Bab 8

494 19 2
                                    

Humaira mengebil-ngebilkan matanya. Terasa silauan matahari dari langsir yang sedikit terselak itu menganggu lenanya. Sesudah matanya dibuka luas , dia dapat rasakan bidang dada Zayn yang hanya jauh setakat beberapa inci dari wajahnya. Humaira pula hanya tidur beralaskan lengan Zayn. Wajah Zayn ditatapnya lama. Tangan Zayn yang memeluk pinggangnya dibiarkan saja.

Humaira tersenyum sendiri. Dalam tak sedar , Zayn juga telah membuka mata. Wajah Humaira ditatapnya kemudian dibalas dengan senyuman manis.

" morning " ucap Zayn.

" morning too. " balas Humaira ringkas. Dengan serta merta tubuh Humaira ditarik kembali kepelukkannya.

Kadang-kala Humaira terfikir. Adakah Zayn sudah bersedia menjadi suami sebenarnya ? Suami yang betul-betul menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Adakah Zayn sudah menerima dirinya sebagai isteri ? Adakah dirinya sudah bertaktha di hati Zayn ? Atau Zayn sekadar menganggapnya hanya sebagai kawan ? Tapi macam mana pula dengan hubungan mereka yang tengah berjalan sekarang ni ? Humaira dan Zayn sudah menjalankan tanggungjawab sebagai sepasang suami isteri. Tetapi ungkapan cinta atau sayang tidak pernah disuarakan Zayn. Humaira sendiri keliru. Siapakah dirinya sebenarnya ?

*****

Zayn dan Humaira berjalan-jalan ditepi pantai. Zayn yang memakai kaca mata hitam berseluar pendek dan berbaju putih itu kelihatan sangat tampan. Begitu juga dengan Humaira yang memakai gaun bunga-bunga berwarna hijau. Rambutnya sengaja dibiar lepas tanpa diikat.

" Maira.. Tengahari ni kita nak makan mana ? " soal Zayn perlahan.

" awalnya tanya. Awak dah lapar ke? " soalan Zayn dibalas dengan soalan.

" eh takdeklah. Saya tanya je. Kot-kotlah awak tahu tempat-tempat yang menarik kan ? "

Humaira ketawa kecil.

" saya mana pernah sampai sini Zayn. Saya ikut je mana-mana awak bawak. "

Manakan tidak , inilah kali pertama Humaira sampai sejauh ini. Sebelum ni mana pernah.

" ouh sorry. Saya tak sengaja. Takdek niat apa-apa pun tadi tu. " balas Zayn dengan riak wajahnya yang sudah berubah. Dia takut kalau-kalaulah Humaira ni terasa.

Humaira ketawa.

" mana adalah. Saya tak terasa pun. " senyumnya.

" Zayn.. " panggil Humaira lalu memandang kearah Zayn.

Zayn kembali memandangnya dan hanya mengangkat kening menandakan ' apa ? ' .

" awak perasan tak sekarang ni awak guna ' saya awak ' and bukan ' kau aku ' dah ? " sambungnya.

Zayn senyum.

" kenapa ? Tak boleh ? "

" takdeklah. Saja je lah tanya. "

Zayn ketawa.

" saja-saja je lah sayang. Takut nanti terlepas depan nenek. Tu yang tukar tu. Lagipun kalau dekat office nanti terlepas jugak orang salah faham kan ? Okay sayang ? " balas Zayn sambil membuat muka gatalnya.

Humaira membuat muka menyampah.

" jom kita gi main jetski nak ? " soal Zayn semangat.

" alaa.. Saya tak reti. " Humaira mencebikkan bibirnya.

" takpelah. Saya kan ada. Awak duduk je belakang. " tanpa menunggu sepatah kata. Zayn menarik tangan Humaira kemudian berlari kearah jetski itu.

Sepanjang masa itu , Humaira memeluk erat pinggang Zayn. Dia seronok dan enjoy dengan masa-masa itu. Mungkin pandangan semua orang , mereka pasangan bahagia. Tapi dia sendiri tidak tahu bagaimana penghujung cerita mereka ini.

I Love You , ForeverWhere stories live. Discover now