Humaira mengupas bawang untuk dibuat nasi goreng. Sambil-sambil mengupas sambil itu dia termenung sendiri.
" kenapalah hidup aku jadi macam ni ? Tanggung beribu-ribu hutang. Ummi tak sihat. Kahwin dengan suami yang aku tak cinta. Haish. " keluhnya sendiri.
Tanpa sedar , Zayn telah berada dibelakangnya.
" haaa !! " sergah Zayn sambil memegang bahunya. Humaira tersentak dan terkejut. Seraya itu , jarinya mengenai pisau yang dipegang itu dan terus berdarah.
" auchh ! " adunya. Muka Zayn berubah.
" eh Ya Allah ! Sorry Maira. Aku tak sengaja. " sampuk Zayn terus. Jari Humaira dipicit lalu terus dibawa basuh dibawah air sinki yang mengalir. Humaira mengaduh kesakitan.
" sorry Maira aku betul-betul tak sengaja. " ucapnya lagi.
Sambil itu , tangan Zayn laju mencapai tisu dapur lalu mengelap kering jari itu.
" takpelah. Sikit je ni. Macam tak biasa. Letak handyplus okay dah. " balas Humaira selamba.
" aduh.. Pedih jugak ah luka ni. " kerut Humaira didalam hati.
" meh sini aku tolong letakkan. " tangan Humaira ditarik mendekati meja. Kerusi ditarik untuk Humaira duduk. Zayn bergerak kearah laci untuk mengambil satu handyplus beserta ubat kuning.
Humaira hanya memandang gerak cemas lelaki itu.
" berianyalah dia ni. Luka sikit pun nak minyak kuning. Dasar anak orang kaya. Mesti tak pernah susah. " dengus Humaira sendirian.
Zayn kembali duduk disisi Humaira. Minyak kuning dibuka. Humaira hanya melihat gerak pantas Zayn yang sedang cemas. Lama dia menatap lelaki itu. Jarak mereka terlalu dekat sehinggakan jatung Humaira berdegup laju. Tanpa sedar dia senyum melihat aksi lelaki yang sedang cemas itu.
Zayn meniup perlahan jari itu. Disapunya minyak kuning lalu ditutup pakai handyplus.
" sakit tak ? " soal Zayn. Tangannya masih belum melepaskan tangan Humaira. Humaira menatap lama mata yang bersinar itu.
" sakit tak ? " soal Zayn lagi dalam nada kesian. Mungkin kerana riak wajah Humaira yang sedang bingung.
" haa.. Haa.. Tak. " ucap Humaira lalu menarik kembali tangannya.
" dahlah ! Saya nak sambung masak. " ucap Humaira sambil berdiri.
Tangannya segera ditarik. Humaira kembali terhenti.
" tak payah lah. Takpe. Harini biar aku masak. Kau ajar je cara macam mana nak masak okay ? " ujar Zayn lalu berdiri.
Humaira tersenyum lalu ketawa kecil mendengar kata-kata itu.
" apa ? Kau ingat aku tak pandai masak ke ? " Zayn mengangkat kening.
Humaira mencebik.
" okay buktikanlah. " ujarnya.
Zayn melangkah kearah dapur sambil diikuti Humaira.
Dia mula memerhati sekeliling. Dahinya nulai berkerut.
Tawa Humaira meletus.
" tulah ! Tadi berlagak sangat ! " ujarnya dalam sisa tawa.
" tu ambil bawang tu hiris nipis nipis. " jari telunjuk Humaira menunjukkan kearah bawang yang baru dikupas separuh tadi.
" aku tau lah. Saja je tadi. " Zayn tidak mahu kalah.
Humaira kembali ketawa.
***
Setelah hampir 40 minit Zayn berperang didapur dengan hanya ditemani pandangan dari Humaira. Akhirnya nasi goreng terhidang juga diatas meja.
" ingatkan esok baru saya dapat makan. " ujar Humaira sambil menyendukkan nasi kedalam pinggannya.
" tak payah nak perli sangat ae. Makan jelah. " balasnya kembali.
" haa.. Aku lupa nak cakap. Hujung minggu ni nenek suruh balik rumah dia. Dia ada buat makan-makan sikit. " sambung Zayn.
" alaa.. Malaslah. Makan-makan untuk apa ? " balas Humaira lemah.
" kau jangan macam-macam ae. Kau wajib pergi. Nanti nenek syak macam-macam pulak. Aku tak nak nenek tahu yang perkahwinan kita ni bukan macam perkahwinan orang lain. " tegas Zayn.
" hek eleh. Betul apa. Biarlah nenek tahu. Biar dia tahu perangai cucu dia ni macam mana. " bentak Humaira.
" tak payah mimpilah. Kau ingat kalau benda ni terbongkar. Kau dapat apa yang kau dapat ? " marah Zayn.
" eleh. Kalau nenek tak tahu pasal perkahwinan kita ni. Mesti nenek akan tahu pasal perangai awak yang kuat clubbing sana-sini. Tukar perempuan itu , tukar perempuan ini. Mabuk. Berdating dengan Hana... " belum sempat Humaira menyambung kata-katanya Zayn terus menyampuk.
" cukup Humaira ! Kau siapa nak bising dekat aku ? Aku upah kau untuk jadi isteri aku je. Isteri atas kertas sahaja faham ! Tak payah nak memekak macam ni. Ingat ! Kalau aku tak selamatkan kau , kalau aku tak lunaskan hutang-hutang bapak kau. Kau dengan mak kau tak selamat tahu tak !! " jerkah Zayn.
Humaira terdiam. Terkedu. Niatnya tidak begitu. Sudu yang sudah diangkat untuk kemulut kembali diletakkan diatas pinggan. Matanya memandang erat kedalam mata Zayn. Airmata mulai bertakung dimatanya.
" okay.. Saya sedar siapa saya. " ucapnya sayu lalu terus berlalu keluar dari dapur. Sesuap nasi pun tidak masuk kedalam mulutnya.
Zayn turut terdiam. Hatinya serba salah.
" bodohnya kau Zayn. Kenapa marah dia sampai macam tu sekali. Kau ni pun Maira.. Kalaulah kau tak sebut nama Hana tu. " ujar Zayn sendiri sambil meraup rambutnya kebelakang. Sudunya juga kembali diletak. Seleranya hilang serta merta.
****
Hai kawan-kawan !
Don't forget to vote okay !Sape pulak Hana ni aek ? 😂
YOU ARE READING
I Love You , Forever
RandomCinta bukanlah seusuatu yang boleh dipaksa. Cinta hadir dari sudut hati yang paling dalam. Cinta hanya mampu dirasa oleh hati dan jiwa yang turut bercinta. Mencintai dan dicintai adalah perkara yang paling membahagiakan. Bagaimana pula kalau bahagi...