Bab 7

530 22 7
                                    

Humaira mengebil-ngebilkan matanya. Terasa sejuk penghawa dingin yang menyentuh kulitnya. Dia memalingkan tubuh lalu memeluk erat tubuh yang terasa hangat itu. Pelukkannya turut terbalas. Humaira tersedar. Kepalanya diangkat sedikit. Dengan seta merta , dia bangun dari katil. Dipandang kesebelah. Zayn masih dalam keadaan lena. Humaira memandang sekeliling. Katilnya dikelilingi pakaian yang dipakai semalam. Tubuhnya juga ditelek. Tiada sehelai pun pakaian yang ada. Humaira mulai debar. Segalanya jadi tanpa dia sedar. Dia tak mampu menolaknya semalam. Baju satinnya semalam kembali disarung kebadan. Dia terus mencapai sehelai kain batik didalam almari dan terus menuju laju kearah bilik air.

" apa yang kau dah buat ni Maira ? " soalnya sendiri. Rambutnya ditarik kasar.

" bodohnyaa aku. " marahnya lagi.

" macam mana kalau apa-apa jadi ? Kau tak sedar ke yang kau tu isteri upahan je ? " suaranya mulai sebak. Kepalanya memikirkan macam-macam perkara.

Tanpa sedar airmatanya menitik. Humaira mengambil masa yang begitu lama untuk mandi. Dia seperti tidak mahu keluar dari bilik air itu. Atau selebihnya tidak mahu berjumpa dengan Zayn. Dia tidak tahu harus bagaimana. Dia terlalu malu. Terlalu terkejut. Terlalu keliru. Humaira sendiri tidak tahu bagaimana perasaanya sekarang.

****

Zayn terjaga dari lenanya. Dipandang kesebelah. Begitu dengan Humaira , Zayn juga terkejut melihat keadaannya dirinya sendiri.

" apa kau dah buat ni Zayn.. ? " soalnya sendiri.

Zayn juga keliru. Apa yang harus dia lakukan ? Dia tak mampu untuk mengubah segalanya. Keadaanya dia dengan Humaira takkan sama lagi.

Sedang Zayn memakai kembali pakaiannya semalam. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Zayn melangkah perlahan kearahnya. Humaira yang kelihatan terkejut ingin melangkah semula kedalam bilik air. Namun dihalang oleh Zayn apabila namanya dipanggil.

" we need to talk. " ucap Zayn perlahan.

Humaira membetulkan bathrobe yang dipakainya.

Zayn melangkahkan kaki kearah katil. Begitu juga Humaira. Mereka duduk bersebelahan.

" Maira.. Pasal semalam , aku.. " kata-kata Zayn terhenti apabila Humaira memotongnya.

" takpe.. Saya faham. Semua tu satu kesilapan. " kakinya laju ingin bangun. Namun ditarik kembali oleh Zayn.

" tak. Semua tu bukan satu kesilapan. Kita suami isteri. Aku minta maaf kalau aku paksa kau semalam. "

Humaira diam. Membenarkan Zayn menghabiskan kata-katanya.

" aku janji dengan kau. Apa-apa jadi , aku akan tanggungjawab. Aku takkan tinggalkan kau. Aku janji. " ucap Zayn dengan bersungguh-sungguh.

Hunaira tidak tahu mahu membalas apa. Kata-katanya mati disitu. Sejujurnya perkara semalam dilakukan juga diatas kerelaanya. Tiada sekelumit paksaan yang ada dihatinya. Sejujurnya sejak dari pertama kali menjejakkan kaki sebagai pembantu Zayn lagi. Perasaan suka itu hadir dalam dirinya.

" Humaira.. Saya janji. Saya akan jadi suami yang baik untuk awak. " sekali lagi Humaira tersentak. Kenapa kamu terlalu manis dalam berkata-kata Zayn ? Humaira tekad. Dia tidak mahu hatinya dikecewakan. Dia tahu perkahwinan ini hanyalah satu kepuraan.

" okay. Kita boleh jadi kawan baik kan ? Jadi awak tak perlu rasa serba salah dekat saya pun. Kita suami isteri. Kita juga kawan baik. " balas Humaira lembut. Kakinya terus melangkah keluar dari bilik itu.

*****

" ni nenek ada sediakan pakej honeymoon untuk korang berdua. "

Sekeping sampul putih ditolak kearah mereka.

I Love You , ForeverWhere stories live. Discover now