mengadu dari tadi. Sambil stretcher itu ditolak sambil itulah dia menangis. Tangan Zayn juga digenggam kuat.
" sakit awak.. " adunya dengan lelehan airmata.
" tahan Maira tahan. Sikit je lagi awak.. " pujuk Zayn lembut. Kakinya laju melangkah mengikuti pergerakkan stretcher itu.
Zayn duduk dikerusi menunggu sambil menggenggam kedua-dua belah tangannya. Dalam hatinya tidak henti-henti mendoakan isterinya itu. Hatinya gusar. Takut. Jatungnya berdegup kencang. Setelah hampir sejam menunggu perkhabaran Humaira , seorang doktor muncul diruangan itu.
" siapa suami kepada pesakit yang bernama Farisha Humaira ? "
Zayn mengangkat kepalanya. Sambil mulutnya menjawab sambil kakinya melangkah.
" boleh saya tahu perjalanan Puan Farisha harini bagaimana ? Sebab Puan Farisha nampak begitu lesu dan penat. Kakinya juga lebam dan bengkak. " doktor mulai mengambil tahu setiap gerak geri Humaira.
Zayn juga menceritakan segala yang berlaku harini. Dari awal sehingga tadi.
" okay. Macam ni lah encik Zayn. Kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan bayi encik , tapi kami tak berjaya. Puan Farisha keguguran. " ucap doktor itu perlahan.
Zayn membulatkan matanya.
" Humaira mengandung ? " soalnya perlahan.
Doktor itu mengangguk.
" kandungan isteri encik dah memasuki usia hampir 4 minggu. Saya nasihatkan supaya isteri encik banyakkan berehat dirumah ye. Mungkin Puan Farisha boleh keluar esok atau lusa terpulang kepada rawatan susulan nanti. Ianya kerana beliau kehilangan banyak darah akibat kelewatannya tiba dihospital. " jelas doktor itu panjang lebar.
Zayn terduduk. Rambutnya diraup kebelakang. Kepalanya disandarkan kedinding itu. Mulutnya tak henti-henti memanggil Humaira. Dia rasa begitu serba salah sekali. Kalaulah dia tak ajak Humaira untuk pergi hiking. Pasti semua ini takkan berlaku.
****
Zayn menolak pintu bilik itu lalu masuk kedalam. Dilihatnya wajah Humaira yang pucat terbaring itu. Tangannya yang dicucuk jarum lalu disambungkan dengan air. Kerusi disebelah Humaira ditarik perlahan-lahan supaya tidak menanggu lenanya. Airmatanya mulai bertakung dimata.
Perut Humaira ditatap lama. Perlahan-lahan tangannya diletakkan diatas perut itu kemudian diusap perlahan.
" papa minta maaf sayang.. Papa tak sempat nak jumpa baby. Papa minta maaf sebab tak jaga mama elok-elok okay ? " airmatanya mulai mengalir perlahan.
Tangannya dinaikkan pula mengusap rambut Humaira. Bibirnya mendarat didahi wanita itu.
" saya minta maaf awak. Sebab saya kita hilang baby kita. " ucap Zayn perlahan.
Humaira mulai menunjukkan tanda-tanda yang dia akan sedar. Matanya dibuka perlahan-lahan. Zayn menatapnya lembut. Humaira senyum nipis.
" Zayn.. Badan saya sakit-sakit. " adu Humaira lemah. Rembesan airmata Zayn semakin laju. Humaira menjadi pelik.
Dia menongkatkan tangannya untuk bangun. Tanpa berkata apa , Zayn membantu tubuh itu untuk duduk. Humaira memberi ruang sedikit kepada Zayn untuk turut duduk diatas katil. Dia memegang perutnya yang berasa sakit.
" kenapa awak nangis Zayn ? " soal Humaira pelik.
" Maira.. Saya mintak maaf. " ucap Zayn.
Humaira menjadi semakin pelik.
" kenapa ni ? " soalnya lembut.
Zayn memeluk bahu Humaira kemudian sebelah lagi tangannya memegang perut yang sudah tiada isi itu.
" baby kita dah takdek. Awak keguguran. " ucap Zayn perlahan. Humaira terdiam seketika. Kepalanya yang dilentokkan dibidang dada Zayn terkaku. Wajahnya mula berubah. Namun air matanya masih belum menitis. Dia sedang mencerna perkara yang sedang terjadi.
Kepalanya diangkat. Wajah Zayn ditatap. Zayn menatap wajah Humaira dengan matanya yang berair. Pinggang Humaira masih dipeluk.
" jadi selama ni saya pregnant ? " soal Humaira perlahan.
Zayn mengangguk.
" so sakit-sakit yang saya rasa tadi sebab keguguran and bukan sebab senggugut ? " soal Humaira dalam ketar.
Zayn mengangguk lagi.
" jadi tadi kat rumah sebab saya bleeding lah ? " airmatanya mulai bertakung.
Perlahan-lahan Zayn membawa tubuh Humaira kedalam pelukkannya.
" Maira.. Saya mintak maaf sayang. Kalau saya tak ajak awak pergi hiking. Mesti semua ni takkan berlaku. " airmata Zayn menitis dirambut isterinya. Hatinya begitu menyesal. Aktiviti yang dirancnag untuk bersuka-ria akhirnya bertukar tragedi. Sungguh dia tak sangka keadaan akan bertukar seperti ini. Tangisan Humaira pecah didada Zayn. Belakang Humaira digosok lembut.
******
Humaira menghirup air yang disuakan kepadanya. Dia memandang Zayn lemah.
" awak okay ? " soal Zayn lembut. Dia terus melabuhkan punggung dikerusi sebelah katil itu.
Humaira mengangguk lemah. Zayn menatapnya sayu. Humaira tahu , Zayn pasti masih berasa bersalah diatas kegugurannya. Dia juga tahu yang kalau semua perkara ini bukan diatas kehendaknya. Berkali-kali Zayn minta maaf sebentar tadi.
" awak nak makan apa-apa tak ? " soalnya lagi.
Humaira menggeleng pula.
" makanlah Maira. Awak tak makan apa-apa lagi dari tadi. " pujuknya lembut.
" saya tak lapar. " Humaira senyum nipis. Seraya itu , pintu ditolak dari luar.
Muncul Puan Linda dihadapan mereka. Puan Linda memberi salam lalu terus bergerak kearah mereka.
" Maira okay ? " soalnya lembut saat Humaira menghulurkan tangan untuk bersalaman. Zayn memberi ruang kepada mereka lalu terus bangun dari kerusi.
" Maira okay nek. " Humaira yang hanya duduk berlunjur kaki diatas katil itu menjawab lembut.
" macam mana boleh jadi macam ni ? " soal nenek terus. Kerusi yang kosong itu masih belum diduduknya.
Humaira terdiam. Puan Linda terus berpaling memandang Zayn yang berdiri sambil menyilangkan tangan dihujung bilik itu.
" ini mesti sebab kamu kan Zayn ? " suara Puan Linda mulai berubah.
" kamu dah tahu isteri kamu mengandung masih nak ajak pergi panjat bukit lah panjat gunung lah ! " marah Puan Linda. Tubuh Zayn mulai didekatinya. Zayn hanya diam mendengarkan kata-kata itu. Dia tidak mampu melawan. Memang salahnya. Tapi kalau dia tahu Humaira mengandung , dia takkan mahu bawa Humaira pergi ke tempat itu.
" nenek.. Nenek jangan marah Zayn. " pinta Humaira dari katilnya.
" Maira tak payah nak bela dia lah. Nenek tahu kalau benda-benda macam ini mesti idea Zayn punya. "
" tak nenek. Tak. Zayn tak tahu pun yang Maira ni mengandung. Maira pun tak tahu yang Maira mengandung. " pinta Humaira.
" takkan langsung takdek tanda-tanda ? Sudahlah Maira. Pagi tadi Zayn dah bagitahu nenek , memang kamu berdua pergi hiking pun kan ? "
" tak tak nenek. Maira dengan Zayn pergi jogging depan rumah je. Balik tu Maira yang jatuh dalam bilik air. " tipu Humaira. Dia terpaksa menipu. Dia tidak mahu Zayn dimarahi lagi.
Zayn memandang Humaira lama. Kenapa Humaira menipu ? Amarah Puan Linda mula reda. Zayn senyum hambar kepada Humaira. Dia tahu yang Humaira kenal benar perangai nenek. Kalaulah dia mengamuk semua benda dimarahnya. Benda yang tak salah pun jadi salah. Benda yang sikit pun dibesar-besarkan.
Cuti dipanjangkan. Semua jangan degil okay ? Duduk rumah !

YOU ARE READING
I Love You , Forever
RandomCinta bukanlah seusuatu yang boleh dipaksa. Cinta hadir dari sudut hati yang paling dalam. Cinta hanya mampu dirasa oleh hati dan jiwa yang turut bercinta. Mencintai dan dicintai adalah perkara yang paling membahagiakan. Bagaimana pula kalau bahagi...