Zayn mengetuk pintu bilik Humaira lalu terus masuk kedalam. Dilihatnya Humaira yang sudah siap berpakaian seperti hendak keluar. Blouse berwarna merah jambu berserta kain pleated hitam. Rambutnya dibiarkan lepas. Bibirnya dicalitkan sedikit lipstick.
" awak nak pergi mana ? Bukan harini awak cuti ke ? " soal Zayn.
" saya nak keluar. " balas Humaira ringkas. Handbagnya yang diatas katil dicapai.
Zayn terus berdiri dihadapan Humaira bagi menghalang langkahnya.
" pergi mana ? "
" saya nak check up baby. "
" saya nak ikut. "
" tak payahlah. Awak pergi check up waktu dengan Farah nanti. Saya dah biasa sorang-sorang. Lagipun sebelum ni takdek siapa pun yang teman. " balas Humaira. Kunci kereta yang berada diatas meja solek dicapainya.
Zayn mengambil kunci kereta dari genggaman Humaira lalu diletakkan didalam poketnya.
" saya nak ikut. Tunggu saya jap. 5 minit! " ucap Zayn sambil menunjukkan tangannya sebagai isyarat 5. Dia terus berlari ketingkat atas untuk menukar pakaian.
Humaira berjalan kearah ruang tamu.
" Maira nak pergi mana sayang ? " soal Puan Linda yang baru berkebun.
" Maira nak pergi check up baby nek. "
" dengan siapa ? " soal Puan Linda lagi.
" dengan Zayn. " senyum Zayn. Bahu Humaira terus dipeluknya.
Puan Linda tersenyum.
" eloklah tu Zayn ada orang teman. Ni pergi shopping sekali barang-barang baby. Haritu Maira pergi dengan nenek. Pergi dengan Ira. Ni pergi dengan Zayn pulak. Beli apa yang belum dibeli. Katil baby , kelambu , pampers lampin semua. Kan haritu Maira kata Maira nak tunggu Zayn. " ucap Puan Linda. Bahu Humaira ditepuk. Humaira menundukkan mukanya. Malu dihadapan Zayn.
Hati Zayn tersentak. Terharu. Namun cepat disembunyikannya.
Kepalanya ditunduk sedikit untuk berbisik kepada Humaira.
" mama rindu papa lah tu ? " Zayn ketawa kecil. Humaira terus mencubit perut Zayn. Ketawa terletus diantara mereka.
****
Zayn dan Humaira duduk diruang menunggu. Zayn memerhatikan sekeliling. Adalah dalam 10 orang ibu mengandung yang turut berada diruang menunggu itu. Dah hampir kesemuanya ditemani suami masing-masing. Semuanya kelihatan gembira menanti kehadiran orang baru didalam bahtera perkahwinan mereka. Zayn memandang Humaira yang duduk bersebelahannya.
Humaira tersenyum mengusap-ngusap perutnya.
" memang ramai macam ni ke setiap kali awak check up ? " soalnya pelik.
Humaira mengangguk.
" harini first time kan papa boleh tengok baby ? " soal Humaira lembut.
Zayn tersenyum memandang gelagatnya isterinya itu. Dia tahu Humaira cuma pura-pura tersenyum dihadapannya sedangkan dalam hatinya menangis.
" nanti kat dalam tu kita buat apa je ? " soal Zayn lagi.
" nanti kat dalam tu awak boleh dengar heartbeat baby. Awak boleh tengok muka dia. " Humaira senyum. Ditatapnya wajah Zayn yang beruba teruja. Wajah yang amat dicintainya itu. Luka dihati cuma dibalut sendiri. Dia tidak mahu hilang cinta dihadapannya ini.
Setelah namanya dipanggil , Humaira masuk kedalam bilik doktor ditemani Zayn. Doktor tersebut memandang kearah Humaira kemudian menunjukkan Zayn. Kening diangkat seolah menanyakan itu siapa.
" suami saya. Zayn. " ucap Humaira.
Zayn tersenyum memandang kearah doktor tersebut.
" baru harinilah suaminya ada ya. Macam ni lah bagus Zayn. Teman isteri check up baru dapat tahu keadaan ibu macam mana keadaan anak macam mana. Ni asal check up je isteri datang sorang-sorang. Kesian nampak sarat. Jalan pun larat tak larat. Kena pimpin , mana kita tahu kot-kot tersalah langkah ke apa. " senyum doktor itu.
Zayn menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu hendak berbalas apa. Benarlah kata doktor itu , tugasnya tidak dijalankan dengan betul.
Sambil memeriksa tekan darah Humaira dan berat Humaira , doktor itu membuka biacara bersama Zayn.
" Zayn.. Maira ni dah betul-betul sarat. Jadi saya harap awak janganlah bagi dia buat kerja macam-macam. Pastikan vitamin , ubat-ubat yang hospital bagi , Maira makan. Pastikan pola pemakanannya terjaga. Maira ni dah banyak kali rasanya kena marah sebab berat asyik turun. "
Zayn sekadar mengangguk. Semua kata-kata doktor itu disimpan elok ke memori otaknya.
" haritu Maira turun darah kan ? Banyak kali dah saya pesan rasanya supaya jangan banyak fikir. Itu semua punca sebab stress lah tu. " doktor itu seakan-akan menyindir.
Saat memeriksa heartbeat baby dan ultrasound , wajah Zayn begitu teruja. Inilah kali pertama dia dapat melihat wajah puterinya.
" Zayn. Buat dua bulan akan datang , tolong jangan benarkan Maira buat kerja berat-berat. Tak sampai 2 bulan pun. Sebulan lebih je lagi. Sebab baby dah 33weeks plus. Lepastu in shaa allah. This little miracle will meet you guys. Soon. In shaa Allah. " senyuman diwajah Zayn semakin melebar.
Doktor tersebut kembali kemejanya. Dengan serta merta kucupan Zayn jatuh kedahi Humaira. Humaira tersenyum. Zayn membantu isterinya itu untuk bangun.
****
Zayn memarkingkan keretanya didalam basement. Mereka ingin membeli barang-barang baby.
" Zayn.. " panggil Humaira lembut. Zayn terus memandang kearahnya. Humaira memuncungkan mulut. Ditariknya tangan Zayn lalu diletakkan diperutnya.
" cuba rasa ? Ada rasa apa-apa tak ? " soal Humaira.
Wajah Zayn berubah riak.
" kenapa ? Awak sakit ke ? "
Humaira menggeleng.
" lapar. Baby pun lapar. " bibirnya mengukirkan senyuman manis. Matanya dikedipkan berkali-kali.
" ya Allah Maira. Jangan buat saya macam ni. Sakit dada saya tahu tak ? " balas Zayn. Digosok dadanya berkali-kali.
" hah! Sakit dada. Meh saya ubatkan ! " Humaira menggosok dada Zayn perlahan. Dia terus merapatkan bibirnya dileher Zayn.
" oups sorry. Dada tu jauh sangat. Susah nak tunduk. " Humaira mengecilkan matanya lalu ditutup mulutnya.
Zayn tersenyum melihat gelagat isterinya itu.
" jangan macam ni Maira. Kita kat luar ni kan. " balas Zayn dalam tawa yang ditahan.
Humaira ketawa besar. Zayn cuba merapatkan wajahnya kearah Humaira namun Humaira pantas menolak.
" cepatlah. Baby lapar ni. " Humaira menggosok perutnya.
Zayn ketawa. Digosok rambut isterinya itu.
" hish! Geram aku dia ni ! " dengus Zayn.
Humaira tersenyum.
" yelah sayang. Tuan puteri nak makan apa ? " mata Humaira ditatap penuh kasih.
" Tuan Puteri nak makan llaollao , subway , hot and roll. "
Baru sahaja Zayn hendak membuka mulutnya , terus Humaira kembali menyambung.
" hot and roll tu nak dua. Paratha nak. Crispy wrap pun nak. Dua-dua nak. " Humaira senyum.
Zayn sekadar mengangguk. Cakap lebih nanti , merajuk pulak.
" lepastu-lepastu Zayn kan. Kita pergi cari Korean Garlic Cheese boleh ? Yang roti tu. Teringin lah nak roti tu. Sedapnya. "
Zayn hanya mengangguk dan menuruti semua kemahuan Humaira. Biarlah saat ini sahaja dia mampu mengembalikan masa-masa Humaira yang sulit dulu. Masa-masa saat Humaira sendirian.
Harini kita bagi yang manis-manis okay. Muah ! Jangan lupa vote. Tak cukup 25 vote , Tiya tak nak update next bab. Hah !
YOU ARE READING
I Love You , Forever
RandomCinta bukanlah seusuatu yang boleh dipaksa. Cinta hadir dari sudut hati yang paling dalam. Cinta hanya mampu dirasa oleh hati dan jiwa yang turut bercinta. Mencintai dan dicintai adalah perkara yang paling membahagiakan. Bagaimana pula kalau bahagi...